Lebih 340 bilion Yuan dalam Pelaburan telah ditandatangani pada Persidangan Penggalakan Pelaburan Global Suzhou 2025

Selasa 29/04/2025

Table
Majlis menandatangani pada persidangan itu


SUZHOU, China, 29 April, 2025 /Xinhua-AsiaNet/--

Pada 26 April, Persidangan Pelaburan Global Suzhou 2025 telah diadakan, dengan kehadiran lebih 1,200 elit perniagaan daripada syarikat-syarikat Fortune 500 global, perbadanan multinasional dan perusahaan unikorn. Semasa acara itu, sejumlah 417 projek, dengan pelaburan agregat berjumlah 341.57 bilion yuan, telah ditandatangani di tapak persidangan.

Suzhou, yang berada di Wilayah Jiangsu di China Timur, merupakan satu daripada bandar raya dengan pelaburan asing paling banyak dan penumpuan paling tinggi bagi perusahaan yang dibiayai oleh pihak asing. Bandar raya itu adalah tempat kepada 14 zon pembangunan peringkat kebangsaan, 19,000 perusahaan asing, dan 178 syarikat Fortune 500, yang telah melabur di dalam hampir 500 projek, dengan menyumbang sejumlah 167 bilion USD dalam pelaburan asing sebenar. Suzhou telah terus mengembangkan keterbukaan institusi mereka dalam bidang seperti undang-undang, peraturan, pengurusan dan piawaian. Suzhou sedang mendalami program perintis mereka untuk inovasi terbuka bagi keseluruhan rantaian industri biofarmaseutikal. Ia telah memperkenalkan "senarai putih" yang pertama di China untuk pengimportan bahan bagi penyelidikan dan pembangunan biofarmaseutikal, yang mengurangkan masa pelepasan kastam sebanyak 70%.

Untuk menarik modal di peringkat global, Suzhou terus mengembangkan keupayaan inovasi terbuka mereka pada platform seperti China-Singapura, China-Jerman, China-Jepun, dan rangka kerja kerjasama rentas selat. Sebagai contoh, Taman Perindustrian Suzhou telah mengekalkan kedudukan mereka sebagai zon pembangunan ekonomi peringkat kebangsaan teratas selama sembilan tahun berturut-turut, dan bandar raya peringkat daerah mereka, Taicang, telah memperkukuhkan kerjasamanya dengan Jerman.

Pada masa ini, terdapat kira-kira 30,000 orang penduduk asing di Suzhou. Pembukaan Pusat Khidmat Penduduk Asing menyediakan 21 perkhidmatan, yang disokong oleh sebuah pasukan profesional yang berbahasa Inggeris dan satu pembantu perkhidmatan kerajaan 24 jam yang dikuasakan oleh AI. Sebagai contoh, Philipp Zorn, seorang pegawai dagang yang telah berada di Taicang selama lebih enam bulan, menerima bantuan daripada kakitangan dalam memohon "Kad Kehormatan Kota." Kad ini, yang mengintegrasikan perkhidmatan kewangan, perubatan, pengangkutan dan lain-lain, telah memudahkan kerja dan kehidupan beliau.

Sebuah persekitaran perniagaan yang menggalakkan dan perkhidmatan profesional adalah faktor utama di dalam menarik pelaburan asing ke Suzhou. Bandar raya itu telah mewujudkan sebuah sistem perkhidmatan komprehensif yang merangkumi keseluruhan kitaran hayat bagi perusahaan asing, dengan menawarkan suatu pengalaman pengguna antarabangsa dan sokongan menyeluruh bagi keperluan harian penduduk, sekali gus memastikan bahawa "melabur di Suzhou adalah melabur untuk masa hadapan."
 
Sumber:  Persidangan Penggalakan Pelaburan Global Suzhou 2025

--BERNAMA

 

+