Pemerintah Hadiri Majlis Menandatangani MoU Antara Ras Al Khaimah dan Miami untuk Meningkatkan Kerjasama Antara Sektor

Rabu 21/05/2025

Table
Pemerintah Ras Al Khaimah hadiri majlis menandatangani MoU antara Ras Al Khaimah dan Miami bagi meningkatkan kerjasama merentasi pelbagai sektor (Foto: AETOSWire)

 

  • YTM Syeikh Saud bin Saqr Al Qasimi:Kami menantikan untuk membina kerjasama dinamik yang mencerminkan nilai-nilai bersama dan visi masa depan yang bercita-cita tinggi
  • Perancangan bandar dan keselamatan awam, promosi perniagaan dan pelancongan, pembangunan mampan dan teknologi Bandar Pintar antara bidang yang diliputi dalam perjanjian tersebut
 
RAS AL KHAIMAH, Emiriah Arab Bersatu, 21 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Yang Teramat Mulia Sheikh Saud bin Saqr Al Qasimi, Ahli Majlis Tertinggi UAE dan Pemerintah Ras Al Khaimah, hari ini menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Ras Al Khaimah dan Miami, Florida, dengan tujuan untuk mengukuhkan serta mempromosikan pertukaran dan kerjasama merentasi pelbagai sektor yang menjadi kepentingan bersama.

Perjanjian tersebut telah ditandatangani oleh Penasihat Kanan kepada YTM Sheikh Saud, Yang Berhormat Mohammed Hassan Omran Alshamsi dan Datuk Bandar Miami, Francis Suarez.

YTM Sheikh Saud berkata: “Perjanjian ini menandakan permulaan era baharu kerjasama antara Ras Al Khaimah dan Miami, meskipun ia merupakan kesinambungan kepada persahabatan jangka panjang dan hubungan strategik antara Emiriah Arab Bersatu dan Amerika Syarikat. Dengan menggalakkan kerjasama dan pertukaran yang lebih erat, kita membuka laluan baharu untuk inovasi, pelaburan dan dialog budaya. Kami menantikan pembentukan kerjasama dinamik yang mencerminkan nilai-nilai bersama serta visi masa depan yang penuh aspirasi.”

Menerusi MoU ini, Ras Al Khaimah dan Miami berhasrat untuk mewujudkan hubungan kerjasama merentasi pelbagai sektor dan bidang berkepentingan bersama, termasuk perancangan bandar dan keselamatan awam, promosi perniagaan dan pelancongan, teknologi Bandar Pintar, inovasi dan syarikat pemula, serta pembangunan mampan, selaras dengan Matlamat Pembangunan Mampan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Dalam pertemuan tersebut, perbincangan turut memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh hubungan ekonomi, perdagangan dan pelaburan, selain menekankan kehadiran kukuh syarikat-syarikat Amerika Syarikat yang telah beroperasi di Ras Al Khaimah, termasuk Hilton, Guardian Glass dan Caresoft Global. YTM Sheikh Saud turut mengetengahkan landskap ekonomi Emiriah yang rancak serta pelbagai peluang pelaburan yang ditawarkan bagi menyokong pertumbuhan perniagaan dan inovasi.

Datuk Bandar Suarez pula menyampaikan penghargaan tulus kepada YTM Sheikh Saud atas layanan mesra yang diberikan, sambil memuji hubungan erat antara UAE dan Amerika Syarikat serta perjanjian yang bakal membuka lembaran baharu yang penuh potensi dalam hubungan dua hala antara Ras Al Khaimah dan salah sebuah bandar paling berpengaruh di Amerika Syarikat.

Sumber: AETOSWire

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada: https://www.businesswire.com/news/home/20250519654773/en

Hubungi: 

Pertanyaan Media:
Steven McCombe
media@rakmediaoffice.ae
 
Sumber: Ras Al Khaimah Government Media Office

--BERNAMA
+