TOKYO, 17 April, 2025 /Kyodo JBN/ --TOBU TOWER SKYTREE Co., Ltd., pengendali bagi TOKYO SKYTREE, akan mengadakan "DETECTIVE CONAN x TOKYO SKYTREE The Dazzling SKYTREE," acara usaha sama yang pertama di antara menara itu dan siri anime TV "Detective Conan." Acara itu bermula pada Selasa, 15 April, dan akan berlangsung sehingga Isnin, 14 Julai 2025.
Visual penting bagi "DETECTIVE CONAN x TOKYO SKYTREE The Dazzling SKYTREE":
https://cdn.kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/M108036/202504087063/_prw_PI1fl_7Uf7eeXc.jpgLaman web khas bagi "DETECTIVE CONAN x TOKYO SKYTREE The Dazzling SKYTREE"
https://www.tokyo-skytree.jp/en/event/special/conan/Tembo Galleria setinggi 450 meter itu mempunyai sebuah pameran yang memaparkan visual penting bagi acara itu. Barangan edisi terhad yang hanya terdapat pada acara itu dan item menu kafe istimewa ditawarkan di tingkat ini. Selain itu, satu perkhidmatan sesi foto disediakan kepada mereka yang mahukan gambar diri mereka dengan watak "Detective Conan" kegemaran mereka. Di Tembo Deck setinggi 350 meter, video eksklusif ditayangkan pada tingkap yang ditukar menjadi sebuah skrin gergasi SKYTREE ROUND THEATER pada setiap malam bagi acara itu. Turut berlangsung pada waktu malam, bahagian luar menara itu akan mempunyai satu pencahayaan khas bertemakan "Detective Conan" yang diilhamkan oleh pelbagai watak daripada anime itu.
Tambahan pula, watak rasmi TOKYO SKYTREE Sorakara-chan, yang berpakaian dalam kostum Detektif Conan, mempunyai empat sesi bertemu dan bersalam pada setiap hari dengan pelawat untuk bergambar bagi merakamkan foto kenangan yang diambil bersama mereka. Tiket kemasukan khas ke dek pemerhatian ini dengan satu kad novelti yang memaparkan "Detective Conan" juga tersedia.
TOBU TOWER SKYTREE berharap agar mereka yang datang ke Jepun akan melawat dan menikmati TOKYO SKYTREE sempena acara tersebut.
Maklumat mengenai TOKYO SKYTREE
TOKYO SKYTREE setinggi 634 meter itu ialah menara penyiaran paling tinggi yang berdiri bebas di dunia. Ia mempunyai dua dek pemerhatian, Dek Tembo, setinggi 350 meter, dan Galleria Tembo, setinggi 450 meter, yang menawarkan satu pemandangan panorama Tokyo yang menakjubkan. Pada waktu malam, TOKYO SKYTREE diterangi dengan warna-warni dalam tiga gaya pencahayaan -- "Iki", yang dicirikan oleh satu warna biru pucat, "Miyabi," yang menampilkan ungu Edo dan warna tangerin "Nobori" yang membawa tuah. Pencahayaan khas boleh dilihat semasa acara bermusim dan acara lain.
Laman web rasmi:
https://www.tokyo-skytree.jp/en/Untuk butiran lanjut, sila semak setiap akaun media sosial:
Instagram Rasmi:
https://www.instagram.com/tokyoskytree_global/X Rasmi:
https://twitter.com/skytreeofficialFacebook Rasmi:
https://www.facebook.com/TOKYOSKYTREE.official/Sumber: TOBU TOWER SKYTREE Co., Ltd.--BERNAMA