SENDAI, Jepun, 10 Jun, 2025 /Kyodo JBN/ --Enam wilayah di Tohoku, Pertubuhan Penggalakan Pelancongan Tohoku dan Jawatankuasa Eksekutif Festival Tohoku Kizuna akan mengadakan "Empat Musim Tohoku & Festival Tohoku Kizuna" di Ekspo Osaka, Kansai 2025. Acara promosi ini menyatakan rasa terima kasih rantau itu kepada dunia di atas sokongan yang diterima selepas gempa bumi 2011, dan membolehkan pelawat untuk merasai alam semula jadi, budaya, masakan, teknologi dan penduduk mereka. Di tempat itu, Festival Tohoku Kizuna akan menyampaikan pelbagai daya tarikan Tohoku kepada dunia melalui perarakan, seni pentas tradisional, pengalaman VR pelancongan, bengkel kraf tradisional dan banyak lagi.
Imej:
https://kyodonewsprwire.jp/release/202505299725?p=images- Gambaran keseluruhan acara
Nama acara: Empat Musim Tohoku & Festival Tohoku Kizuna
Tarikh: Jumaat, 13 Jun, sehingga Ahad, 15 Jun, 2025
Masa:
Dari 2 petang hingga 8 malam, Jumaat, 13 Jun, 2025
Dari 10 pagi hingga 8 malam, Sabtu, 14 Jun dan Ahad, 15 Jun, 2025
Lokasi: Arena EKSPO "Matsuri" di EKSPO Osaka, Kansai 2025, Jepun
Tiket: Percuma (tiket diperlukan untuk memasuki tempat Ekspo)
- Butiran acara
Empat Musim Tohoku
Pengalaman, pameran dan acara-acara berikut akan berlangsung di sepanjang tempoh acara itu.
Zon Perjalanan Keajaiban Tohoku
"Zon Perjalanan Keajaiban Tohoku" menampilkan sebuah teater khas yang mempersembahkan imej berwarna-warni yang menunjukkan daya tarikan unik Tohoku sepanjang empat musim itu. Panel-panel akan juga memberikan maklumat kepada pelancong tentang tempat-tempat indah, masakan, mata air panas dan banyak lagi di Tohoku.
Tradisi dan Inovasi
Alami demonstrasi oleh tukang mahir bagi kraf tradisional seperti "Lakuer Tsugaru" dan "Odate magewappa" (kraf kayu yang dibengkokkan oleh wap). Di samping kraf tradisional Tohoku, teknologi termaju dan projek penyelidikan dari rantau itu yang mendapat perhatian dunia akan dipamerkan, dengan menonjolkan teknik-teknik yang merapatkan tradisi dan inovasi untuk masa depan.
Tarikan Pentas
Untuk mempromosikan enam wilayah Tohoku itu, seni pentas tradisional seperti "Tarian Sansa" dan "Tarian Hanagasa" akan dipertunjukkan secara langsung, dengan menyerlahkan semangat dan daya tarikan budaya Tohoku.
Gerai Pameran Pelancongan dan Makanan
Kerajaan tempatan, DMO dan perniagaan persendirian akan menyediakan gerai. Di samping itu, akan juga terdapat gerai makanan dan minuman yang menawarkan keistimewaan tempatan dan masakan serantau untuk dirasa dan barangan, dengan memberikan satu pengalaman yang membabitkan kesemua lima deria.
Perarakan Festival Tohoku Kizuna
Satu Perarakan Festival Tohoku Kizuna akan diadakan pada Sabtu, 14 Jun, dan Ahad, 15 Jun. Ia juga akan disiarkan secara langsung di laman web rasmi:
https://tohoku-kizunamatsuri.jp/Festival Tohoku Kizuna itu ialah satu acara kerjasama bagi enam festival utama di wilayah Tohoku, yang dimulakan sebagai sebahagian daripada usaha pemulihan daripada Gempa Bumi Besar Jepun Timur. Diadakan di enam bandar raya Tohoku pada setiap tahun (Aomori, Akita, Morioka, Yamagata, Sendai, dan Fukushima), festival itu telah mewujudkan ikatan yang kukuh. Tahun ini, ia akan dipaparkan di Ekspo Osaka, Kansai 2025 di mana kira-kira 550 individu akan membuat persembahan untuk pengunjung. Satu upacara pelepasan yang diketuai oleh Datuk Bandar dan pengerusi jawatankuasa eksekutif akan mendahului setiap perarakan.
Tarikh dan masa
Sabtu, 14 Jun: dari 2:00 petang hingga 2:50 petang dan 5:00 petang hingga 5:50 petang
Ahad, 15 Jun: dari 10:30 pagi hingga 11:20 pagi dan 1:00 tengah hari hingga 1:50 tengah hari
*Satu majlis pelepasan atau promosi festival/pelancongan selama 10 minit akan diadakan di atas pentas sebelum perbarisan itu.
Pengenalan bagi festival itu (dari 2024):
https://kyodonewsprwire.jp/attach/202505299725-O1-cUeXPE1k.pdf- Tarikh festival
Festival Aomori Nebuta: Sabtu, 2 Ogos, hingga Khamis, 7 Ogos, 2025
Festival Akita Kanto: Ahad, 3 Ogos, hingga Rabu 6 Ogos, 2025
Festival Morioka Sansa Odori: Jumaat, 1 Ogos, hingga Isnin, 4 Ogos, 2025
Festival Yamagata Hanagasa: Selasa, 5 Ogos, hingga Khamis, 7 Ogos, 2025
Festival Sendai Tanabata: Rabu, 6 Ogos, hingga Jumaat, 8 Ogos, 2025
Festival Fukushima Waraji: Jumaat, 1 Ogos, hingga Ahad, 3 Ogos, 2025
*Satu tawaran O-Waraji (Sandal Jerami Gergasi) akan diadakan pada hari terakhir (3 Ogos).
- Promosi
Papan tanda di Stesen JR Osaka
Papan tanda digital akan dipamerkan di lokasi di sekitar Stesen Osaka dari Isnin, 9 Jun, hingga Ahad, 15 Jun, untuk mempromosikan tarikan bagi Tohoku kepada pelancong domestik dan antarabangsa.
Sumber: Jawatankuasa Eksekutif Festival Tohoku Kizuna, Pertubuhan Penggalakan Pelancongan Tohoku
--BERNAMA