Penyelesaian Duck Creek akan menjadi pemboleh utama strategi perniagaan Capricorn Mutual untuk mengukuhkan perniagaan ahli dalam perdagangan automotifSYDNEY, June 6 (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Duck Creek Technologies, sebuah penyedia penyelesaian pintar yang mentakrifkan masa depan insurans harta dan kemalangan (P&C) serta insurans am, telah mengumumkan kerjasama baharu dalam teknologi penyampaian insurans teras SaaS yang baharu dengan Capricorn Mutual. Capricorn Mutual merupakan cabang perlindungan yang dimiliki oleh Capricorn, iaitu salah satu organisasi berkeahlian terbesar di Australia dan New Zealand.
Pakej lengkap Duck Creek, termasuk Policy, Rating, Billing, Claims and Clarity (data dan cerapan), yang disampaikan melalui platform penyampaian awan OnDemand, akan menggantikan set tindanan teknologi legasi sedia ada milik Capricorn Mutual. Penyelesaian ini berupaya memperkasa perniagaan untuk menyampaikan produk dan pengalaman perlindungan komersial dan domestik yang dipertingkat kepada lebih ramai ahli perniagaan automotif kecil dan sederhana Capricorn yang berjumlah kira-kira 30,000 syarikat.
“Sebagai sebuah organisasi berasaskan ahli, keutamaan kami adalah untuk mengukuhkan perniagaan ahli dengan menyampaikan perkhidmatan dan nilai yang berkualiti tinggi,” kata Rod Scanlon, Ketua Pegawai Eksekutif Risk Services. “Kami percaya bahawa Duck Creek menyediakan platform teknologi yang kami perlukan untuk memenuhi komitmen ini, pada masa ini dan akan datang.”
Ahli Capricorn Mutual dalam bidang perdagangan automotif beroperasi dalam persekitaran yang dinamik dan berisiko tinggi. Justeru, Capricorn Mutual memerlukan penyelesaian penyampaian teras yang menyokong strategi untuk mengeratkan hubungan dengan ahli, mempertingkat kecekapan proses bagi menghasilkan pengalaman terbaik dalam kelasnya, serta terus menambah baik produk, perkhidmatan dan pengurusan risiko.
“Kami mengakui bahawa teknologi seharusnya menjadi pemboleh utama bagi strategi dan objektif perniagaan kami. Duck Creek membolehkan kami meningkatkan keupayaan automasi kami, menambah baik aliran kerja dan menyepadukan sistem insurans kami dengan penyelesaian manfaat lain yang digunakan oleh ahli kami,” kata En. Scanlon. “Penyelesaian SaaS Duck Creek yang modular dan malar hijau memberikan pengalaman yang ringkas dan intuitif kepada pasukan dan ahli serta enjin penarafan yang berkuasa. Platform Duck Creek menawarkan semua fungsi dan keupayaan yang kami perlukan untuk mencapai strategi ini.”
Scanlon turut berkata, "Pelaksanaan yang mudah dan antara muka pengguna yang sangat semula jadi dan pintar menjimatkan masa untuk melatih pasukan kami menggunakan sistem ini, serta membolehkan kami menyampaikan lebih banyak nilai kepada ahli dengan lebih cepat, dengan kos penyampaian yang lebih rendah."
Christian Erickson, Pengurus Besar APAC Duck Creek mengulas mengenai kerjasama baharu itu, “Kami sangat teruja menerima penyertaan Capricorn Mutual dalam komuniti Duck Creek. Semasa proses pemilihan dijalankan, Capricorn Mutual menyemak dan menguji pelbagai penyelesaian yang tersedia dalam pasaran dengan teliti untuk memastikan ahli menerima pengalaman dan hasil terbaik. Duck Creek berbesar hati kerana diiktiraf sebagai penyelesaian yang mendahului pesaing lain dan kami berharap agar dapat membantu Capricorn Mutual menjalin hubungan yang lebih erat dengan ahlinya.”
Perihal Duck Creek TechnologiesDuck Creek Technologies merupakan penyedia penyelesaian pintar yang mentakrifkan masa depan industri insurans hartanah dan kasualti (P&C) serta insurans am. Kami merupakan platform yang membolehkan sistem insurans moden dibina, yang membolehkan industri memanfaatkan kuasa awan untuk menjalankan operasi yang tangkas, pintar dan malar hijau. Kejujuran, tujuan dan ketelusan menjadi teras Duck Creek dan kami percaya insurans seharusnya tersedia untuk individu dan perniagaan pada bila-bila masa, di mana-mana dan dalam apa-apa jua cara. Penyelesaian peneraju pasaran daripada kami tersedia secara kendiri atau sebagai
pakej lengkap dan semuanya tersedia melalui
Duck Creek OnDemand. Layari
www.duckcreek.com untuk mengetahui lebih lanjut. Ikuti Duck Creek di saluran sosial kami untuk mendapatkan maklumat terkini –
LinkedIn dan
X.
Hubungan Media:
Marianne Dempsey/Tara Stred
duckcreek@threeringsinc.comSUMBER: Duck Creek Technologies--BERNAMA