INSIDEN KEBAKARAN PAIP GAS DI PUTRA HEIGHTS: KHSB SALUR BANTUAN MELALUI TABUNG SELANGOR PRIHATIN

Selasa 29/04/2025

Table
Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif KHSB, Encik Edi Zuhri bin Abd Rahim, menyerahkan sumbangan sebanyak RM30,000.00 kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Yang Berhormat Dato’ Dr. Ahmad Fadzli bin Ahmad Tajudin, sebagai tanda keprihatinan terhadap mangsa terjejas. - Foto KHSB
 
SHAH ALAM, 29 April (Bernama) -- Kumpulan Hartanah Selangor Berhad (KHSB), sebuah anak syarikat milik penuh Kerajaan Negeri Selangor di bawah naungan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan), telah menyalurkan sumbangan kewangan sebanyak RM30,000.00 kepada penduduk yang terjejas akibat insiden kebakaran paip gas yang berlaku di Putra Heights, Subang Jaya.
 
Sumbangan ini disalurkan melalui Tabung Selangor Prihatin telah diserahkan oleh Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif KHSB, Encik Edi Zuhri bin Abd Rahim kepada Yang Berhormat Dato’ Dr. Ahmad Fadzli bin Ahmad Tajudin, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor baru-baru ini.
 
Sumbangan ini merupakan salah satu inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) KHSB dalam membantu masyarakat yang dilanda musibah.  Inisiatif ini dapat menzahirkan solidariti dan keprihatinan KHSB terhadap komuniti yang terjejas dan dapat meningkatkan kesedaran masyarakat umum terhadap peranan KHSB sebagai entiti yang aktif dalam melaksanakan inisiatif CSR.
 
KHSB amat memahami impak emosi, fizikal dan kewangan yang terpaksa ditanggung oleh mangsa dalam situasi kecemasan sebegini. Oleh itu, KHSB berharap sumbangan ini dapat menjadi dorongan untuk para penduduk terus tabah dan bangkit menghadapi masa akan datang. KHSB juga akan terus komited dalam menjalankan peranan sebagai rakan pembangunan negeri yang prihatin terhadap kebajikan rakyat Selangor, khususnya dalam mendepani cabaran yang di luar jangkaan. 

Kumpulan Hartanah Selangor Berhad ("KHSB") telah ditubuhkan pada 24 September 2001. KHSB adalah 100% dimiliki oleh Mantapmurni Sdn Bhd, sebuah syarikat milik penuh Menteri Besar Selangor (Perbadanan) ("MBI"), sebuah badan korporat yang ditubuhkan untuk mentadbir aset dan pelaburan Kerajaan Negeri Selangor, dan mewakili Negeri dalam aktiviti ekonomi dan perniagaan.

Untuk pertanyaan media, sila hubungi Unit Komunikasi Korporat & CSR (www.khsb.com.my

SUMBER: Kumpulan Hartanah Selangor Berhad (KHSB)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI: 
Nama: Mahizun (June) binti Saidin 
Emel: mahizun@khsb.com.my

Nama: Mohd Azhar bin Mohamad 
Emel: azhar@khsb.com.my

--BERNAMA 
+