Taman Seni Yang Tiada Batasnya! Karnival Pameran Graduasi 520 Universiti Seni Nanjing ke-10 Menerima AI

Jumaat 23/05/2025

Table
Majlis Perasmian di Karnival Pameran Graduasi 520 Universiti Seni Nanjing ke-10



NANJING, China, 23 Mei, 2025 /Xinhua-AsiaNet/--

Pada 20 Mei, Karnival Pameran Graduasi 520 Universiti Seni Nanjing ke-10 telah dimulakan dengan tema "Menerima AI, Memperkasakan Kecerdasan Digital." Lebih daripada 90 pameran dan persembahan seni akan diteruskan hingga akhir Jun, dengan menawarkan kepada penonton dunia dengan satu pengalaman yang mendalam mengenai wajah baharu bagi pendidikan seni di dalam era kecerdasan digital.

Video: https://www.facebook.com/share/v/1DZ8bDaG4H/

Pada majlis perasmian itu, dua orang perintis - Encik Cai Yuanpei, seorang pelopor bagi pendidikan moden di China, dan Encik Liu Haisu, seorang tokoh pengasas bagi Pergerakan Seni Baharu dan pendidikan seni moden – telah membuat satu penampilan yang luar biasa "merentasi masa dan ruang" melalui teknologi manusia digital berketepatan tinggi. Sebagai tokoh-tokoh yang dihormati dari Akademi Seni Halus Shanghai (pendahulu bagi Universiti Seni Nanjing), mereka telah berkumpul untuk menyampaikan obor kerohanian bagi pendidikan estetika dan seni.

Cetusan bagi kecerdasan buatan itu telah menerangi satu lembaran baharu di dalam penciptaan artistik, manakala satu dekad usaha yang penuh berdedikasi kini bergema dengan suara inovasi yang berkuasa di dalam era kecerdasan digital. Sorotan seperti pameran graduasi reka bentuk fesyen “Kecerdasan Digital · Pakaian Cina”, Musim Jazz Festival Muzik yang Meluap-luap dan Ribut Petir opera Cina yang dipersembahkan bersama oleh pelajar Cina dan Kanada adalah di antara acara yang menonjol. Sambutan meriah "520" pada tahun ini telah menarik penyertaan yang penuh bersemangat daripada institusi seni di Amerika Syarikat, Australia, Itali, Singapura, Thailand dan banyak lagi. Bersama-sama dengan fakulti dan pelajar dari Universiti Seni Nanjing, mereka telah mempersembahkan satu perayaan artistik pelbagai budaya yang telah memecahkan sempadan.

“Sepanjang dekad yang lalu, Universiti Seni Nanjing telah mengejar visi bagi 'sebuah pameran di seluruh kampus, satu perayaan di seluruh bandar raya,' dengan mengubahnya menjadi satu realiti nyata bagi 'sebuah bandar raya dan sebuah universiti yang berkembang maju bersama dalam simbiosis.' Dengan membenamkan DNA bagi seni ke dalam fabrik bagi bandar raya itu, kami telah mencipta sebuah lambang kebudayaan yang bersinar di Nanjing dan memancarkannya ke seluruh Jiangsu,” kata Yu Feng, Setiausaha Parti bagi Universiti Seni Nanjing.

Sumber: Universiti Seni Nanjing

--BERNAMA

+