Logo Resident Evil Requiem – Edisi baharu yang amat dinantikan akan dilancarkan semasa
ulang tahun ke 30 siri –
OSAKA, Jepun, 10 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Capcom Co., Ltd. (TOKYO:9697) hari ini mengumumkan bahawa
Resident Evil Requiem, judul terkini dalam siri
Resident Evil, dijadualkan untuk pelancaran pada 27 Februari 2026.
Resident Evil Requiem ialah sebuah permainan seram bertemakan perjuangan hidup yang merupakan edisi utama kesembilan dalam siri ini. Judul ini sedang dibangunkan menggunakan RE ENGINE, enjin permainan milik Capcom, dan memanfaatkan kepakaran pembangunan Capcom yang luas hasil daripada kejayaan pelbagai judul yang mendapat sambutan hangat. Tahap ketelitian grafik telah banyak melalui proses evolusi, menampilkan visual dengan realisme sinematik yang mampu menyampaikan emosi watak dengan jelas serta menawarkan tahap penghayatan yang belum pernah dicapai sebelum ini. Pembangunan judul ini sedang dijalankan secara berterusan bagi memenuhi jangkaan tinggi para peminat setia siri ini serta pemain global. Maklumat lanjut mengenai judul ini akan diumumkan pada masa akan datang.
Capcom kekal komited untuk memenuhi jangkaan semua pengguna dengan memanfaatkan keupayaan pembangunan permainan bertaraf industri yang dimilikinya bagi mencipta pengalaman permainan yang amat menghiburkan.
Maklumat Tentang siri Resident EvilFrancais
Resident Evil menampilkan permainan seram bertemakan perjuangan hidup di mana pemain menggunakan pelbagai jenis senjata dan item lain untuk terus hidup dalam situasi yang menakutkan. Disokong oleh komuniti peminat global yang berdedikasi, jumlah jualan kumulatif permainan sejak judul pertama dalam siri utama ini dilancarkan pada tahun 1996 telah melebihi 170 juta unit.
* units.
*Pada 31 Mac 2025
MAKLUMAT TENTANG CAPCOMCapcom ialah pembangun, penerbit dan pengedar hiburan interaktif terkemuka di peringkat global untuk konsol permainan, PC, peranti mudah alih dan tanpa wayar. Ditubuhkan pada tahun 1983, syarikat ini telah menghasilkan ratusan permainan, termasuk francais terkemuka seperti Resident Evil™, Monster Hunter™, Street Fighter™, Mega Man™, Devil May Cry™ dan Ace Attorney™. Capcom menjalankan operasinya di A.S., U.K., Jerman, Perancis, Hong Kong, Taiwan, Singapura dan Tokyo, dengan ibu pejabat korporat terletak di Osaka, Jepun. Maklumat lanjut tentang Capcom boleh didapati di
https://www.capcom.co.jp/ir/english/Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada:
https://www.businesswire.com/news/home/20250609946595/enTeks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
Hubungi Bahagian Perhubungan Awam & Perhubungan Pelabur Capcom
+81-6-6920-3623
Sumber: Capcom Co., Ltd.
--BERNAMA