Khamis 22/05/2025
● Berada di landasan untuk mencapai AS$1 bilion dalam pendapatan tahunan 2025, seiring dengan perkembangan global bagi semua perniagaan untuk beroperasi tanpa halangan.
● Peningkatan keuntungan kasar di benua Amerika dan Eropah dengan kadar pertumbuhan tahunan kompaun (CAGR) selama 4 tahun melebihi 250%.
● Pelabur Siri F termasuk: Square Peg, DST Global, Lone Pine Capital, Blackbird, Airtree, Salesforce Ventures, dan Visa Ventures, serta beberapa dana pencen terkemuka di Australia.
SAN FRANCISCO, 22 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Airwallex, platform pembayaran dan kewangan global terkemuka bagi perniagaan moden, telah melengkapkan pusingan pendanaan Siri F sebanyak AS$300 juta pada penilaian AS$6.2 bilion. Pusingan ini merangkumi AS$150 juta dalam pemindahan saham sekunder. Pelaburan baharu ini, yang menjadikan jumlah keseluruhan pendanaan Airwallex melebihi AS$1.2 bilion, melibatkan Square Peg, DST Global, Lone Pine Capital, Blackbird, Airtree, Salesforce Ventures, serta beberapa dana pencen terkemuka di Australia. Selain itu, Visa Ventures juga menyertai pusingan ini sebagai pelabur strategik. Airwallex akan menggunakan modal tambahan ini untuk mengembangkan infrastruktur globalnya ke pasaran baharu, serta terus menaik taraf perisian bagi memperkasakan perniagaan untuk beroperasi di mana jua, pada bila-bila masa.
“Sistem kewangan global semasa tidak dibina untuk ekonomi yang kini tanpa bersempadan,” kata Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Airwallex, Jack Zhang. “Terlalu banyak perniagaan masih terhalang dengan infrastruktur legasi yang perlahan, mahal, dan berpecah-belah. Di Airwallex, kami sedang membina asas baharu untuk ekonomi global—asas yang pantas, lancar, dan dibina untuk skala besar. Pelaburan ini menandakan satu pencapaian penting dalam perjalanan kami untuk mentakrifkan semula perbankan global, serta memberi kuasa kepada perniagaan di seluruh dunia untuk berkembang tanpa had.”
Perkembangan Pesat Dipacu Momentum di Benua Amerika dan Eropah
Pada Mac 2025, Airwallex mencapai pendapatan tahunan sebanyak AS$720 juta—peningkatan 90% tahun ke tahun, dan melepasi jumlah transaksi tahunan global sebanyak AS$130 bilion. Ia telah meningkatkan jumlah pelanggannya sebanyak 50% pada tahun 2024 dan kini memberi perkhidmatan kepada 150,000 perniagaan di seluruh dunia. Pada tahun 2025, Airwallex menjangka untuk mencapai $1 bilion dalam pendapatan kadar aliran tahunan.
Airwallex telah menyaksikan perkembangan pesat di rantau Amerika dan Eropah, Timur Tengah, Afrika (EMEA) sepanjang empat tahun lalu, dengan keuntungan kasar di kedua-dua rantau meningkat melebihi 250% CAGR. Pada 2024, Airwallex telah memindah ibu pejabat pengendalian operasi benua Amerika ke San Francisco, serta membuka pejabat di New York dan Toronto baru-baru ini. Selepas memperoleh lesen institusi pembayaran di Brazil dan kelulusan untuk melengkapkan pengambilalihan MexPago, penyedia perkhidmatan pembayaran yang berpusat di Mexico, Airwallex bersedia untuk melancarkan perkhidmatannya di dua ekonomi terbesar Amerika Latin tersebut.
Di Eropah, Airwallex baru membuka sebuah pejabat di Paris dan melantik beberapa eksekutif kanan di London dan Amsterdam. Di Timur Tengah, ia telah memulakan perekrutan di Emiriah Arab Bersatu (UAE) termasuk di Abu Dhabi dan Dubai.
Airwallex akan menggunakan pendanaan ini untuk terus mengembangkan infrastruktur kewangannya ke pasaran baharu termasuk Jepun, Korea, UAE, dan Amerika Latin, serta mempercepat usaha pemasaran ke Eropah, Amerika Utara dan Asia Tenggara.
Infrastruktur Kewangan Global untuk Memacu Masa Depan Perbankan
Selaras dengan komitmennya untuk membina masa depan perbankan global, Airwallex telah membangunkan infrastruktur kewangan berasaskan teknologi dari peringkat asas—dengan integrasi langsung ke dalam sistem penjelasan tempatan dan rangkaian kad, serta memiliki salah satu portfolio pelesenan paling komprehensif dalam bidang teknologi kewangan.
Rangkaian proprietari ini memberi kelebihan unik kepada pelanggan Airwallex untuk menjana nombor akaun tempatan dengan segera di lebih 60 negara, serta menghantar dan menerima dana merentasi lebih 150 negara—dengan lebih pantas dan cekap berbanding bank tradisional. Kini, 95% transaksi Airwallex diterima dalam hanya beberapa jam atau pada hari yang sama—68% diproses serta-merta.
Keupayaan Perbankan Global dan Alat Perisian untuk Perniagaan Moden yang Berkembang
Selain menghantar dan menerima dana, infrastruktur Airwallex juga menawarkan pelanggan satu platform komprehensif untuk mengurus perniagaan mereka dalam berbilang pasaran dan mata wang. Dengan Airwallex, pelanggan boleh mengakses:
● Akaun Perniagaan Global: Akaun ‘semua-dalam-satu’ yang berbilang mata wang untuk pengurusan perbankan global, penukaran FX, pemindahan wang antarabangsa, dan memperoleh kadar pulangan yang kompetitif ke atas simpanan.
● Pembayaran: Membantu perniagaan menerima bayaran online dan dalam kedai daripada pelanggan di seluruh dunia melalui kad dan lebih 160 kaedah pembayaran tempatan, dengan pengalaman beli-belah berbilang mata wang yang disesuaikan secara tempatan.
● Perbelanjaan: Menyediakan satu platform tunggal untuk mengurus semua jenis perbelanjaan syarikat di seluruh dunia dengan cekap, termasuk kad korporat dan pekerja, pengurusan perbelanjaan, dan pembayaran bil dalam berbilang mata wang – semuanya disokong oleh AI.
● Platform API & Embedded Finance (Kewangan Tertanam): Menawarkan keupayaan kewangan Airwallex melalui API kepada syarikat dan platform jual beli berasaskan teknologi yang ingin mengintegrasikan serta mengewangkan perkhidmatan kewangan pada platform mereka sendiri.
Mengenai Airwallex
Airwallex ialah platform kewangan global terkemuka untuk perniagaan moden, dengan penyelesaian yang dipercayai untuk segala pengurusan dari segi akaun perniagaan, pembayaran, dan pengurusan perbelanjaan hingga kewangan terbenam (Embedded Finance). Dengan infrastruktur proprietari kami, Airwallex menghilangkan halangan dalam pembayaran global dan operasi kewangan, dan memberdayakan perniagaan pelbagai saiz untuk membuka peluang baharu dan berkembang tanpa sempadan. Airwallex diiktiraf di peringkat global sebagai peneraju inovasi, dinamakan sebagai salah satu Most Innovative Companies oleh Fast Company dan tersenarai dalam senarai Syarikat Paling Inovatif oleh The Australian Financial Review. Diasaskan di Melbourne, Airwallex menyokong lebih 150,000 perniagaan di seluruh dunia dan dipercayai oleh jenama-jenama global seperti BILL, Bird, Brex, Deel, Rippling, Qantas, ZipHQ, dan lain-lain. Untuk maklumat lanjut, lawati http://www.airwallex.com.
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
Hubungi
press@airwallex.com
Sumber: Airwallex
--BERNAMA