​Tembikai dari Daerah Xiaxian, Wilayah Shanxi, dieksport ke negara Asia Tenggara buat kali pertamanya

Rabu 11/06/2025

YUNCHENG, China, 11 Jun, 2025 /Xinhua-AsiaNet/--

Baru-baru ini, kumpulan pertama sebanyak 160 tembikai "Xiale" dari Daerah Xiaxian, Bandar raya Yuncheng di Wilayah Shanxi, telah dihantar ke Malaysia, menandakan kali pertama tembikai dari daerah Xiaxian telah dijual ke negara Asia Tenggara.

Daerah Xiaxian terletak pada garis lintang 35 darjah utara, dengan persekitaran ekologi yang baik, sumber semula jadi yang kaya, tempoh cahaya matahari yang panjang, perbezaan suhu yang besar di antara siang dan malam, dan bumi yang subur, menjadikannya sebuah zon emas bagi pengeluaran buah-buahan. Tembikai yang ditanam di sini terkenal kerana teksturnya yang rangup, manis dan cair di mulut. Daerah Xiaxian juga mempunyai satu sejarah yang panjang di dalam penanaman tembikai, dan rekod sejarah menunjukkan bahawa tembikai di sini pernah menjadi satu penghormatan kepada istana maharaja.

Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, Daerah Xiaxian telah memberi tumpuan kepada inovasi teknologi dan pengeluaran tembikai yang standard, dan mengambil standard yang paling tinggi, norma yang paling ketat dan langkah yang paling praktikal untuk memastikan setiap tembikai mempunyai kod pengenalan yang unik, kad rekod pertumbuhan, dan kualiti yang boleh dikesan. Tembikai Xiaxian telah berturut-turut memenangi gelaran kehormat, seperti Produk Pertanian Petunjuk Geografi yang diiktiraf oleh Kementerian Pertanian dan Hal Ehwal Luar Bandar, Produk Pertanian Terkenal Kebangsaan, Istimewa, Cemerlang dan Baharu, Jenama Awam Serantau China bagi Produk Pertanian dan 10 Kad Jenama Bandar raya Utama bagi Bandar raya Yuncheng.

Data yang disediakan oleh kerajaan Daerah Xiaxian menunjukkan bahawa dalam beberapa tahun kebelakangan ini, pengeluaran tahunan bagi tembikai berkualiti tinggi di Daerah Xiaxian telah mencapai 400,000 tan, dengan lebih 1,000 isi rumah petani tempatan, yang menjanakan jumlah nilai keluaran CNY 710 juta. Adalah difahamkan bahawa kerajaan Daerah Xiaxian akan juga mengembangkan pengeksportan tembikai ke Korea Selatan dan negara lain.

Sumber: Kerajaan Rakyat Daerah Xiaxian

--BERNAMA
+