Kumpulan Profesional Reka Bentuk ASEAN yang Memenangi Anugerah Mengadakan Lawatan ke Australia untuk Mengukuhkan Hubungan dan Memudahkan Perkongsian Pengetahuan

Jumaat 30/05/2025


Table
Pemenang ASEAN dengan Daniel Bourke of fjcstudio di Warships Pavilion, Australian National Maritime Museum


SINGAPURA, 30 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Arkitek terkemuka daripada lima firma yang memenangi BlueScope Steel Architectural Awards sulung telah mengembara ke Australia pada April ini untuk meraikan kecemerlangan reka bentuk, meningkatkan keupayaan dan berkongsi pengetahuan. Anugerah ini dianjurkan oleh NS BlueScope dengan kerjasama beberapa badan  dihormati  industri — Association of Siamese Architects under Royal Patronage (ASA), Ikatan Arsitek Indonesia (IAI), University of Architecture Ho Chi Minh City (UAH), ACG Media Group Malaysia dan AustCham Singapore.

Delegasi tersebut telah melawat beberapa reka bentuk keluli moden terbaik di Australia, termasuk Darling Quarter dan National Maritime Museum Australia di Sydney. Di Brisbane, mereka  turut mengunjungi Kangaroo Point Bridge, Convention & Exhibition Center Brisbane dan UQ Sustainability Walk di University of Queensland. Beberapa projek antaranya menggunakan produk keluli BlueScope seperti keluli COLORBOND® and XLERPLATE® yang terkenal kerana ketahanannya, kepelbagaian penggunaannya dan tarikan estetiknya, membantu merealisasikan reka bentuk seni bina yang  luar biasa. Studio seni bina yang terkenal yang terlibat dalam projek ini,  seperti fjcstudio di Sydney dan Cox Architecture di Brisbane, telah menjadi hos delegasi sepanjang lawatan.

Richard Coulson, Pengerusi Lembaga Pengarah Cox Architecture dan salah seorang hakim bagi anugerah BSAA ASEAN tahun  lalu, berkata bahawa ini merupakan peluang  berharga untuk mempamerkan reka bentuk Australia sambil belajar daripada firma seni bina terkemuka ASEAN.

“Amat menyeronokkan menerima delegasi daripada ASEAN sebagai tetamu sambil membentangkan proses reka bentuk terkini dan penyelesaian keluli canggih yang digunakan di Australia. Kami gembira dapat menyertai perbincangan yang produktif dan menarik bersama rakan sekerja kami dari ASEAN  sambil berkongsi  pelbagai idea dan falsafah,” katanya.

Selain lawatan tapak dan dialog bersama pengamal terkenal, delegasi ini juga menghadiri Australian Architecture Conference 2025 di Opera House Sydney. Di sini, mereka berpeluang menjalinkan rangkaian dengan rakan sekerja daripada Australia dan komuniti seni bina global yang lebih luas, serta menghadiri pembentangan tentang topik daripada reka bentuk berasaskan AI,  penyahkarbonan, bangunan tinggi dan masa depan pusat bandar.

Ar. Melvyn J Kanny, prinsipal MJ Kanny Architect dari Malaysia, yang turut serta lawatan ini, berkata  peluang seperti ini akan membantu memperkukuh  rangkaian hubungan untuk  firma reka bentuk di ASEAN.

“Lawatan ini membuka peluang besar untuk belajar daripada komuniti seni bina Australia dan global,  serta berkongsi maklumat tentang hasil kerja hebat yang sedang dijalankan di ASEAN. ‘Circle of Excellence in Steel Architectural Design’ kami, yang terdiri daripada pemenang anugerah ASEAN edisi sulung akan terus berkembang dengan pelaksanaan edisi seterusnya. Ia membentuk asas yang  kukuh untuk membina komuniti rentas rantau yang mampu memberi sumbangan yang lebih besar kepada pembelajaran kolektif industri kami.”

Delegasi lawatan ini terdiri daripada wakil:

 - Arkiskape Sdn. Bhd. (Malaysia)
 - MJ Kanny Architect (Malaysia)
 - Razin Architects Sdn. Bhd. (Malaysia)
 - Ar. Naksit Wisetmora (Thailand)
 - Studio Sifah (Thailand)

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang NS BlueScope klik di sini.

Teks bahasa asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan  ini disediakan hanya sebagaiSahaja rujukan, dan hendaklah  disemak dengan teks bahasa asal, yang merupakan satu-satunya versi sah dari segi undang-undang.

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada:
https://www.businesswire.com/news/home/20250504099078/en

Contacts

 James Li | Naib Presiden, Business Transformation, NS BlueScope Pte. Ltd.
 T +65 6832 3512 | M +65 9626 2750
 E james.li@bluescope.com | W www.nsbluescope.com
 A 238B Thomson Road, #17-01 Novena Square Tower B, Singapore 307685
 
Sumber: NS BLUESCOPE

--BERNAMA

+