KANSAS CITY, Mo., 9 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Populous, firma reka bentuk bertaraf dunia yang terkenal dengan kepakaran dalam mereka bentuk venue sukan dan hiburan, hari ini mengumumkan pengambilalihan Fentress Architects, sebuah firma berpangkalan di Denver yang merupakan peneraju global dalam projek penerbangan ikonik dan bangunan awam terkemuka, termasuk pusat konvensyen, muzium dan fasiliti kerajaan.
Pengambilalihan strategik ini menyatukan dua nama paling disegani dalam bidang seni bina, menggabungkan kepakaran luar biasa Populous dalam mereka bentuk pengalaman yang bermakna dengan portfolio Fentress yang memenangi pelbagai anugerah dalam projek penerbangan, bangunan awam dan mercu tanda kebudayaan. Pengambilalihan ini secara signifikan memperluaskan skop dan skala perkhidmatan yang dapat ditawarkan oleh Populous kepada pelanggan di seluruh dunia.
Bruce Miller, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Global Populous, mengulas:
“Kami komited untuk memperluaskan skop amalan seni bina kami. Fentress Architects sejak sekian lama dikenali kerana kepakarannya dalam seni bina penerbangan dan awam yang berwawasan, kualiti reka bentuk yang luar biasa serta komitmennya terhadap inovasi. Penyatuan pasukan penerbangan kami dengan Fentress untuk membentuk Fentress Studios, sebuah syarikat di bawah Populous, melambangkan dedikasi kami terhadap kualiti reka bentuk.
Penambahan kepakaran dan rangkaian pelanggan Fentress ke dalam portfolio penerbangan dan pengangkutan global Populous, serta sinergi dalam reka bentuk pusat konvensyen, akan membolehkan kami mentransformasi masa depan reka bentuk berpusatkan manusia dan memperhebatkan impak global kami dalam sektor-sektor tersebut.”
Ditubuhkan pada tahun 1980, Fentress Architects telah mereka bentuk mercu tanda seni bina bernilai lebih daripada USD52 bilion di seluruh dunia, termasuk Lapangan Terbang Antarabangsa Denver, Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon, Pusat Konvensyen Miami Beach, dan Muzium Nasional Kor Marin. Firma ini terkenal dengan ciptaan seni bina yang lestari, kontekstual, dan mempunyai hubungan yang mendalam dengan komuniti yang menerima perkhidmatannya.
Curt Fentress, Pengasas dan Ketua Pegawai Reka Bentuk di Fentress Architects, berkata: “Populous berkongsi nilai kami dalam kecemerlangan reka bentuk dan pemikiran berpusatkan manusia. Bersama, kami akan terus mencipta semula seni bina yang hebat dan keupayaannya untuk mencetuskan perubahan sosial serta ekonomi melalui reka bentuk yang berinspirasi untuk manusia."
Fentress Architects akan dijenamakan semula sebagai
Fentress Studios, sebuah Syarikat Populous, dengan studio tersebut terus beroperasi di Denver dan Washington D.C. Pengambilalihan ini turut meningkatkan lagi keupayaan Populous dalam bidang penerbangan, pengangkutan, dan reka bentuk sektor awam.
Maklumat Tentang PopulousPopulous ialah sebuah firma reka bentuk global yang bermula dengan fokus tunggal — untuk menyatukan orang melalui perkara yang mereka minati, melalui pengalaman yang merangkumi semua deria dan menguatkan emosi tulen yang dikongsi dalam detik-detik penuh makna dalam kehidupan manusia. Sepanjang lebih 40 tahun yang lalu, firma ini telah mereka bentuk lebih daripada 3,500 projek bernilai lebih USD60 bilion merentasi pasaran baharu dan pasaran yang sudah mantap. Perkhidmatan komprehensif Populous merangkumi seni bina, reka bentuk dalaman, perancangan acara dan susunan, persekitaran berjenama, panduan arah, grafik, perancangan dan reka bentuk bandar, seni bina landskap, reka bentuk penerbangan dan pengangkutan, hospitaliti serta perundingan reka bentuk lestari. Populous mempunyai lebih 1,500 pekerja di 32 pejabat global di empat benua dengan pusat serantau di Kansas City, London dan Brisbane. Untuk maklumat lanjut, sila layari
www.populous.com.
Maklumat Tentang Fentress ArchitectsFentress Architects ialah sebuah firma reka bentuk antarabangsa yang mengkhusus dalam mencipta seni bina yang inovatif, lestari, dan ikonik. Hasil kerja firma ini merangkumi mercu tanda seperti Terminal Antarabangsa Tom Bradley di LAX, Mahkamah Agung Colorado Ralph L. Carr, dan Kedutaan Diraja Norway.
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada:
https://www.businesswire.com/news/home/ 20250606849000/enContactsHubungan MediaKim Wallace Carlson | Pengarah Komunikasi, Americas
kim.wallacecarlson@populous.comTel: +1 816 329 4468
Charlie Brooks | Pengarah Global Komunikasi
charlie.brooks@populous.comTel: +44 (0)7881 268501
Sumber: Populous
--BERNAMA