Festival Kebudayaan Perahu Naga Zhenyuan Menjanakan Pelancongan dan Ekonomi

Selasa 10/06/2025


Table
Pesta Kebudayaan Perahu Naga Zhenyuan


QIANDONGNAN, China, 10 Jun, 2025 /Xinhua-AsiaNet/--

Dari 31 Mei hingga 2 Jun, 2025, Festival Kebudayaan Perahu Naga ke-41 telah diadakan oleh Biro Kebudayaan, Sukan, Siaran TV dan Pelancongan bagi Daerah Zhenyuan di Pekan Purba Zhenyuan di Guizhou. Dengan menggabungkan daya tarikan tradisional dengan daya hidup moden, pesta kebudayaan itu menawarkan kepada pengunjung dengan satu pengalaman Festival Perahu Naga yang tidak dapat dilupakan. Data menunjukkan bahawa Daerah Zhenyuan mengalu-alukan 253,900 orang pelancong, yang telah menjanakan jumlah pendapatan pelancongan sebanyak 234 juta yuan semasa percutian itu.

Festival Kebudayaan Perahu Naga pada tahun ini penuh dengan keseronokan dan sorotan. 53 pasukan dari tempat seperti Hunan dan Tongren bertanding dalam perlumbaan yang mendebarkan. Acara itu turut menampilkan aktiviti seperti perarakan etnik dan persembahan warisan kebudayaan tak ketara (ICH). Pengunjung bukan sahaja menyaksikan perlumbaan sengit di Sungai Wuyang tetapi juga menikmati persembahan etnik yang pelbagai, sekali gus memperoleh pandangan yang lebih mendalam mengenai budaya tempatan.

"Ia adalah menakjubkan. Suasana kebudayaan yang kaya. Terdapat begitu banyak aktiviti yang kami tidak tahu yang mana hendak dilihat dahulu. Ia berbaloi untuk dikunjungi," kata Encik Zhou, seorang pelancong dari Beijing. Tahun ini, pelancong boleh mencuba sendiri mendayung bot naga, yang meningkatkan rasa penyertaan dan penglibatan mereka.

Zhenyuan mempunyai sejarah yang panjang bagi perlumbaan bot naga. Pada tahun 2011, tradisi itu telah ditulis dalam kumpulan ketiga bagi senarai warisan kebudayaan tak ketara kebangsaan China. Dengan asas kebudayaan itu, perlumbaan bot naga Zhenyuan telah menjadi satu tarikan utama bagi pelancong dan satu aset kebudayaan yang berkuasa untuk memacukan ekonomi tempatan.

Dengan memberi tumpuan kepada perlumbaan bot naga, Zhenyuan telah membangunkan satu rantaian pelancongan yang komprehensif yang meliputi makanan, penginapan, pengangkutan, bersiar-siar, membeli-belah dan hiburan. Dengan menghubungkan Pekan Purba Zhenyuan dengan kawasan pemandangan yang berdekatan seperti Tiexi dan Sungai Gaoguo, ia menawarkan satu pengalaman perjalanan yang mengasyikkan yang menggabungkan perlumbaan bot naga, landskap semula jadi, budaya tempatan dan penginapan yang unik.

Dari Jun hingga Oktober adalah musim puncak bagi pelancongan di Zhenyuan. Festival Kebudayaan Perahu Naga telah banyak meningkatkan ekonomi pelancongan tempatan, dengan hotel telah ditempah sepenuhnya dan hasil harian bagi industri katering di Zhenyuan meningkat 5 hingga 6 kali ganda berbanding hari biasa.

Di samping itu, satu siri aktiviti kebudayaan dan pelancongan semasa festival itu menyediakan platform bagi penjualan produk ICH. Ramai pelancong membeli barang kemas perak Miao dan sulaman Dong sebagai cenderahati atau hadiah. Jualan bagi produk ICH meningkat hampir 40%.

Apa yang bermula sebagai satu tradisi rakyat kini telah berkembang menjadi sebuah festival yang mengintegrasikan budaya, perdagangan dan pelancongan. Festival Kebudayaan Perahu Naga Zhenyuan telah menjadi satu simbol khas bagi daerah itu, dengan menarik pengunjung melalui daya tarikannya yang unik. Dengan memanfaatkan pengaruh perlumbaan bot naga, Zhenyuan terus mengembangkan pasaran pelancongan mereka dan memperkayakan tawaran pelancongan, memacukan industri pelancongan mereka ke arah kualiti yang lebih tinggi dan kepelbagaian yang lebih besar serta mencapai situasi yang menguntungkan semua pihak untuk pemeliharaan kebudayaan dan pertumbuhan ekonomi.

Sumber: Biro Kebudayaan, Sukan, Siaran TV dan Pelancongan bagi Daerah Zhenyuan, Wilayah Guizhou

Kapsyen: Pesta Kebudayaan Perahu Naga Zhenyuan

--BERNAMA
+