Selasa 27/05/2025
VICTORIA, Seychelles, 27 Mei (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Bitget, sebuah bursa mata wang kripto dan syarikat Web3 yang terkemuka, teruja untuk meraikan Ulang Tahun Blockchain4Youth yang kedua. Dengan rekod lebih 8,000 peserta di seluruh dunia dan lebih 3,000 sijil dikeluarkan, program ini terus memperkasakan generasi akan datang dengan pengetahuan dan alatan yang diperlukan untuk membentuk masa depan inovasi blok rantai dan Web3.
Kejayaan inisiatif ini bertunjangkan misi Bitget untuk merapatkan jurang pengetahuan antara teknologi yang sedang berkembang dengan golongan belia, khususnya pelajar, pembangun muda dan usahawan yang bercita-cita tinggi. Melalui inisiatif utama Bitget Builders, Bitget mengumumkan peluasan pasaran ke peringkat global melalui siri perjumpaan luar talian dengan mengundang peminat kripto yang terdiri daripada pelbagai latar belakang untuk bersama-sama membangunkan ekosistem Bitget sekaligus membuka peluang mendapatkan pandangan dan pemahaman, akses kepada acara yang dianjurkan oleh Bitget serta peluang pertumbuhan.
Sepanjang tahun lalu, Blockchain4Youth telah bekerjasama dengan universiti dan institusi pendidikan di seluruh dunia, termasuk institusi terkemuka di Amerika Utara, APAC serta rantau lain. Pada Mac 2025, Blockchain4Youth ketara menjadi fokus Hackathon 'Build with AI' anjuran Google Developer Group melalui ceramah yang memberikan inspirasi kepada 130 pelajar berbakat, serta meneroka penyepaduan antara teknologi blok rantai dengan AI.
Blockchain4Youth yang kini memasuki tahun ketiga telah berkembang ke lebih 70 negara dan rantau, serta memperluaskan jangkauan melalui pelbagai kerjasama pendidikan, hackathon dan kursus dalam talian. Dengan lebih 80 kuliah di kampus, Blockchain4Youth telah meninggalkan kesan yang besar dalam meningkatkan pendidikan dan kesedaran mengenai teknologi yang sedang berkembang ini. Perkembangan ini membuktikan komitmen berterusan Bitget dalam memastikan pengetahuan blok rantai dapat diakses oleh semua golongan dan dalam masa yang sama mencipta kesan di luar dunia akademik.
“Sejak dua tahun lalu, Blockchain4Youth telah berkembang daripada satu idea menjadi pergerakan global,” kata Vugar Usi Zade, Ketua Pegawai Operasi Bitget. “Kami berpegang teguh pada kepercayaan bahawa masa depan berada di tangan belia dan kami teruja melihat ramai orang muda mengambil inisiatif untuk belajar, membangun dan menyumbang kepada ekosistem Web3. Apabila suasana industri blok rantai terus matang, membina masa depan digital yang lebih inklusif dan inovatif menjadi satu misi penting. Saya percaya jawapannya terletak di tangan generasi akan datang.”
Bitget kekal komited untuk memperkasakan belia di seluruh dunia melalui inisiatif berkesan yang memupuk inovasi, pendidikan dan pembinaan komuniti dalam Web3. Blockchain4Youth akan memasuki tahun ketiga dan akan terus berfungsi sebagai asas kepada misi Bitget yang lebih luas dalam memacu penggunaan blok rantai arus perdana melalui pendidikan dan sokongan terhadap belia.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Blockchain4Youth, sila layari di sini.
Perihal Bitget
Ditubuhkan pada tahun 2018, Bitget merupakan sebuah bursa mata wang kripto dan syarikat Web3 yang terkemuka di dunia. Memberikan perkhidmatan kepada lebih 120 juta pengguna di lebih 150 negara dan rantau, bursa Bitget komited untuk membantu pengguna berdagang dengan lebih bijak melalui ciri perdagangan salinan perintisnya dan penyelesaian perdagangan lain. Bitget turut menawarkan akses secara masa nyata kepada harga Bitcoin, harga Ethereum serta harga mata wang kripto yang lain. Bitget Wallet yang sebelum ini dikenali sebagai BitKeep, merupakan dompet kripto berbilang rantaian bertaraf dunia yang menawarkan pelbagai penyelesaian dan ciri Web3 yang komprehensif, termasuk kefungsian dompet, pertukaran token, NFT Marketplace, pelayar DApp dan pelbagai lagi.
Bitget berada di barisan hadapan dalam memacu penggunaan kripto melalui perkongsian strategik, antaranya berperanan sebagai Rakan Kongsi Kripto Rasmi Liga Bola Sepak Terunggul Dunia, LALIGA, dalam pasaran TIMUR, SEA dan LATAM, termasuk menjadi rakan kongsi global atlet Kebangsaan Turki Buse Tosun Çavuşoğlu (Juara gusti dunia), Samet Gümüş (Pemenang pingat emas tinju) dan İlkin Aydın (Pemain pasukan bola tampar kebangsaan), untuk memberikan inspirasi kepada komuniti global bagi merangkul masa depan mata wang kripto.
Untuk maklumat lanjut, layari: Laman web | Twitter | Telegram | LinkedIn | Discord | Bitget Wallet
Untuk pertanyaan media, sila hubungi: media@bitget.com
Amaran Risiko: Harga aset digital tertakluk kepada turun naik dan mungkin mengalami ketidakstabilan yang ketara. Pelabur disarankan agar hanya memperuntukkan dana yang mereka bersedia tanggung jika berlaku kerugian. Nilai mana-mana pelaburan boleh terjejas dan terdapat kemungkinan bahawa objektif kewangan mungkin tidak tercapai serta pelaburan pokok tidak dapat diperoleh semula. Nasihat kewangan bebas harus sentiasa diperoleh dan pengalaman kewangan peribadi serta kedudukan kewangan perlu dipertimbangkan dengan teliti. Prestasi pada masa lalu bukanlah penunjuk prestasi masa hadapan yang boleh dipercayai. Bitget tidak bertanggungjawab atas apa-apa kerugian yang mungkin dialami. Tiada apa-apa yang terkandung di sini harus dianggap sebagai nasihat kewangan. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Syarat Penggunaan kami.
Foto yang mengiringi pengumuman ini tersedia di http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/bb4e4a58-2b8f-4450-8047-58180921d5c3
SUMBER: Bitget Limited
PENAFIAN: BERNAMA MREM tidak bertanggungjawab atas sebarang sebab penodaan laman web, penyalahgunaan, atau aktiviti haram yang berkaitan dengan mata wang kripto, rantaian blok, tokenisasi, atau bitcoin. Penulisan ini tidak boleh dianggap sebagai panduan atau pendapat, kerana ia bukan nasihat kewangan atau pelaburan. Gunakan maklumat ini atas risiko anda sendiri; kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penerbitan semula artikel ini.
--BERNAMA