Multiply Group Menyinari Dunia Dengan Pelancaran Multiply Media Group, Mewujudkan Kuasa Besar Media Beribu Pejabat di UAE

Isnin 09/06/2025

Table
Multiply Group menyinari dunia dengan pelancaran Multiply Media Group, mewujudkan kuasa besar media yang beribu pejabat di UAE (Foto: AETOSWire) 
 
·  Multiply Media Group (MMG) menggabungkan BackLite Media, Viola Media dan Media 247 untuk mengendalikan salah satu portfolio luar ruang terbesar dan paling premium di UAE dengan 3,000 unit
·  Kumpulan media yang baru disatukan ini akan berfungsi sebagai pelantar untuk merebut peluang serantau dan global dalam sektor media, termasuk di Arab Saudi, UK, Eropah dan AS
·  MMG akan mentakrifkan semula landskap media serantau melalui inovasi, skala dan kerjasama strategik
·  MMG dilancarkan secara rasmi di Kongres Tahunan World Out of Home Organization (WOO) di Mexico City
 
ABU DHABI, Emiriah Arab Bersatu, 9 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Multiply Group (ADX: MULTIPLY), syarikat pegangan pelaburan berpangkalan di Abu Dhabi, hari ini melancarkan Multiply Media Group (MMG), menyatukan tiga syarikat terkemuka dalam segmen media luar rumah (OOH) di bawah satu bumbung bagi membentuk sebuah kuasa media baharu yang beribu pejabat di UAE. Penyatuan BackLite Media, Viola Media dan Media 247 di bawah Multiply Media Group menandakan langkah strategik yang bakal mencorak masa depan media berasaskan teknologi di UAE dan di peringkat global.

Samia Bouazza, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan dan Pengarah Urusan Multiply Group, berkata, “Pelancaran Multiply Media Group merupakan antara penyatuan media paling signifikan di UAE. Dengan menghimpunkan aset media terkemuka di bawah satu kumpulan yang dipacu oleh AI dan teknologi, kami memperkukuh komitmen kami terhadap penciptaan nilai jangka panjang dan pulangan kepada pemegang saham. MMG membina asas kukuh untuk merealisasikan aspirasi global kami dan strategi pelaburan yang berpandangan jauh ke hadapan.”

MMG telah dilancarkan secara rasmi di Kongres Tahunan World Out of Home Organization (WOO) di Mexico City, dan pada masa yang sama mencuri tumpuan dunia menerusi pengambilalihan global di pelbagai media DOOH utama, menyinari bandar-bandar dan skrin di seluruh dunia dengan kehadiran berani dan berpengaruh. Langkah ini mencerminkan peluasan global Multiply Group, syarikat pegangan bernilai $7.2 bilion yang merupakan sebahagian daripada IHC, syarikat pegangan paling bernilai di Timur Tengah dengan permodalan pasaran melebihi $240 bilion. Kumpulan yang kini disatukan ini akan menjadi pelantar strategik untuk merebut peluang serantau dan antarabangsa dalam sektor media menerusi rangkaian perniagaan MMG.

MMG bakal memacu prestasi dan inovasi dalam sektor media luar rumah, mengubah landskap media UAE melalui skala, kecerdasan buatan dan kerjasama strategik. Bagi mencapai misinya, MMG akan melabur dalam aset media berpotensi tinggi, memacu pertumbuhan melalui inovasi, serta mencipta sinergi rentas portfolio menerusi pelaburan strategik.

Jawad Hassan, Ketua Vertikal Media dan Komunikasi di Multiply Group, berkata, “Selama beberapa tahun, strategi pertumbuhan agresif Multiply Group dalam sektor media telah membawa kami daripada portfolio bersepadu yang merangkumi tiga peneraju industri kepada sebuah kuasa media dengan potensi besar untuk mentransformasi keseluruhan landskap media serantau memberi impak serta-merta dan nilai jangka panjang kepada para pelanggan. Menerusi MMG, kami bersedia untuk menyambut tren baharu dalam industri, khususnya peranan transformatif AI dan kami akan terus melabur dalam teknologi yang membolehkan kami mencipta kempen yang dinamik dan inovatif.”

Skala operasi MMG merangkumi 3,000 unit pengiklanan di seluruh UAE, termasuk lebih 75 aset premium di Lebuhraya Sheikh Zayed, Dubai. Aset-aset ini disokong oleh perjanjian kerjasama jangka panjang dengan Lembaga Jalan Raya dan Pengangkutan (RTA) (Mada Media) di Dubai serta Jabatan Perbandaran dan Pengangkutan (DMT) di Abu Dhabi.

James Bicknell, Ketua Pegawai Eksekutif Multiply Media Group, berkata, “Multiply Media Group dilancarkan sebagai kuasa transformatif dalam media luar rumah, satu kuasa besar yang menyatukan beberapa aset media paling strategik di rantau ini di bawah satu visi yang berani. Dengan MMG, kami bukan sekadar berkembang dari segi saiz, kami berkembang dengan bijak. Mandat kami jelas, menyampaikan konteks pada skala besar dan menjangkau audiens di tempat yang paling penting, pada saat yang paling tepat. MMG dibina untuk menjadi lincah, dipacu data dan bersepadu sepenuhnya, membolehkan klien kami berhubung dengan audiens secara lebih relevan, responsif dan berkesan berbanding sebelum ini. Ini bukan sekadar media, ini ialah momentum.”

Pelancaran MMG hadir susulan perjanjian strategik baru-baru ini antara vertikal media Multiply Group dan Al Arabia, Arabian Contracting Services Company (Al Arabia), untuk membentuk usaha sama (JV) bagi melabur dalam sektor pengiklanan luar rumah (OOH) di peringkat global. Multiply Group turut mengumumkan satu Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Saudi Media Company (SMC) – dua langkah strategik yang menyerlahkan potensi peluasan global jenama-jenama dalam portfolio Multiply.

Pegangan media lain Multiply Group merangkumi Yieldmo, sebuah platform iklan mudah alih kontekstual dan Firefly, syarikat digital Taxi-Top terkemuka di Amerika Utara. Kumpulan ini turut melengkapkan pengambilalihan Viola Communications, sebuah firma pemasaran dan komunikasi, pada tahun 2021.

MAKLUMAT TENTANG MULTIPLY GROUP

Multiply Group PJSC ialah syarikat pegangan pelaburan yang berpangkalan di Abu Dhabi, melabur dan beroperasi secara global dalam perniagaan transformatif yang menjana aliran tunai mampan.

Dikenali dengan minda pertumbuhan strategik, Multiply Group terus menggerakkan modal melalui dua cabang pelaburan yang berbeza, masing-masing mengikuti pendekatan pelaburan yang berdisiplin bagi memastikan penciptaan nilai yang konsisten dan mampan untuk para pemegang saham dalam jangka pendek, sederhana dan panjang:

Multiply, cabang pelaburan dan operasi dalam vertikal strategik jangka panjang, yang kini merangkumi Mobiliti, Tenaga & Utiliti, Media & Komunikasi, Kesejahteraan & Kecantikan, serta Runcit & Pakaian. Pelaburan utama menjana pendapatan berulang jangka panjang, yang kemudiannya diperluas menerusi pengambilalihan tambahan.

Multiply+, cabang yang memfokus kepada pelaburan oportunistik tanpa kekangan sektor, terutamanya melalui pemilikan kepentingan minoriti dalam pasaran swasta dan awam.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.multiply.ae

MAKLUMAT tentang Multiply Media Group

Multiply Media Group (MMG) adalah kuasa besar dalam industri media yang komited untuk memacu prestasi dan inovasi di seluruh sektor. Aspirasi kami tidak terbatas, namun pendekatan kami tepat dan terarah. Kami melabur dalam aset media berpotensi tinggi, memacu pertumbuhan melalui inovasi, dan mewujudkan sinergi dalam portfolio kami menerusi pelaburan strategik serta kepimpinan bijak.

MMG merangkumi BackLite Media, Viola Media, Media 247 dan Purple Printing. Bersama-sama, mereka membentuk ekosistem bersepadu yang direka untuk memberikan skala, ketepatan dan nilai berterusan.

MMG menyediakan kejelasan yang diperlukan untuk memimpin transformasi bermakna dalam industri. Melalui pelaburan tertumpu dalam teknologi, bakat dan inovasi, kami membangunkan produk dan perkhidmatan yang bersedia untuk masa depan, meramalkan keperluan pelanggan sebelum ia muncul. Dengan menyelaraskan keupayaan di seluruh kumpulan, kami menggandakan impak, mempercepat inovasi dan memacu pertumbuhan jangka panjang.

Lebih banyak impak. Lebih banyak inovasi. Momentum yang lebih hebat.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.mmg.global

Sumber: AETOSWire

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada:
https://www.businesswire.com/news/home/20250606708480/en

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Contacts
Wassim El Jurdi
Multiply Group
+971561059595
wassim@multiply.ae

Rawad Khattar
Weber Shandwick
+971563362131
rkhattar@webershandwick.com

Sumber: Multiply Media Group

--BERNAMA
+