•
Syarikat ini menjana jualan bersih sebanyak $45.0 juta untuk suku ini dan $158.4 juta untuk tahun ini •
Pendapatan sebelum cukai ialah $5.3 juta untuk suku ini dan $18.5 juta untuk tahun ini •
Baki kerja tertangguh bernilai $138.1 juta setakat 31 Januari 2025, berbanding $68.5 juta pada 31 Januari 2024 SPRING, Texas, 5 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Perma-Pipe International Holdings, Inc. (NASDAQ: PPIH) mengumumkan hari ini keputusan kewangan bagi suku keempat dan tahun kewangan 2024 yang berakhir pada 31 Januari 2025.
“Jualan bagi suku keempat dan keseluruhan tahun 2024 menunjukkan pertumbuhan sederhana dan berjumlah $45.0 juta dan $158.4 juta, menghasilkan peningkatan sebanyak $4.8 juta dan $7.7 juta, berbanding tahun sebelumnya.
Pendapatan sebelum cukai ialah $5.3 juta dan $18.5 juta dalam suku keempat dan bagi keseluruhan tahun 2024, yang meningkat sebanyak $2.1 juta dan $8.6 juta, berbanding tahun sebelumnya. Peningkatan besar ini terhasil daripada tumpuan kami kepada produk dan perkhidmatan yang memberikan margin yang lebih tinggi dan menyumbang kepada prestasi margin yang lebih baik.
Pendapatan bersih selepas cukai dan faedah minoriti ialah $1.5 juta dan $9.0 juta dalam suku keempat dan bagi keseluruhan tahun 2024. Walaupun pendapatan bersih 2024 menunjukkan penurunan sebanyak $1.5 juta, berbanding $10.5 juta tahun lepas, pengurangan ini adalah disebabkan oleh manfaat cukai bukan tunai sekali sebanyak $5.9 juta dalam tahun sebelumnya selepas dibenarkan untuk mengiktiraf manfaat kerugian cukai terdahulu. Jika diabaikan impak manfaat cukai, pendapatan bersih selepas cukai dan faedah minoriti menunjukkan peningkatan sebanyak $4.4 juta,” kata CEO David Mansfield.
“Baki kerja tertangguh telah menunjukkan pertumbuhan besar sepanjang tahun dan kini bernilai $138.1 juta, menunjukkan peningkatan 102%, berbanding tahun sebelumnya. Peningkatan dalam baki kerja tertangguh ini membolehkan kami berada pada kedudukan yang baik untuk memulakan 2025,” Encik Mansfield mengulas.
“Kami telah mencapai kejayaan yang agak besar sepanjang tahun, ditunjukkan oleh pendapatan sebelum cukai, margin yang lebih baik dan pertumbuhan besar dalam baki kerja tertangguh. Usahasama di Arab Saudi yang dijalin pada tahun 2023 terus melangkaui jangkaan, dan kami mula menyaksikan peningkatan aktiviti di fasiliti Vars, Ontario di Kanada,” Encik Mansfield selanjutnya berkata.
“2024 adalah tahun yang kukuh bagi Syarikat. Keupayaan kami untuk memperoleh beberapa anugerah projek berskala besar memberikan momentum yang baik pada tahun 2025, serta memposisikan Perma-Pipe sebagai pembekal yang berdaya saing untuk projek mega masa hadapan. Ini termasuk peluang di Qatar. Kejayaan usahasama ini telah membolehkan kami bertapak dengan lebih kukuh di Arab Saudi, dan kami rasa lebih bersemangat dengan perkembangan positif baru-baru ini di Amerika Utara," kata Encik Mansfield.
Keputusan Tahun Kewangan 2024Jualan bersih ialah $158.4 juta dan $150.7 juta dalam tahun-tahun yang berakhir pada 31 Januari 2025 dan 2024, masing-masing. Peningkatan sebanyak $7.7 juta pada dasarnya adalah hasil daripada jumlah jualan yang lebih tinggi di Timur Tengah dan Kanada.
Untuk kasar ialah $53.2 juta, atau 34% daripada jualan bersih dan $41.5 juta, atau 28% daripada jualan bersih, dalam tahun-tahun yang berakhir pada 21 Januari 2025 dan 2024, masing-masing. Peningkatan sebanyak $11.7 juta terhasil daripada jumlah jualan yang lebih tinggi dan margin kasar yang lebih baik di Timur Tengah dan Kanada.
Perbelanjaan am dan pentadbiran ialah $28.0 juta dan $22.6 dalam tahun-tahun yang berakhir pada 31 Januari 2025 dan 2024, masing-masing. Peningkatan sebanyak $5.4 pada dasarnya disebabkan oleh kos pampasan dan yuran profesional yang lebih tinggi.
Perbelanjaan jualan ialah $4.9 juta dan $5.5 juta dalam tahun-tahun yang berakhir pada 31 Januari 2025 dan 2024, masing-masing. Penurunan sebanyak $0.6 juta ini disebabkan oleh perbelanjaan gaji yang lebih rendah sepanjang tahun ini.
Perbelanjaan faedah ialah $1.9 juta dan $2.3 juta dalam tahun-tahun yang berakhir pada 31 Januari 2025 dan 2024, masing-masing. Penurunan sebanyak $0.4 juta ini disebabkan oleh pengurangan pinjaman dan, kadar faedah yang lebih rendah.
Pendapatan lain ialah $0.1 juta, berbanding perbelanjaan lain sebanyak $1.2 juta dalam tahun-tahun yang berakhir pada 31 Januari 2025 dan 2024, masing-masing. Perubahan ini pada dasarnya disebabkan oleh caj sekali sahaja tidak berulang berhubung dengan penjelasan pra-cukai bukan tunai hasil daripada penamatan pelan pencen Syarikat.
Kadar cukai efektif seluruh dunia ("ETR") Syarikat ialah 29.1% dan (33.6%) dalam tahun-tahun yang berakhir pada 31 Januari 2025 dan 2024, masing-masing. Perubahan dalam ETR kebanyakannya adalah disebabkan oleh perubahan dalam gabungan pendapatan dan kerugian dalam pelbagai bidang kuasa cukai dan pelepasan elaun penilaian domestik separa dalam tahun sebelumnya. Untuk maklumat lanjut, lihat Nota 7 - Cukai Pendapatan, dalam Nota kepada Penyata Kewangan Terkonsolidasi.
Pendapatan bersih yang boleh diagihkan kepada saham biasa ialah $9.0 juta dan $10.5 juta dalam tahun-tahun yang berakhir pada 31 Januari 2025 dan 2024, masing-masing. Penurunan pendapatan bersih ini adalah disebabkan oleh perubahan yang dibincangkan di atas, setelah ditolak jumlah yang boleh diagihkan kepada kepentingan bukan kawalan.
Perma-Pipe International Holdings, Inc."Perma-Pipe International Holdings, Inc. (“Syarikat”) ialah peneraju global dalam sistem paip pra-penebat dan pengesanan kebocoran untuk pengumpulan minyak dan gas, pemanasan dan penyejukan daerah, serta penggunaan lain. Syarikat menggunakan kepakaran kejuruteraan dan fabrikasi yang luas untuk membangunkan penyelesaian paip yang menangani cabaran kompleks berkaitan pengangkutan pelbagai jenis cecair dengan selamat dan cekap. Secara keseluruhan, Syarikat mempunyai operasi di empat belas lokasi di enam buah negara."
Kenyataan Berunsur RamalanKenyataan tertentu dan maklumat lain yang terkandung dalam siaran akhbar ini yang boleh di dikenal pasti dengan penggunaan istilah kenyataan berunsur ramalan adalah "kenyataan berunsur ramalan" seperti yang dimaksudkan dalam Seksyen 27A Akta Sekuriti 1933, yang telah dipinda, dan Seksyen 21E Akta Sekuriti 1934, yang telah dipinda, dan tertakluk kepada perlindungan selamat yang diwujudkan olehnya, termasuk, tanpa had, kenyataan tentang jangkaan prestasi dan operasi Syarikat pada masa hadapan. Kenyataan ini perlu dianggap sebagai tertakluk kepada banyak risiko dan ketidaktentuan yang ada dalam persekitaran operasi dan perniagaan Syarikat. Risiko dan ketidaktentuan tersebut termasuk, tetapi tidak terhad kepada, perkara berikut: (i) turun naik dalam harga minyak dan gas asli serta impak ke atas jumlah pesanan pelanggan bagi produk Syarikat; (ii) keupayaan Syarikat untuk membeli bahan mentah pada harga yang munasabah dan untuk mengekalkan hubungan yang bermanfaat dengan pembekalnya; (iii) pengurangan perbelanjaan kerajaan untuk projek menggunakan produk Syarikat, dan cabaran kepada kecairan pelanggan bukan kerajaan dan akses Syarikat kepada dana modal; (iv) keupayaan Syarikat untuk membayar membayar hutang dan memperbaharui kemudahan kredit antarabangsa yang hampir tamat tempoh; (v) keupayaan Syarikat untuk melaksanakan dengan efektif pelan strategiknya dan mencapai keberuntungan lestari dan aliran tunai positif; (vi) keupayaan Syarikat untuk mengutip akaun belum terima jangka panjang yang berkaitan dengan projek di Timur Tengah; (vii) keupayaan Syarikat untuk mentafsir perubahan dalam peraturan dan undang-undang cukai; (viii) keupayaan Syarikat untuk menggunakan kerugian operasi bersih yang dibawa ke hadapan; (ix) Pembalikan hasil dan keuntungan yang telah direkodkan sebelum ini akibat anggaran yang tidak tepat yang dibuat berkaitan dengan pengiktirafan hasil 'lebih masa' oleh Syarikat."; (x) Kegagalan Syarikat untuk melakukan dan mengekalkan kawalan dalaman yang berkesan ke atas pelaporan kewangan.; (xii) Keupayaan Syarikat untuk berjaya merundingkan susunan pengebilan mengikut kemajuan kerja bagi kontrak besar; (xiii) penetapan harga yang agresif oleh pesaing sedia ada dan kemasukan pesaing baharu dalam pasaran yang diceburi oleh Syarikat; (xiv) Keupayaan Syarikat untuk mengeluarkan produk yang bebas daripada kerosakan terpendam dan untuk mendapatkan ganti rugi daripada pembekal yang mungkin membekalkan bahan yang rosak kepada Syarikat.; (xv) Pengurangan atau pembatalan pesanan yang termasuk dalam pesanan Syarikat yang tertangguh; (xvi) risiko dan ketidaktentuan yang khusus kepada operasi perniagaan antarabangsa Syarikat.; (xvii) keupayaan Syarikat untuk menarik dan mengekalkan pengurusan kanan dan kakitangan utama; (xviii) keupayaan Syarikat untuk mencapai manfaat inisiatif pertumbuhan yang dijangka; (xix) Impak pandemik dan krisis kesihatan awam lain terhadap Syarikat dan operasinya; dan (xx) Impak ancaman keselamatan siber terhadap sistem teknologi maklumat Syarikat. Pemegang saham, bakal pelabur dan pembaca lain digesa untuk mempertimbangkan faktor-faktor ini dengan teliti dalam menilai kenyataan padang ke hadapan, dan diminta berhati-hati agar tidak terlalu bergantung kepada kenyataan sedemikian. Kenyataan berunsur ramalan ini dibuat di sini hanya pada tarikh siaran akhbar ini dan kami tidak bertanggungjawab untuk mengemas kini sebarang penyataan berunsur ramalan secara terbuka, sama ada disebabkan oleh maklumat baharu, peristiwa masa hadapan atau sebaliknya. Maklumat yang lebih terperinci mengenai faktor-faktor yang mungkin mempengaruhi prestasi kami boleh didapati dalam pemfailan kami dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC), yang boleh diakses di
https://www.sec.gov dan di bawah seksyen Pusat Pelabur dalam laman web kami (
http://investors.permapipe.com.)
Tahun kewangan Syarikat berakhir pada 31 Januari. Tahun, keputusan, dan baki yang diterangkan sebagai 2024, 2023, dan 2022 adalah untuk tahun kewangan yang berakhir pada 31 Januari 2025, 2024, dan 2023, masing-masing.
Maklumat tambahan tentang keputusan kewangan Syarikat bagi tahun kewangan yang berakhir pada 31 Januari 2025, termasuk perbincangan dan analisis pengurusan tentang status kewangan Syarikat dan keputusan operasi, terkandung dalam Laporan Tahunan Syarikat dalam Borang 10-K bagi tahun kewangan yang berakhir pada 31 Januari 2025, yang akan difailkan dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC) pada atau sekitar tarikh ini dan akan akan diakses di
www.sec.gov dan
www.permapipe.com . Untuk maklumat lanjut, layari laman web Syarikat.
PERMA-PIPE INTERNATIONAL HOLDINGS, INC. DAN SUBSIDIARI PENYATA OPERASI TERKONSOLIDASI YANG DIPENDEKKAN (Dalam ribuan, kecuali data sesaham) (Tidak diaudit)