Sidang Kemuncak Digital China ke-8 dibuka di Fuzhou, Fujian

Rabu 30/04/2025

Table
DCS ke-8 dibuka di Fuzhou, Fujian.
FUZHOU, China, 30 April, 2025 /Xinhua-AsiaNet/--

Pada 29 April, Sidang Kemuncak Digital China (DCS) ke-8 telah dibuka di Fuzhou di wilayah Fujian. Acara itu dihoskan bersama oleh Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Kebangsaan, Pentadbiran Data Kebangsaan, Pentadbiran Ruang Siber China, Kementerian Perindustrian dan Teknologi Maklumat, dan Kerajaan Rakyat Wilayah Fujian, dan telah dianjurkan bersama oleh Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Fujian, Pentadbiran Data Fujian, Pentadbiran Ruang Siber Fujian dan Kerajaan Rakyat Perbandaran Fuzhou.

Sekretariat bagi Jawatankuasa Penganjur DCS menyatakan bahawa dengan bertemakan "Usaha selama 25 Tahun, satu Bab Baharu bagi Digital China: Kecerdasan Memimpin Pembangunan yang Berkualiti Tinggi," DCS merangkumi satu majlis perasmian, satu forum utama, forum-forum kecil, Pertandingan Inovasi Digital China, Bicara Malam Digital Sungai Minjiang, Dialog Fuzhou dengan Masa Depan dan banyak lagi aktiviti lain.

DCS telah menghasilkan lebih 70 pencapaian, termasuk Laporan Pembangunan Digital China (2024) dan Laporan Tinjauan Sumber Data Kebangsaan (2024) , yang mempamerkan kemajuan negara itu di dalam bidang inovasi teknologi digital, penggunaan AI, pembangunan dan penggunaan sumber data, dsb.

Sejumlah teknologi, perkhidmatan dan produk baharu, seperti robot AI, LLM berbilang modal dan ruang data yang dipercayai, telah dipersembahkan dan lebih daripada 65% daripadanya dibuka kepada orang awam buat kali pertamanya. Kira-kira 100 program interaktif dan sekurang-kurangnya 30 model fizikal disediakan untuk memberikan pengunjung dengan suatu pengalaman yang mengasyikkan.

Pada tahun ini, kawasan pameran itu dibahagikan kepada empat bahagian (iaitu, mengoptimumkan persekitaran digital, mengukuhkan keupayaan utama, menyatukan asas digital, dan memperkasakan pembangunan ekonomi dan sosial), dan tiga bahagian khas turut disediakan (iaitu, pembangunan inovatif digital China, tamadun ekologi digital dan perusahaan faktor data). Secara keseluruhan, lebih daripada 400 organisasi dan perniagaan mengambil bahagian.

DCS telah diadakan selama tujuh tahun berturut-turut, yang memudahkan pelaksanaan sekurang-kurangnya 3,000 projek ekonomi digital dengan jumlah pelaburan yang melebihi 1.8 trilion yuan. 

Sumber: Sekretariat bagi Jawatankuasa Penganjur DCS

--BERNAMA 
+