Perluas Program ke SabahKUALA LUMPUR, 10 Jun (Bernama) -- redONE Mobile, Operator Rangkaian Maya Mudah Alih (MVNO) terbesar di Malaysia meneruskan komitmennya dalam memperkasa komuniti melalui pelaksanaan Program Ibadah Korban sempena sambutan Hari Raya Aidiladha. Program yang dijalankan sejak 2014 ini dilaksanakan di beberapa lokasi terpilih di Kelantan, Terengganu, Pahang dan buat julung kalinya di Sabah dari 6 hingga 9 Jun 2025.
Penyertaan Sabah dalam program tahun ini mencerminkan usaha redONE Mobile untuk memperluas inisiatif tanggungjawab sosial syarikat ke kawasan luar bandar di Malaysia Timur, sekaligus membuka lembaran baharu usaha menyantuni lebih ramai komuniti yang memerlukan.
Sebanyak dua ekor lembu telah diperuntukkan bagi setiap negeri, menandakan sokongan redONE Mobile dalam menyambut perayaan Aidiladha bersama masyarakat setempat, selain mengeratkan hubungan silaturahim bersama rakan niaga syarikat di lokasi terpilih.
Antara lokasi pelaksanaan korban tahun ini adalah:
• Masjid Al-Taqwa Mukim Pulau, Kubang Kerian, Kelantan – 7 Jun
• Masjid Mukim Pemanok, Machang, Kelantan – 7 Jun
• Masjid Tengku Tengah Zaharah (Masjid Terapung), Kuala Ibai, Terengganu – 7 Jun
• Masjid Felda Kerteh 6, Terengganu – 8 Jun
• Masjid Ubudiyah, Kg Paya Luas, Temerloh, Pahang - 9 Jun
• Masjid Lama, Pematang Badak, Kuantan, Pahang - 7 Jun
• Masjid Nurul Iman, Kg Kawang Papar, Sabah – 8 JunProgram ini disertai oleh kakitangan dan rakan niaga redONE Mobile serta penduduk setempat, yang turut berganding bahu dalam proses penyembelihan, pembungkusan dan pengagihan daging korban kepada golongan yang memerlukan.
Ketua Pegawai Eksekutif redONE Mobile, Ameen Amaendran, berkata, “Ibadah korban mengajar kita erti pengorbanan, keikhlasan dan kepedulian terhadap mereka yang memerlukan. Melalui program ini, kami di redONE Mobile ingin menzahirkan semangat tersebut dalam bentuk tindakan, dengan berkongsi rezeki dan memperkukuh hubungan dengan komuniti serta rakan-rakan niaga yang sentiasa menyokong kami. Kami berbesar hati dapat meneruskan inisiatif ini dan buat pertama kalinya membawa pelaksanaanya ke Sabah sebagai langkah kecil dalam usaha berterusan kami mendekati masyarakat di seluruh negara.”
Selain program ibadah korban, redONE Mobile melalui cabang amalnya, Yayasan redONE, aktif melaksanakan pelbagai inisiatif lain. Pada awal tahun ini, syarikat bekerjasama dengan Kechara Soup Kitchen bagi mengedarkan makanan kepada golongan gelandangan di Kuala Lumpur. Sempena Ramadan pula, melalui program
Colours of Ramadan (COR), redONE Mobile telah menyampaikan bantuan makanan dan sokongan kepada komuniti yang memerlukan serta melancarkan kempen kitar semula elektronik
‘Recycle and Reconnect’ untuk menggalakkan pelupusan sisa elektronik dengan betul, di mana hasil pelupusan dalam bentuk kewangan akan disumbang kepada komuniti tersebut. Kempen ini adalah hasil kerjasama dengan Sinar Harian sebagai rakan media, dan ERTH sebagai pengumpul sisa elektronik rasmi.
Kempen
redINFAQ pada bulan Ramadan bersama pempengaruh media sosial untuk membantu golongan kurang bernasib baik dan mempromosikan peniaga kecil di bazar Ramadan di lokasi terpilih di Selangor, Sabah dan Kelantan. Inisiatif
Ronda Bazar Ramadan turut digerakkan untuk menyokong perniagaan tempatan secara langsung di Selangor, Pulau Pinang, Kelantan, Sabah dan Sarawak.
redONE Mobile percaya bahawa melalui sokongan berterusan dan kerjasama erat dengan komuniti, setiap usaha kecil mampu mencipta perubahan besar dalam kehidupan mereka yang memerlukan. Untuk maklumat lanjut berkenaan inisiatif-inisiatif komuniti redONE Mobile dan program akan datang, layari redonemobile.com.my atau ikuti redONE Mobile di.
π
Facebook: @redONE Mobileπ
Instagram: @redonemobile.myπ
TikTok: @redonemobile.myMengenai redONE Mobileβ
Ditubuhkan pada tahun 2012, redONE Mobile adalah Operator Rangkaian Maya Mudah Alih (MVNO) pertama di Malaysia menyediakan perkhidmatan prabayar dan pascabayar yang berpatutan serta terkenal dengan pelan 5G yang bermula dari harga serendah RM10 sebulan. Dengan menggunakan infrastruktur rangkaian 5G terluas oleh operator rangkaian mudah alih negara, pelanggan redONE Mobile boleh menikmati sambungan internet yang lancar dan panggilan suara tanpa gangguan di seluruh Malaysia pada harga mesra bajet. Dengan rangkaian rakan niaga lebih dari 18,000 di seluruh negara serta pangkalan pengguna melebihi 1 juta, redONE Mobile kini beroperasi di Malaysia dan Singapura serta merancang untuk berkembang ke bahagian lain di ASEAN pada masa akan datang. SUMBER: Redone Network Sdn Bhd
UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Media Agency: BeeGo Sdn. Bhd.
Nama: Jacquine Ong / Christy Lim
Tel: 011-10775799 / 011-55065799
--BERNAMA