Selasa 27/05/2025
VICTORIA, Seychelles, 27 Mei (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Bitget, sebuah bursa mata wang kripto dan syarikat Web3 yang terkemuka telah mengumumkan penyenaraian USD1, yang ditambahkan ke dagangan spot. USD1 World Liberty Financial ialah stablecoin yang disokong oleh fiat dan berdasarkan nisbah Dolar AS 1:1. Perdagangan bagi pasangan USD1/USDT dan USD1/USDC akan bermula pada 26 Mei 2025, 10:00 (UTC) dan pengeluaran tersedia pada 27 Mei 2025, 11:00 (UTC).
USD1 itu yang dikeluarkan oleh World Liberty Financial yang mempunyai kaitan dengan keluarga Trump direka untuk menyelaraskan urus niaga digital dengan membolehkan penukaran yang lancar antara mata wang fiat dan aset digital. Penyepaduan yang dilakukan baru-baru ini dan populariti USD1 yang semakin meningkat menandakan satu langkah besar ke arah penerimaan yang lebih luas, yang membolehkan stablecoin beroperasi merentasi pelbagai blok rantai. Melalui perkongsian strategik, USD1 mempercepatkan penyepaduannya dalam ekosistem kewangan tak terpusat.
Bitget meneruskan usaha menyusun aset unik dan berpengaruh dalam zon inovasinya, dan penyenaraian USD1 menandakan permintaan yang semakin meningkat bagi ekosistem stablecoin.
Bitget terus memperluaskan tawarannya dengan mengukukan kedudukannya sebagai platform perdagangan mata wang kripto yang terkemuka. Bursa tersebut telah membina reputasi sebagai penyedia penyelesaian inovatif yang memperkasakan pengguna untuk meneroka kripto dalam ekosistem CeDeFi yang selamat. Dengan pelbagai pilihan yang merangkumi lebih 800 pasangan mata wang kripto serta komitmen untuk meluaskan tawaran kepada lebih 900 pasangan dagangan, Bitget menghubungkan pengguna kepada pelbagai ekosistem, termasuk Bitcoin, Ethereum, Solana, Base dan TON.
Penambahan USD1 sebagai salah satu portfolio Bitget menandakan langkah yang penting dalam mengembangkan ekosistem Bitget dengan membina hubungan dengan komuniti khusus dan memupuk inovasi dalam ekonomi tak terpusat, sekaligus mengukuhkan peranannya sebagai pintu masuk kepada pelbagai projek Web3.
Untuk maklumat lanjut mengenai USD1, layari di sini.
Perihal Bitget
Ditubuhkan pada tahun 2018, Bitget merupakan sebuah bursa mata wang kripto dan syarikat Web3 yang terkemuka di dunia. Memberikan perkhidmatan kepada lebih 120 juta pengguna di lebih 150 negara dan rantau, bursa Bitget komited untuk membantu pengguna berdagang dengan lebih bijak melalui ciri perdagangan salinan perintisnya dan penyelesaian perdagangan yang lain. Bitget turut menawarkan akses secara masa nyata kepada harga Bitcoin, harga Ethereum serta harga mata wang kripto yang lain. Bitget Wallet yang sebelum ini dikenali sebagai BitKeep, merupakan dompet kripto berbilang rantaian bertaraf dunia yang menawarkan pelbagai penyelesaian dan ciri Web3 yang komprehensif, termasuk kefungsian dompet, pertukaran token, NFT Marketplace, pelayar DApp dan pelbagai lagi.
Bitget berada di barisan hadapan dalam memacu penggunaan kripto melalui perkongsian strategik, antaranya berperanan sebagai Rakan Kongsi Kripto Rasmi Liga Bola Sepak Terunggul Dunia, LALIGA, dalam pasaran TIMUR, SEA dan LATAM, termasuk menjadi rakan kongsi global atlet Kebangsaan Turki Buse Tosun Çavuşoğlu (Juara gusti dunia), Samet Gümüş (Pemenang pingat emas tinju) dan İlkin Aydın (Pemain pasukan bola tampar kebangsaan), untuk memberikan inspirasi kepada komuniti global bagi merangkul masa depan mata wang kripto.
Untuk maklumat lanjut, layari: Laman web | Twitter | Telegram | LinkedIn | Discord | Bitget Wallet
Untuk pertanyaan media, sila hubungi: media@bitget.com
Amaran Risiko: Harga aset digital tertakluk kepada turun naik dan mungkin mengalami ketidakstabilan yang ketara. Pelabur disarankan agar hanya memperuntukkan dana yang mereka bersedia tanggung jika berlaku kerugian. Nilai mana-mana pelaburan boleh terjejas dan terdapat kemungkinan bahawa objektif kewangan mungkin tidak tercapai serta pelaburan pokok tidak dapat diperoleh semula. Nasihat kewangan bebas harus sentiasa diperoleh dan pengalaman kewangan peribadi serta kedudukan kewangan perlu dipertimbangkan dengan teliti. Prestasi pada masa lalu bukanlah penunjuk prestasi masa hadapan yang boleh dipercayai. Bitget tidak bertanggungjawab atas apa-apa kerugian yang mungkin dialami. Tiada apa-apa yang terkandung di sini harus dianggap sebagai nasihat kewangan. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Syarat Penggunaan kami.
Foto yang mengiringi pengumuman ini tersedia di http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/a3dccde4-3a2a-4131-8c07-59dbf02e4c59
SUMBER: Bitget Limited
PENAFIAN: BERNAMA MREM tidak bertanggungjawab atas sebarang sebab penodaan laman web, penyalahgunaan, atau aktiviti haram yang berkaitan dengan mata wang kripto, rantaian blok, tokenisasi, atau bitcoin. Penulisan ini tidak boleh dianggap sebagai panduan atau pendapat, kerana ia bukan nasihat kewangan atau pelaburan. Gunakan maklumat ini atas risiko anda sendiri; kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penerbitan semula artikel ini.
--BERNAMA