Program OPPO Smiling Angel Anugerahkan Kakitangan Barisan Hadapan Cemerlang yang Membawa Sentuhan Kemanusiaan dalam Pengalaman Teknologi

Khamis 29/05/2025

Table
OPPO telah menganjurkan Majlis Anugerah Smiling Angel 2025


SHENZHEN, China, 29 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Jenama teknologi global OPPO telah menganjurkan Majlis Anugerah Smiling Angel 2025 di Shenzhen pada 28 April lalu, bagi menghargai 163 kakitangan barisan hadapan daripada pasukan khidmat pelanggan dan runcit yang telah menunjukkan prestasi cemerlang. Berteraskan keyakinan bahawa teknologi bukan sekadar matlamat, tetapi satu cara untuk memberi nilai dan perkhidmatan kepada insan, inisiatif Smiling Angel menjadi platform penghargaan tahunan paling berprestij OPPO dalam mengiktiraf dedikasi kakitangan yang menyerlahkan komitmen jenama terhadap pembangunan teknologi dan pengalaman yang berfokuskan insan.

Beroperasi di lebih 300,000 kedai dan pusat perkhidmatan di seluruh dunia, seramai 77,000 profesional barisan hadapan OPPO bukan sahaja berperanan sebagai titik sentuhan penting antara OPPO dan penggunanya di peringkat global, malah merupakan rakan kepercayaan yang membantu menghidupkan teknologi dan jenama OPPO melalui hubungan insan, serta menyuntik kehangatan menerusi layanan yang penuh perhatian.

Melangkaui Spesifikasi Teknologi: Empati dan Kreativiti Membentuk Pengalaman OPPO

Semangat di sebalik Smiling Angel berakar daripada falsafah teras OPPO, “Benfen”, prinsip untuk sentiasa melakukan perkara yang betul dan melangkaui jangkaan. Ia turut merangkumi sikap positif, keikhlasan untuk berkongsi, serta komitmen terhadap perkhidmatan yang cemerlang. Berpandukan nilai-nilai ini, program OPPO Smiling Angel melangkaui penilaian prestasi tradisional dengan memberi tumpuan kepada “sumbangan luar biasa terhadap pengalaman pengguna”, iaitu menghargai mereka yang mencipta pengalaman pelanggan yang mengagumkan melalui pendekatan inovatif dan sentuhan peribadi.

Salah satu kisah inspirasi datang daripada Trương Thị Hồng Nga, seorang perunding perkhidmatan dari Vietnam. Ketika musim hujan di negara itu, Hồng Nga membantu seorang penghantar makanan yang telefon OPPO A3x miliknya terpadam akibat terdedah kepada hujan lebat. Hồng Nga segera mengenal pasti punca masalah dan berjaya memulihkan fungsi telefon dalam masa 30 minit. Dengan memberikan beg kalis air dan panduan tambahan untuk penggunaan telefon semasa hujan lebat, beliau berjaya mengubah situasi mencabar menjadi detik penuh keprihatinan dan hubungan manusiawi. Tindak balasnya bukan sahaja membolehkan pelanggan menyambung semula kerja pada hari yang sama, malah turut memberi inspirasi kepada penambahbaikan dalam produk dan perkhidmatan siri A OPPO.

Kisah-kisah seumpama ini boleh ditemui di seluruh rantau. Di Malaysia, Lim Chun menggunakan kepakaran teknikalnya yang kukuh untuk berjaya menyandarkan data daripada peranti pelanggan yang tidak berfungsi. Di Bangladesh, Robiul Islam Rana, seorang jurujual runcit berprestasi tinggi, meraih kepercayaan pelanggan menerusi perkhidmatannya yang berdedikasi dan penuh keprihatinan. Walaupun berasal daripada latar belakang kurang berkemampuan dan berpendapatan sederhana, beliau tetap menawarkan perkhidmatan percuma seperti pemasangan pelindung skrin dan pembersihan telefon kepada pelanggan yang memerlukan. Malah, pada satu ketika, beliau sanggup menempuh perjalanan sejauh 47 kilometer dengan beca demi menghantar telefon kepada seorang pelanggan.

Seorang lagi penerima anugerah yang menzahirkan semangat Smiling Angel ialah Niluh Warniasih, seorang jurujual runcit dari Bali. “Saya tahu dalam dunia jualan, ia bukan hanya tentang produk, tetapi juga tentang hubungan. Saya membina kepercayaan pelanggan dengan memberi perkhidmatan terbaik. Saya sentiasa berusaha melakukan lebih, bukan sekadar menjual, tetapi juga mencipta pengalaman yang tidak dapat dilupakan buat mereka,” ujar Niluh. Beliau mengekalkan hubungan jangka panjang dengan pelanggan dan secara proaktif mengikuti perkembangan mereka untuk memastikan pengalaman penggunaan peranti yang memuaskan.

Seperti yang dinyatakan oleh Roy Chen, Ketua Jabatan Saluran dan Runcit Luar Negara OPPO, “Kami tidak lagi hanya menunggu pelanggan di kedai, sebaliknya berinteraksi secara aktif melalui media sosial, menyampaikan nilai fungsi dan juga emosi, demi mempertingkatkan prestasi jualan secara menyeluruh.” Hari demi hari, setiap kakitangan barisan hadapan OPPO memegang kepercayaan yang sama bukan sekadar untuk melepasi jangkaan, tetapi untuk memperkasa setiap interaksi pelanggan dengan empati, dedikasi dan sentuhan insan yang menjadi teras semangat Smiling Angel.

Mengiringi Pelanggan Sepanjang Perjalanan, Daripada Barisan Hadapan kepada Teras Pengalaman

Dalam industri yang sering menilai kejayaan berdasarkan spesifikasi teknikal semata-mata, inisiatif Smiling Angel mencerminkan pendekatan jangka panjang OPPO untuk meletakkan interaksi manusia sebenar sebagai inti kepada produk dan perkhidmatannya. Dengan rangkaian yang merangkumi 75 negara dan wilayah, lebih daripada 3,300 pusat perkhidmatan luar talian serta 12,000 kakitangan khidmat pelanggan di seluruh dunia, rangkaian perkhidmatan OPPO adalah platform di mana kepercayaan ini dilaksanakan melalui perkhidmatan yang konsisten, profesional dan sentuhan insan.

OPPO memahami bahawa pengalaman pengguna yang cemerlang tidak boleh dicapai dengan teknologi semata-mata. “Pengalaman pengguna yang konsisten dan berkualiti tinggi tidak hanya bergantung kepada sistem piawai, tetapi juga pada keupayaan untuk memahami serta menyesuaikan diri dengan keperluan individu pelanggan di mana sahaja mereka berada,” kata Samuel Fang, Ketua Perkhidmatan Selepas Jualan Global OPPO.

Bagi memastikan pengalaman pelanggan yang boleh dipercayai untuk pengguna di seluruh dunia, OPPO telah membangunkan satu rangka kerja perkhidmatan menyeluruh berteraskan Standard Perkhidmatan 6S. Piawaian ini meliputi keseluruhan perjalanan pelanggan daripada persediaan dan penyambutan hinggalah kepada susulan selepas jualan dengan memastikan setiap perincian diurus secara teliti dan sistematik.

Selain itu, OPPO turut memperkenalkan rangka kerja pembangunan bakat yang tersusun, berlandaskan falsafah perkhidmatan globalnya, "Care & Reach". Bermula daripada proses pengambilan dan latihan, sehinggalah kepada pembangunan keupayaan jangka panjang serta program insentif seperti Smiling Angel, sistem ini direka untuk menggabungkan hubungan insan dengan kecemerlangan profesional.

Memandangkan kepelbagaian pasaran global, OPPO juga menyesuaikan perkhidmatannya secara tempatan melalui lawatan pasaran berkala dan pemahaman mendalam terhadap keperluan pelanggan. Syarikat ini telah mempelopori pelbagai inisiatif "Care & Reach Service", seperti penyediaan minuman sejuk percuma di kawasan beriklim panas. Perincian yang disesuaikan secara tempatan ini membantu menjadikan perkhidmatan OPPO lebih serasi dengan gaya hidup dan tabiat pengguna di pelbagai pasaran, menjadikan setiap kunjungan ke pusat perkhidmatan OPPO sebagai satu pengalaman yang dialu-alukan bersama jenama.

Pendekatan yang mengutamakan pelanggan ini terus meraih pengiktirafan antarabangsa. Pada tahun 2024, pasukan perkhidmatan OPPO Indonesia telah memenangi anugerah Pengalaman Perkhidmatan Pelanggan Terbaik dan anugerah Kualiti Perkhidmatan dalam Anugerah SWA. Pada tahun yang sama, pasukan OPPO Malaysia menerima Anugerah Pengalaman Pelanggan Terbaik CXP, manakala pasukan Bangladesh telah dianugerahkan Deep to Award yang berprestij dalam kategori Perlindungan Pengguna.
Berdasarkan kejayaan ini, OPPO terus mengutamakan pengalaman pelanggan menerusi inisiatif Smiling Angel dan pelbagai usaha lain. Lebih daripada sekadar program anugerah kakitangan, Smiling Angel mencerminkan kepercayaan OPPO bahawa teknologi terbaik sentiasa berakar kepada hubungan dan keprihatinan terhadap insan.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada: https://www.businesswire.com/news/home/20250525200035/en

Hubungi
Xuening Gong
gongxuening@oppo.com

Sumber: OPPO

--BERNAMA


 

+