Pengiktirafan Terhadap Destinasi Terunggul di Dunia: Pencalonan untuk Anugerah TOURISE yang Julung Kali Diadakan Kini Dibuka

Jumaat 06/06/2025

Table

(Infografik:  AETOSWire)

· Anugerah TOURISE memberi pengiktirafan kepada destinasi paling berpengaruh di dunia dalam meraikan budaya, keterhubungan global serta inovasi dalam sektor pelancongan.
· Lima kategori telah dibuka untuk pencalonan di mana anugerah utama akan dipilih oleh juri bebas yang terdiri daripada pakar dalam dunia pelancongan global.
· Pencalonan dibuka sehingga 9 Julai dan para pemenang akan diraikan di Sidang Kemuncak TOURISE di Riyadh yang dijadualkan berlangsung dari 11 hingga 13 November 2025.


Riyadh, Arab Saudi, 6 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Anugerah TOURISE dilancarkan secara rasmi hari ini sebagai satu tanda aras global baharu yang pencapaian terbaik dalam destinasi pelancongan. Anugerah ini diperkenalkan bagi menghargai destinasi yang telah mencorakkan masa depan dunia pelancongan dengan menawarkan pengalaman bermakna, kenangan berharga serta memberi impak ketara kepada pelancong. Pencalonan kini dibuka kepada pelancong individu, golongan profesional dalam industri dan organisasi yang komited untuk memberi pengiktirafan terhadap destinasi terunggul di seluruh dunia.

Anugerah TOURISE merupakan sebahagian daripada usaha platform TOURISE di bawah naungan Kementerian Pelancongan Arab Saudi dan telah diumumkan semasa sidang media maya yang diadakan pada 22 Mei 2025 yang lalu.

Selari dengan falsafah TOURISE, anugerah ini mengambil pendekatan berani dalam mengiktiraf destinasi yang menonjolkan jati diri tersendiri, impak yang dapat dinilai, serta ditunjangi oleh pengurusan yang cekap. Destinasi yang layak disenaraikan mestilah (i) memiliki skop geografi yang jelas (bandar, wilayah atau tapak), (ii) menonjolkan identiti dan ciri tersendiri yang terbentuk daripada budaya, landskap dan lokasi menarik yang mempengaruhi persepsi pelancong terhadap destinasi tersebut, dan akhir sekali, (iii) disokong oleh badan pengurusan pelancongan yang bertanggungjawab memastikan destinasi tersebut diuruskan dengan berkesan.

Anugerah TOURISE menampilkan lima kategori: Destinasi Seni dan Budaya Terbaik, Destinasi Pengembaraan Terbaik, Destinasi Makanan dan Kulinari Terbaik, Destinasi Membeli-Belah Terbaik dan Destinasi Hiburan Terbaik. Selain itu, Anugerah Destinasi Terbaik Keseluruhan yang juga menjadi anugerah utama, memberi pengiktirafan terhadap destinasi yang mempamerkan kecemerlangan dalam semua aspek pengalaman pelancong — sekali gus menjadi tanda aras global baharu sebagai sebuah destinasi terunggul untuk dilawati.

Jean-Philippe Cossé, Ketua Pegawai Eksekutif TOURISE berkata: “Sektor pelancongan bukan sekadar menyumbang utama kepada pertumbuhan ekonomi — ia menghubungkan budaya, mengukuhkan komuniti dan mendorong perubahan lestari. Seiring dengan perubahan ketara dalam industri pelancongan, komitmen untuk menonjolkan destinasi yang kaya dengan visi, objektif dan mampu beradaptasi menjadi keutamaan ketika ini. Anugerah TOURISE ini memberi penghargaan kepada lokasi yang bukan sahaja menyantuni pelancong — malah menghadirkan inspirasi, mencetuskan perubahan dan meningkatkan potensi yang mampu dicapai oleh sektor pelancongan. Anugerah ini membuka ruang kepada destinasi untuk menjadi tumpuan global, selain daripada meraikan destinasi perintis yang membentuk masa depan sektor pelancongan.”

Anugerah TOURISE akan dinilai oleh panel juri bebas yang terdiri daripada individu berpengaruh merentasi pelbagai industri seperti pelancongan, fesyen, kulinari, kesenian, peruncitan, kebudayaan, pengembaraan dan hiburan:

· Filip Boyen, Bekas Ketua Pegawai Eksekutif, Forbes Travel Guide;
· Michael Ellis, Bekas Pengarah Global, Michelin Guides;
· Fiona Jeffery, Bekas Pengerusi, World Travel Market; Bekas Pengerusi Tourism for Tomorrow Awards;
· Renaud de Lesquen; Bekas Ketua Pegawai Eksekutif, Givenchy, Bekas Presiden, Dior AM;
· Lars Nittve, Bekas Pengarah Pengasas, Tate Modern
· Albert Read, Bekas Pengarah Urusan, Conde Nast
· Caroline Rush, Bekas Ketua Pegawai Eksekutif, British Fashion Council
· Omar Samra, Duta Muhibbah PBB, Pendaki Gunung dan Penjelajah Kutub
· Bernold Schroeder, Bekas Ketua Pegawai Eksekutif, Kempinski; Pan Pacific

Destinasi yang layak akan dinilai berdasarkan 10 kriteria penilaian yang terbahagi kepada tiga aspek penting dalam pengalaman pelancongan: tawaran, nilai, kemudahan. Barisan juri akan menilai prestasi setiap destinasi berdasarkan aspek-aspek tersebut — berpandukan apa yang ditawarkan, tahap aksesibiliti dan keselesaan bagi pelawat, nilai keseluruhan yang ditawarkan dan paling utama, kualiti dan impak pengalaman yang diberikan. Penilaian ini mengambil kira faktor seperti keaslian, inovasi, keterangkuman, aksesibiliti, kepelbagaian penginapan dan juga faktor keselamatan yang menyumbang kepada kemampuan sesebuah destinasi dalam memberikan sebuah pengalaman pelancongan yang bermakna dan tidak dapat dilupakan.

Barisan pemenang Anugerah TOURISE yang julung kali diadakan ini akan diumumkan di Sidang Kemuncak TOURISE yang akan berlangsung di Riyadh dari 11 hingga 13 November. Sidang Kemuncak tersebut akan menghimpunkan pemimpin industri daripada sektor pelancongan, perjalanan, pelaburan dan inovasi — termasuk pemimpin negara dan Ketua Pegawai Eksekutif serta pencipta, pencetus perubahan dan pelabur antarabangsa. Ia bakal menjadi platform untuk bertukar idea reformatif, menjalin usaha sama yang transformatif serta menetapkan piawaian baharu untuk masa depan sektor pelancongan.

Suarakan pilihan anda untuk penerima pertama Anugerah TOURISE bagi destinasi pelancongan terunggul di dunia dengan memilih calon destinasi yang telah membawa perubahan bermakna di portal https://www.tourise.com/en/awards. Pencalonan dibuka dari 2 Jun sehingga 9 Julai 2025.

Untuk maklumat lanjut mengenai TOURISE, layari www.tourise.com.

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada: https://www.businesswire.com/news/home/20250602550866/en

*Source: AETOSWire

Hubungi:
 
Fahad Al Bahiti
media@tourise.com
Media kit: https://www.dropbox.com/t/EPahFKdbtzozFHUz  

Sumber: TOURISE

--BERNAMA
+