Majlis Penganugerahan Japan Prize 2025 Diadakan Bersama Kehadiran Duli Yang Maha Mulia Maharaja dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Maharani Jepun

Jumaat 18/04/2025


Russell Dean Dupuis, Ph.D. dalam Bidang Sains Bahan dan Pengeluaran
Carlos M. Duarte, Ph.D. dalam Bidang Pengeluaran Biologi, Ekologi/Alam Sekitar

TOKYO, 18 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Yayasan Japan Prize (Presiden: Ryozo Nagai) mengadakan majlis anugerah pada hari Rabu, 16 April di Teater Kebangsaan Baharu, Tokyo di Mukim Shibuya untuk mengurniakan Japan Prize kepada saintis yang telah berjaya memperoleh pencapaian kreatif dan dramatik dalam bidang saintifik dan teknologi global, serta yang telah menyumbang secara ketara dalam merealisasikan keamanan dan kemakmuran untuk semua manusia sejagat.

Russell Dean Dupuis, Ph.D. (Amerika Syarikat), pemenang dalam bidang Sains Bahan dan Pengeluaran, manakala Carlos M. Duarte, Ph.D. (Sepanyol), pemenang dalam bidang Pengeluaran Biologi, Ekologi/Alam Sekitar, telah menghadiri majlis penganugerahan tersebut dan setiap bidang dianugerahkan dengan 1 juta Yen berserta sijil dan pingat.

Setiap tahun, pemenang Japan Prize disarankan oleh kira-kira 15,500 saintis dan jurutera terkemuka dari seluruh dunia dan keputusan dibuat melalui peperiksaan yang ketat, serta mengambil masa kira-kira satu tahun. Untuk tahun 2025, Yayasan menerima 149 pencalonan untuk bidang Sains Bahan dan Pengeluaran dan 72 pencalonan untuk bidang Pengeluaran Biologi, Ekologi/Alam Sekitar. Pemenang pada tahun ini dipilih daripada seramai 221 calon.

Majlis tersebut dihadiri kira-kira 1,000 tetamu, bermula dengan Duli Yang Maha Mulia Maharaja dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Maharani, ketua tiga cawangan kerajaan dan pegawai lain yang berkaitan, serta wakil daripada pelbagai elemen masyarakat lain. Baginda Maharaja menyampaikan ucapan, diikuti dengan ucapan oleh tiga pemenang dan ucapan tahniah oleh Fukushiro Nukaga, Speaker Dewan Rakyat.

Majlis anugerah tahun ini boleh dilihat dari pautan di bawah.
Versi Bahasa Jepun: https://youtube.com/live/zTknLtGyoBQ
Versi Bahasa Inggeris: https://youtube.com/live/EnexU3HBJjY

· Foto profil pemenang Anugerah Jepun dan foto dari hari majlis anugerah akan dimuat naik ke pautan ini.
 https://www.japanprize.jp/press_photo.html
 *Apabila menerbitkan foto ini, sila sertakan kredit yang menyatakan “Ihsan Japan Prize.”

Maklumat Tentang Japan Prize

Kewujudan Japan Prize pada tahun 1981 didorong oleh hasrat kerajaan Jepun untuk mencipta anugerah yang diiktiraf pada peringkat antarabangsa yang akan menyumbang kepada pembangunan saintifik dan teknologi di seluruh dunia. Bersama sokongan sumbangan yang banyak, Yayasan Japan Prize menerima sokongan dari Pejabat Kabinet pada tahun 1983. Japan Prize dianugerahkan kepada saintis dan jurutera dari seluruh dunia, yang berjaya membuat pencapaian kreatif dan dramatik, serta yang membantu memajukan bidang mereka dan menyumbang secara ketara demi merealisasikan keamanan dan kemakmuran untuk semua manusia sejagat. Penyelidik dalam semua bidang sains dan teknologi layak menerima anugerah berkenaan, bersama dua bidang yang dipilih pada setiap tahun dengan mengambil kira trend semasa dalam pembangunan saintifik dan teknologi. Pada dasarnya, seorang individu dalam setiap bidang diiktiraf dengan anugerah dan menerima sijil, pingat, serta hadiah wang. Setiap majlis anugerah dihadiri oleh Duli Yang Maha Mulia Maharaja dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Maharani, ketua tiga cawangan kerajaan dan pegawai lain yang berkaitan, serta wakil daripada pelbagai elemen masyarakat lain.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Contacts

Untuk pertanyaan tentang pelancaran ini: Pejabat Perhubungan Awam Japan Prize
E-mel: japanprize@ml.prap.co.jp

Sumber: The Japan Prize Foundation

--BERNAMA
+