·
Bakal berlangsung dari 11 hingga 17 November 2025 di Pusat Perdagangan Dunia Dubai.·
Bertemakan ‘Masa Depan Muzium dalam Komuniti yang Sedang Pesat Berubah’.DUBAI, Emiriah Arab Bersatu, 6 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Jawatankuasa Penganjur ICOM Dubai 2025 mengumumkan pembukaan pendaftaran bagi Persidangan Umum ke-27 Majlis Muzium Antarabangsa (ICOM), yang bakal dianjurkan di Dubai — buat julung kalinya di rantau Timur Tengah, Afrika Utara dan Asia Selatan (MEASA). Persidangan berprestij ini akan berlangsung dari 11 hingga 17 November 2025 di Pusat Perdagangan Dunia Dubai, dan dijangka menjadi platform antarabangsa bagi mengetengahkan wacana inovatif mengenai evolusi peranan muzium dalam komuniti global yang terus berkembang pesat.
Pendaftaran kini dibuka melalui
laman web rasmi persidangan, dengan pilihan kehadiran secara fizikal atau maya. Bertemakan ‘Masa Depan Muzium dalam Komuniti yang Sedang Pesat Berubah’, ICOM Dubai 2025 dijangka menghimpunkan sekitar 4,500 profesional muzium dan pakar budaya antarabangsa, dalam usaha merangsang pertukaran idea yang progresif serta merangka strategi mampan bagi masa depan sektor muzium. Persidangan ini turut menekankan kepentingan kerjasama serantau dan global sebagai pemacu inovasi dalam landskap kebudayaan yang semakin mencabar.
Sepanjang tujuh hari persidangan, pelbagai sesi interaktif akan dianjurkan dengan fokus kepada pemerkasaan belia, penerokaan teknologi baharu, dan pemeliharaan warisan budaya tidak ketara. Peserta juga akan berpeluang menyertai lawatan dan ekspedisi kurasi khas yang membolehkan mereka menerokai kekayaan warisan budaya di ketujuh-tujuh emiriah. Pameran Muzium yang turut dianjurkan dalam acara ini dijangka menjadi platform penting untuk memperluas jaringan profesional dan menjalin kerjasama strategik, sekali gus memastikan pengalaman yang bermakna dan berimpak tinggi kepada semua delegasi.
Pemilihan Dubai sebagai tuan rumah — hasil kerjasama erat antara Pihak Berkuasa Kebudayaan dan Kesenian Dubai, Perbandaran Dubai, serta Jabatan Ekonomi dan Pelancongan — merupakan pengiktirafan terhadap komitmen kukuh bandar raya ini dalam memelihara warisan budaya serta memperkasa ekonomi kreatif di peringkat serantau dan global.
Maklumat tentang ICOM Dubai 2025:Majlis Muzium Antarabangsa (ICOM) ialah organisasi global terkemuka yang berdedikasi terhadap pemeliharaan, promosi dan pembangunan muzium serta profesion pemuziuman. Ditubuhkan pada tahun 1946, ICOM berfungsi sebagai platform komuniti muzium antarabangsa, yang menyokong kerjasama serta perkongsian ilmu merentas benua. Kini, ICOM mewakili lebih daripada 57,000 ahli di 129 negara dan hampir 20,000 muzium di seluruh dunia. Pada tahun 2021, ICOM-UAE dengan kerjasama Dubai Culture, Perbandaran Dubai, dan Jabatan Ekonomi dan Pelancongan Dubai, telah mengemukakan bidaan berjaya untuk menganjurkan Persidangan Umum ICOM 2025 di Dubai. UAE telah dipilih sebagai tuan rumah, mengatasi bandar-bandar pesaing antarabangsa lain, atas kelebihan capaian globalnya, peranannya yang signifikan dalam pemeliharaan budaya dan warisan, serta komitmen teguhnya terhadap pembangunan ekonomi kreatif yang mampan.
Sumber: AETOSWireTeks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada:
https://www.businesswire.com/news/home/20250506179615/en ContactsJoumana El Tarabulsi,
joumana@cbpr.meMeran Anabtawi,
meran@cbpr.me Sumber: International Council of Museums
--BERNAMA