Sebarang maklumat atau amaran berkaitan peningkatan kes penyakit berjangkit, termasuk COVID-19, akan disalurkan kepada Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis (CPRC). CPRC akan menilai tahap risiko dan mengambil langkah kesiapsiagaan sewajarnya sekiranya situasi tersebut berpotensi mencetuskan krisis kesihatan awam atau bencana nasional.
KKM akan terus memantau perkembangan semasa COVID-19 di dalam dan luar negara serta melaksanakan langkah kawalan dan pencegahan yang bersesuaian berdasarkan penilaian risiko terkini. Sebarang ancaman kepada kesihatan masyarakat akan dimaklumkan oleh KKM dari semasa ke semasa. Ini selaras dengan agenda kesihatan KKM dan juga nilai teras MADANI iaitu
Kesejahteraan bagi memastikan rakyat Malaysia sentiasa menerima manfaat kesihatan sektor awam secara inklusif dan harmoni. Orang ramai dinasihatkan agar terus mematuhi langkah kesihatan awam, mendapatkan rawatan segera sekiranya bergejala, dan melindungi golongan berisiko tinggi melalui tindakan yang bertanggungjawab.
KKM menasihatkan orang ramai agar terus mengamalkan langkah pencegahan kawalan kendiri khususnya kumpulan berisiko tinggi yang digalakkan untuk mendapatkan vaksinasi COVID-19 bagi mengurangkan risiko jangkitan, komplikasi serius dan kematian.
Orang awam boleh mendapatkan maklumat mengenai COVID-19 di laman sesawang rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia di
www.moh.gov.my .
Dikeluarkan oleh:Bahagian Kawalan PenyakitMelalui:Unit Komunikasi Korporat
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
16 MEI 2025
SUMBER: KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: TIMOTHY PALAVADRAM
Pegawai Perhubungan Awam
Seksyen Media Massa
Unit Komunikasi Korporat
Kementerian Kesihatan Malaysia
E-mel: timothy.palavadram@moh.gov.my
--BERNAMA