Bitget Hulurkan Bantuan Kritikal kepada Keluarga yang Terjejas akibat Gempa Bumi di Myanmar

Rabu 14/05/2025

BANGKOK, 14 Mei (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Bitgetbursa kripto dan syarikat Web3 yang terkemuka, telah menggerakkan usaha bantuan untuk komuniti yang terjejas di Myanmar susulan gempa bumi dahsyat dengan magnitud 7.7 yang melanda rantau Sagaing pada 28 Mac. Bencana tersebut, yang gegarannya dirasai hingga ke Bangkok, memburukkan lagi kesukaran yang sudah dihadapi di kawasan yang bergelut dengan pergolakan sivil dan ketidakstabilan ekonomi.

Dengan kerjasama rakan tempatan, Bitget telah menghantar 150 Kit Ketahanan Kecemasan kepada keluarga berisiko tinggi, termasuk mereka yang kehilangan tempat tinggal, menjaga bayi atau ahli keluarga yang tua atau menerima bantuan yang terhad. Setiap kit menyediakan sokongan menyeluruh: keperluan kebersihan untuk mencegah penyakit, tikar tidur dan selimut untuk keluarga yang kehilangan tempat tinggal, peralatan memasak bagi memulihkan rutin harian, penapis air untuk bekalan air minuman yang selamat serta ubat asas bagi menangani keperluan kesihatan yang mendesak.

Operasi ini turut menghadapi cabaran. Menangani risiko keselamatan, halangan logistik dan kemungkinan penyelewengan bantuan di zon konflik memerlukan perancangan yang teliti serta kepercayaan yang mendalam dalam komuniti. Rakan kongsi Bitget di lokasi menggunakan kepakaran tempatan mereka bagi memastikan pengagihan bantuan yang adil menjangkau keluarga yang mana keperluan mereka mungkin tidak kelihatan dalam huru-hara tindak balas krisis. 

"Tindakan kemanusiaan yang sebenar bukan sekadar hanya memenuhi keperluan mendesak tetapi juga melihat apa yang tidak kelihatan," kata CEO Bitget, Gracy Chen. "Sebagai ekosistem bursa kripto kedua terbesar, kami percaya bahawa pertumbuhan sebenar dalam industri kami mesti seiring dengan tanggungjawab sebenar. Kripto dibina berdasarkan cita-cita pemerkasaan dan hubungan global. Dalam masa krisis, cita-cita ini mesti diterjemahkan menjadi tindakan. Sokongan kami untuk komuniti yang terjejas di Myanmar merupakan peringatan bahawa inovasi mestilah seiring dengan impak kemanusiaan. Semasa kami membantu membangunkan masa depan kewangan, kami juga komited untuk membangunkan masa depan di mana tiada siapa yang ketinggalan," tambahnya.

Kesan bantuan ini melebihi sekadar keperluan asas. Bagi keluarga yang kehilangan tempat tinggal dan terpaksa berlindung dalam kawasan sementara yang padat, kit bantuan membantu mengurangkan tekanan terhadap sumber yang dikongsi. Bagi yang lain, ia menjadi titik permulaan kestabilan sejak bencana melanda, suatu tanda bahawa mereka tidak dilupakan.

Ketika usaha pemulihan di Sagaing terus berjalan, inisiatif Bitget mengingatkan bahawa tindak balas krisis yang berkesan bermula dengan mendengar dan memahami. Dengan menggabungkan tindakan pantas dan pemahaman mendalam terhadap komuniti setempat, kami dapat menyalurkan bantuan ke tempat yang paling memerlukan—satu keluarga, satu komuniti pada satu masa.

Perihal Bitget

Ditubuhkan pada tahun 2018, Bitget merupakan sebuah bursa mata wang kripto dan syarikat Web3 yang terkemuka di dunia. Memberikan perkhidmatan kepada lebih daripada 120 juta pengguna di lebih 150 negara dan rantau, bursa Bitget komited untuk membantu pengguna berdagang dengan lebih bijak melalui ciri perdagangan salinan perintisnya dan penyelesaian perdagangan lain. Bitget turut menawarkan akses secara masa nyata kepada harga Bitcoinharga Ethereum serta harga mata wang kripto yang lain. Bitget Wallet yang sebelum ini dikenali sebagai BitKeep, merupakan dompet kripto berbilang rantaian bertaraf dunia yang menawarkan pelbagai penyelesaian dan ciri Web3 yang komprehensif, termasuk kefungsian dompet, pertukaran token, NFT Marketplace, pelayar DApp dan pelbagai lagi.

Bitget berada di barisan hadapan dalam memacu penggunaan kripto melalui perkongsian strategik, antaranya berperanan sebagai Rakan Kongsi Kripto Rasmi Liga Bola Sepak Terunggul Dunia, LALIGA, dalam pasaran TIMUR, SEA dan LATAM, termasuk menjadi rakan kongsi global atlet Kebangsaan Turki Buse Tosun Çavuşoğlu (Juara gusti dunia), Samet Gümüş (Pemenang pingat emas tinju) dan İlkin Aydın (Pemain pasukan bola tampar kebangsaan), untuk memberikan inspirasi kepada komuniti global bagi merangkul masa depan mata wang kripto.

Untuk maklumat lanjut, layari: Laman web | Twitter | Telegram | LinkedIn | Discord | Bitget Wallet 

Untuk pertanyaan media, sila hubungi: media@bitget.com 

Amaran Risiko: Harga aset digital tertakluk kepada turun naik dan mungkin mengalami ketidakstabilan yang ketara. Pelabur disarankan agar hanya memperuntukkan dana yang mereka sanggup tanggung jika mengalami kerugian. Nilai mana-mana pelaburan boleh terjejas dan terdapat kemungkinan bahawa objektif kewangan mungkin tidak tercapai serta pelaburan pokok tidak dapat diperoleh semula. Nasihat kewangan bebas harus sentiasa diperoleh dan pengalaman kewangan peribadi serta kedudukan kewangan perlu dipertimbangkan dengan teliti. Prestasi pada masa lalu bukanlah penunjuk prestasi masa hadapan yang boleh dipercayai. Bitget tidak bertanggungjawab atas apa-apa kerugian yang mungkin dialami. Tiada apa-apa yang terkandung di sini harus dianggap sebagai nasihat kewangan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila rujuk Syarat Penggunaan kami. 

Foto yang mengiringi pengumuman ini tersedia di: 

http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/2e78ebbf-6ded-4cce-b3d3-8a04e4476fc3

http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/903331f2-0e74-497a-be44-64186ea543cb

http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/e4296f30-257b-43fd-9c40-b19e38a3f3b7 

SUMBER: Bitget Limited 

PENAFIAN: BERNAMA MREM tidak bertanggungjawab atas sebarang sebab penodaan laman web, penyalahgunaan, atau aktiviti haram yang berkaitan dengan mata wang kripto, rantaian blok, tokenisasi, atau bitcoin. Penulisan ini tidak boleh dianggap sebagai panduan atau pendapat, kerana ia bukan nasihat kewangan atau pelaburan. Gunakan maklumat ini atas risiko anda sendiri; kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penerbitan semula artikel ini. 

--BERNAMA
+