The Trade Desk Memperluaskan Kerjasama dengan Platform OTT untuk Mempelopori Pengiklanan Programmatik bagi Inventori CTV

Jumaat 02/05/2025

Platform kandungan premium pada internet terbuka memudahkan penglibatan pengguna
 
HONG KONG, 2 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) --
The Trade Desk, syarikat teknologi pengiklanan global terkemuka, hari ini mengumumkan akses kepada inventori CTV premium daripada peneraju industri Viu, iQiyi, TCL Channel kini tersedia di seluruh rantau. Kerjasama ini memperkasakan pengiklan untuk mendekati khalayak dengan lebih berkesan dengan memanfaatkan kandungan premium pada internet terbuka, meningkatkan prestasi pengiklanan dengan ketara. Kerjasama ini merangkumi pasaran utama di seluruh Asia Pasifik, termasuk Hong Kong, serta Timur Tengah dan Afrika Selatan.

Seiring dengan perubahan berterusan pilihan penonton, platform CTV yang menawarkan kandungan premium sedang mengalami pertumbuhan dan perkembangan pesat, mewujudkan peluang baharu untuk pengiklan di seluruh dunia. Pasaran pengiklanan CTV yang berkembang pantas juga telah memacu bilangan platform kandungan yang semakin meningkat untuk beralih daripada model video-atas-permintaan berasaskan langganan (SVOD) kepada model video-atas-permintaan dengan sokongan iklan (AVOD). Menurut Statista, perbelanjaan iklan CTV global dijangka akan melebihi $38 bilion menjelang 20271 . Sementara itu, hasil pasaran AVOD diunjurkan akan meingkat daripada $48.32 bilion dalam tahun 2024 kepada $63.5 bilion menjelang 20272 .

Peningkatan kerjasama ini dengan pemain OTT premium di rantau ini membolehkan pengiklan menyasarkan khalayak dengan lebih tepat dan cekap, memacu prestasi kempen yang ditambah baik. Dengan memanfaatkan kawalan frekuensi pelbagai saluran, pengiklan boleh meminimumkan pertindihan khalayak, mengelak keletihan iklan, dan mendapat wawasan yang lebih mendalam tentang keberkesanan kempen yang membolehkan mereka mengoptimumkan lagi strategi mereka. Bagi pengguna, iklan peribadi yang direka khusus kepada pilihan individu menawarkan pengalaman yang lebih releven dan menarik, memperkasakan mereka untuk membuat keputusan pembelian yang lebih bijak berdasarkan maklumat.

"Kami teruja untuk memperkukuhkan kerjasama kami dengan platform premium seperti Viu, iQiyi, dan TCL Channel pada internet terbuka di rantau ini, dan untuk berfungsi sebagai salah satu rakan kongsi mereka yang paling akrab ketika peneraju seperti Viu membuka inventori pengiklanan CTVnya untuk perdagangan programmatik buat pertama kali,” kata Douglas Choy, Pengurus Besar, Pembangunan Inventori, Asia Utara, The Trade Desk. “Kami berhasrat untuk memperluaskan kerjasama kami dengan lebih banyak platform kandungan internet premium untuk memacu pertumbuhan ekosistem pengiklanan digital dinamik di Hong Kong dan seterusnya."

Maklumat Tentang The Trade Desk

The Trade Desk™ ialah syarikat teknologi yang memperkasakan pembeli iklan. Menerusi platform layan diri berasaskan awan, pembeli iklan boleh mencipta, mengurus dan mengoptimumkan kempen pengiklanan digital merentasi format dan peranti iklan. Integrasi dengan rakan kongsi utama data, inventori dan penerbit memastikan jangkauan dan keupayaan membuat keputusan maksimum, dan API perusahaan membolehkan pembangunan tersuai di atas platform. Beribu pejabat di Ventura, CA, The Trade Desk mempunyai pejabat di seluruh Amerika Utara, Eropah dan Asia Pasifik. Untuk mengetahui lebih lanjut, lawati thetradedesk.com atau ikuti kami di Facebook, Twitter, LinkedIn dan YouTube.

1 Statista, Dec:
https://www.statista.com/topics/12992/ctv-advertising-worldwide/#topicOverview

2 Statista, Apr 2024:
https://www.statista.com/outlook/dmo/digital-media/video-on-demand/advertising-avod/worldwide

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
Hubungi

Hubungan Media
Jason Wang
The Trade Desk
yan.wang@thetradedesk.com
 
Sumber: The Trade Desk

--BERNAMA

+