SYDNEY, 14 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Boomi™, peneraju automasi berasaskan AI, hari ini mengumumkan pemenang Anugerah Rakan Kongsi Asia Pasifik dan Jepun (APJ) FY25. Anugerah ini meraikan organisasi rakan kongsi progresif yang berjaya memanfaatkan hubungan Boomi mereka untuk mempercepatkan pencapaian hasil perniagaan untuk pelanggan.
Pemenang dipilih berdasarkan cara mereka telah menggunakan keupayaan
Platform Boomi Enterprise sepenuhnya untuk mendayakan kreativiti dan inovasi, menangani cabaran yang kompleks dan mewujudkan persekitaran yang positif dan impak sosial untuk pelanggan mereka.
“Seiring dengan perkembangan perniagaan merentasi APJ yang mempercepatkan penerokaan dalam bidang AI, tadbir urus data, dan automasi secara besar-besaran, rakan kongsi kami muncul sebagai pemangkin sebenar transformasi," kata Jim Fisher, Naib Presiden Saluran dan Rakan Kongsi, APJ di Boomi. "Anugerah ini mengiktiraf rakan kongsi inovatif yang bukan sekadar memberikan penyelesaian Boomi, tetapi juga memanfaatkan platform kami untuk mentakrifkan semula apa yang boleh dicapai. — mempermudahkan ekosistem yang kompleks, membina seni bina data yang sedia untuk AI, dan memacu ketangkasan digital yang mengubah visi yang mencabar menjadi hasil yang nyata.”
Fisher menambah, “Anugerah Rakan Kongsi Boomi ini bukan sekadar pengiktirafan — ia merupakan penghargaan buat semangat inovatif, kepercayaan dan visi bersama. Rakan kongsi mencorak hala tuju teknologi masa depan, dan kami berbangga untuk memperluaskan impak kita secara bersama pada masa hadapan.
Pemenang APJ FY25 mengikut kategori termasuk:
·
Rakan Kongsi APJ Terbaik Tahun ini – Atturra
·
Rakan Kongsi Pertumbuhan Terbaik APJ Tahun ini - Accenture
·
Anugerah Rakan Kongsi Penyedia Penyelesaian Awan APJ Terbaik Tahun ini – Amazon Web Services
·
Rakan Kongsi Australia dan New Zealand Terbaik Tahun ini – Atturra
·
Rakan Kongsi India Terbaik Tahun ini – LTIMindtree
·
Rakan Kongsi Jepun Terbaik Tahun ini – Nomura Research Institute (NRI)
·
Rakan Kongsi Asia Tenggara Terbaik Tahun ini – OSI Digital
Boomi menyediakan penyelesaian automasi pintar menyeluruh, hujung ke hujung untuk membolehkan organisasi digital moden mempercepatkan pencapaian hasil perniagaan mereka dengan berkesan. Dengan portfolio pelanggan mantap yang terdiri daripada lebih 23,000 organisasi, Boomi memiliki rangkaian global 800+ rakan kongsi serta bekerjasama dengan pembekal perkhidmatan awan hyperscale terkemuka. Ini memastikan integrasi yang lancar dan kebolehskalaan untuk perniagaan dalam mengharungi perjalanan transformasi digital mereka.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang program rakan kongsi Boomi, atau untuk mencari rakan kongsi daripada ekosistem global Boomi, lawati
boomi.com/partners.
Sumber Tambahan · Ikuti Boomi di
X (Twitter),
LinkedIn,
Facebook, dan
YouTubeMaklumat tentang BoomiBoomi, peneraju dalam automasi berasaskan AI, membantu organisasi di seluruh dunia mengautomasi dan memperkemaskan proses kritikal untuk mencapai hasil perniagaan dengan lebih pantas. Dengan memanfaatkan keupayaan AI terkini, Platform Boomi Enterprise menyambungkan sistem dengan lancar dan menguruskan aliran data melalui pengurusan API, integrasi, pengurusan data, dan orkestrasi AI dalam satu penyelesaian komprehensif. Mempunyai lebih 23,000 pelanggan global dan rangkaian 800+ rakan kongsi, Boomi merevolusikan cara perusahaan pelbagai saiz mencapai ketangkasan perniagaan dan kecemerlangan operasi. Ketahui lebih lanjut di
boomi.com.© 2025 Boomi, LP. Boomi, logo 'B' dan Boomiverse ialah tanda dagangan Boomi, LP atau anak syarikat atau sekutunya. Semua hak terpelihara. Nama atau tanda lain mungkin merupakan tanda dagangan pemilik masing-masing.Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada:
https://www.businesswire.com/news/home/20250513046221/enContactsMedia:Jasmine Ee
Ketua Hubungan Pempengaruh, APJ
jasmine.ee@boomi.com Sumber: Boomi
--BERNAMA