KUALA LUMPUR, Malaysia & MONTCLAIR, N.J., 30 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Kumpulan EDOTCO (“EDOTCO”), salah satu syarikat infrastruktur keterhubungan digital terkemuka di Asia dan Sitetracker, peneraju global dalam pengurusan kitar hayat aset secara menyeluruh, hari ini mengumumkan kerjasama strategik bagi mempercepat transformasi digital operasi lapangan EDOTCO di seluruh rantau Asia.
Kerjasama ini menandakan pencapaian penting dalam sektor infrastruktur telekomunikasi Asia, dengan EDOTCO bakal menggunakan platform Operasi & Penyelenggaraan (O&M) yang diperluas daripada Sitetracker merentasi lebih 55,000 menara di sembilan pasaran Asia menetapkan penanda aras baharu bagi kebolehskalaan, kecekapan, dan inovasi operasi.
“Di EDOTCO, kami komited untuk membina infrastruktur pintar dan berdaya tahan yang menyokong masa depan keterhubungan digital,” kata Adlan Tajudin, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan EDOTCO. “Kerjasama dengan Sitetracker akan membolehkan kami menyeragam dan memodenkan operasi lapangan di seluruh rantau ini memberikan pasukan kami alat untuk meningkatkan tahap perkhidmatan, ketangkasan operasi dan membuat keputusan berasaskan data secara menyeluruh.”
Platform Sitetracker akan membantu EDOTCO menyelaraskan aliran kerja lapangan, mendorong penyelenggaraan ramalan dan meningkatkan keterlihatan operasi ke atas rangkaian menara yang luas sekaligus mengubah cara tugas pencegahan dan pembetulan dirancang, dilaksanakan dan dipantau.
Menulis Semula Strategi Operasi dan Penyelenggaraan Lapangan
Strategi masa depan EDOTCO memberi tumpuan kepada pembangunan model operasi yang bersedia untuk menghadapi keperluan digital yang semakin berkembang di Asia Selatan dan Asia Tenggara. Pelaksanaan platform Sitetracker akan membolehkan EDOTCO mengurangkan kerumitan, menghapuskan campur tangan manual dan memperluaskan amalan O&M terbaik merentasi pelbagai persekitaran secara berkesan.
Melalui kerjasama strategik ini, EDOTCO akan:
- Mengautomasi penyelenggaraan pencegahan dan pembetulan - mengenal pasti isu berpotensi lebih awal untuk memastikan kebolehpercayaan rangkaian dan mengurangkan masa henti;
- Mempermudah aliran kerja audit aset tapak dan kenderaan - menghapuskan ralat proses dan memudahkan pengurusan inventori serta pematuhan yang lebih tepat;
- Membolehkan daftar masuk tapak dengan penjejakan geo yang selamat - meningkatkan keselamatan dan akauntabiliti tenaga kerja;
- Memantau prestasi Perjanjian Tahap Perkhidmatan (SLA) secara masa nyata - mempertingkatkan penyampaian perkhidmatan dan masa tindak balas;
- Bergabung secara lancar dengan sistem kritikal - menghapuskan silo data dan menyelaraskan pasukan melalui platform pintar berpusat.
“Komitmen EDOTCO terhadap pengurusan infrastruktur pintar menjadikan mereka rakan kongsi yang ideal,” kata Giuseppe Incitti, Ketua Pegawai Eksekutif Sitetracker. “Visi mereka selaras sepenuhnya dengan misi kami untuk menyediakan pengurusan kitar hayat aset menyeluruh bertaraf dunia yang memperkasakan infrastruktur paling penting di dunia.”
Menetapkan Piawaian untuk Masa Depan Berteraskan DigitalDengan pelaksanaan Sitetracker, EDOTCO akan menjadi antara syarikat menara (TowerCo) pertama di Asia yang menggunakan platform O&M mudah alih yang bersepadu sepenuhnya pada skala ini – sekali gus mengukuhkan lagi komitmennya terhadap inovasi, kemampanan dan ketahanan operasi merentasi rantaian nilai infrastruktur digital.
Kerjasama ini mencerminkan komitmen bersama kedua-dua syarikat untuk memastikan pengurusan infrastruktur kekal relevan pada masa hadapan, memperkemas pelaksanaan lapangan dan meningkatkan kualiti perkhidmatan digital di pasaran Asia Tenggara dan Asia Selatan yang pesat berkembang.
Maklumat tentang SitetrackerSitetracker memperkasa pemilik, pengendali, kontraktor dan pihak berkepentingan lain untuk memperkemas dan mengoptimumkan keseluruhan kitar hayat aset infrastruktur kritikal. Sebagai platform Pengurusan Kitar Hayat Aset yang lengkap dan terkemuka di peringkat global, Sitetracker membantu syarikat-syarikat inovatif seperti Vodafone, Ericsson, ENGIE, Telefonica, Cypress Creek Renewables, Cox, Iberdrola, EVgo, Vantage Towers, Southern Company, Zayo, Tilson, Nextera, EDOTCO, E.On, Axione dan TEP untuk merancang, membina, mengendalikan dan menyelenggara berjuta-juta projek, tapak dan aset dengan lebih cekap. Sitetracker menyampaikan kecemerlangan operasi dan mewujudkan ketelusan penuh merentasi industri seperti infrastruktur digital, tenaga boleh baharu, pengecasan EV, utiliti dan hartanah dengan memacu pasukan yang cekap dan selamat, memastikan projek berada dalam keadaan sihat, serta membolehkan organisasi menguruskan skala, pertumbuhan dan kerumitan. Dipercayai oleh ratusan peneraju industri, Sitetracker menerajui masa depan yang lebih berhubung dan mampan di seluruh dunia. Uruskan Perkara yang Kritikal, dengan Sitetracker.Maklumat tentang Kumpulan EDOTCODitubuhkan pada tahun 2012, Kumpulan EDOTCO ialah syarikat perkhidmatan infrastruktur keterhubungan digital terkemuka di Asia, yang menyediakan penyelesaian bersepadu hujung ke hujung dalam sektor perkhidmatan menara. Misi utamanya adalah untuk membantu negara-negara di seluruh Asia memajukan infrastruktur keterhubungan mereka melalui penyelesaian terkini dan mencapai keterhubungan yang saksama.Dengan portfolio melebihi 58,000 menara di sembilan negara, syarikat ini beroperasi di Malaysia, Bangladesh, Filipina, Indonesia, Kemboja, Pakistan, Myanmar, Sri Lanka dan Laos, memenuhi keperluan keterhubungan dengan cara yang inovatif dan mampan, serta membantu pelanggan dan rakan kongsi mempercepat pertumbuhan lestari. EDOTCO mengutamakan pengembangan portfolio yang berhati-hati, sama ada secara organik atau tidak organik, dengan mengambil kira skala, pulangan ekonomi dan faedah yang seimbang untuk para pemegang sahamnya.Kumpulan EDOTCO telah dinamakan sebagai Syarikat Menara Telekomunikasi Asia Pasifik Terbaik oleh Frost & Sullivan selama enam tahun berturut-turut, dan turut diiktiraf sebagai salah satu daripada tiga Unicorn ASEAN yang berpangkalan di Malaysia. Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.edotcogroup.comTeks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
HubungiHubungan MediaKathleen Ojo
Sitetracker
press@sitetracker.comSumber: Sitetracker
--BERNAMA