Papa Johns Melancarkan Pizza Croissant Pertamanya, Memberikan Penggemar Pizza Gigitan Paling Rangup Pernah Dirasai

Khamis 12/06/2025


Table
Papa Johns Croissant Pizza membawa janji ikonik jenama, "Ramuan Yang Lebih Baik. Pizza Yang Lebih Enak." ke tahap yang lebih tinggi – menggabungkan inovasi, kepakaran, dan kualiti dalam setiap lapisan rangup dengan kelunakan mentega.


Pizza akan dihantar menggunakan beg panas khas hasil yang direka dengan kerjasama Colm Dillane – pereka fesyen revolusioner, artis, dan pengasas KidSuper – kepada sebilangan kecil peminat bertuah untuk mereka simpan
 
DUBAI, Emiriyah Arab Bersatu, 12 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Papa Johns meningkatkan pengalaman pizza dengan pelancaran inovasi terkini di seluruh dunia: Pizza Croissant baharu. Pizza Croissant yang mewah ini adalah hasil gabungan kelunakan croissant mentega dengan rasa pizza Papa Johns yang kuat, merealisasikan slogan ‘Ramuan Yang Lebih Baik. Pizza Yang Lebih Enak.® melalui kepakaran, kualiti dan inovasi terbaik.

Pizza yang dihasilkan dengan penuh berseni ini wajar dihantar dengan gaya artistik terkini. Itulah sebabnya Papa Johns bekerjasama dengan KidSuper untuk mereka beg panas edisi terhad, Beg Panas Papa Johns x KidSuper, diilhamkan daripada kehalusan seni Pizza Croissant.

Pizza yang akan dilancarkan dalam sembilan pasaran ini, akan mula diperkenalkan di UAE. Sebagai penghormatan kepada pastri klasik, Pizza Croissant menawarkan gigitan yang rangup, ringan, dan berlapis melalui kerak mentega yang berpintal-pintal. Pelanggan boleh menyesuaikan pizza mereka dengan pilihan bahan tambahan untuk rasa yang lebih mantap.

Chris Lyn-Sue, Pengarah Urusan SVP Antarabangsa Papa Johns berkata, "Sebagai jenama yang dibina berasaskan inovasi, keunikan dan kualiti, kami sentiasa mencari inspirasi daripada budaya makanan global - dan mengubahnya menjadi pengalaman baharu yang menarik dan istimewa. Kami telah menjalankan kajian menyeluruh untuk memahami kehendak pengguna daripada inovasi global kami yang seterusnya. Pizza Croissant mendapat sambutan hangat dalam semua pasaran.

"Kami juga meneliti fenomena gabungan kreatif croissant dalam budaya makanan - dari 'cronut' hingga 'crookie' - dan melihat peluang untuk membawa inovasi yang serupa ke dunia pizza. Setelah setahun dalam pembangunan, kami berbangga kerana dapat menyatukan dua ikon kegemaran ramai menjadi satu produk yang digemari dan lazat, menawarkan sesuatu yang unik dan mengujakan dalam kategori QSR.”

Terkenal dengan reka bentuk berasaskan konsep dan bahasa visual unik berteraskan penceritaan, KidSuper membawa pendekatan yang bersahaja tetapi canggih untuk beg panas khas Papa Johns ini, yang direka eksklusif untuk Pizza Croissant. Beg ini meraikan kreativiti dan kehalusan seni, mencerminkan semangat kesenian Pizza Croissant dan komitmen Papa Johns terhadap kualiti. Tali anyaman beg ini menggambarkan kerak pizza yang dipintal rapi dengan tangan, zipnya melengkung lembut menyerupai bentuk bulan sabit, manakala tepinya yang lembut meniru lipatan gebu pastri ikonik ini. Beg Panas Papa Johns x KidSuper akan dilancarkan secara rasmi pada akhir bulan ini semasa Paris Fashion Week Men's Spring/Summer 2026 (SS26), sebagai sebahagian daripada persembahan KidSuper.

Serentak dengan pelancaran Pizza Croissant di peringkat global, Beg Panas Papa Johns x KidSuper akan muncul di pentas fesyen, pantai, dan pameran terpilih. Pelanggan bertuah di lokasi-lokasi ini yang menempah Pizza Croissant mungkin akan menerimanya dalam beg panas edisi terhad ini - dan jika beg tersebut tiba di depan pintu mereka, ia menjadi hak milik mereka untuk disimpan.

Bagi Colm Dillane, pereka dan pengasas KidSuper, kolaborasi ini bukan sekadar fesyen. "KidSuper ialah jenama yang membawa pembaharuan - dibangunkan berlandaskan kreativiti, pengambilan risiko, dan kesetiaan pada jiwa karya kami," katanya. "Papa Johns juga begitu. Ini bukan sekadar pelancaran pizza biasa - ia melangkaui batasan dengan kreativiti dan kehalusan seni. Sama ada anda membakar kerak pizza atau melakar pola pakaian, prosesnya sama penting.

 Croissant Pizza kini boleh didapati di seluruh UAE mulai 10 Jun dan akan ditawarkan untuk tempoh yang terhad di pasaran yang menyertainya – dari Korea dan China hingga Chile dan Peru. Untuk maklumat lanjut atau mencari Papa Johns yang terdekat dengan anda, layari www.papajohns.com atau muat turun aplikasi Papa Johns.

Maklumat Tentang Papa Johns

Papa John’s International, Inc. (Nasdaq: PZZA) ditubuhkan pada tahun 1984 dengan satu matlamat: RAMUAN YANG LEBIH BAIK. PIZZA YANG LEBIH ENAK.® Papa Johns percaya bahawa penggunaan bahan-bahan berkualiti tinggi menghasilkan pizza yang lebih unggul. Adunan asalnya hanya mengandungi enam bahan semata-mata dan sentiasa segar, tidak pernah dibekukan. Papa Johns menggunakan keju sebenar daripada mozzarella, sos pizza yang diperbuat daripada tomato masak ranum yang diproses dari pokok ke tin dalam sehari, serta daging tanpa bahan pengisi. Ia merupakan rantaian penghantaran pizza kebangsaan pertama yang mengumumkan penyingkiran perisa tiruan dan pewarna sintetik daripada keseluruhan menu makanannya. Beribu pejabat di Atlanta, Georgia dan Louisville, Kentucky, Papa Johns ialah syarikat penghantaran pizza ketiga terbesar di dunia dengan lebih daripada 6,000 restoran di hampir 50 buah negara dan wilayah. Untuk maklumat lanjut tentang syarikat atau untuk membuat pesanan pizza dalam talian, layari www.PapaJohns.com atau muat turun aplikasi mudah alih Papa Johns untuk iOS atau Android.

Maklumat Tentang KidSuper Studios

KidSuper dicipta oleh Colm Dillane. Walaupun KidSuper lebih dikenali sebagai jenama pakaian Colm Dillane, pereka dan artis, beliau lebih gemar menggunakan nama ini untuk semua projek kreatifnya. KidSuper sebenarnya ialah kumpulan kreatif yang bukan sahaja mereka dan menghasilkan pakaian, tetapi juga melukis, menganjurkan pameran seni, merakam muzik, serta mencipta filem dan video muzik—semuanya daripada ruang kreatif KidSuper di Brooklyn.

KidSuper adalah sebuah platform untuk kreativiti Colm Dillane yang tidak terbatas, dan kejayaannya telah menjadikan pereka dan artis ini salah satu rujukan tidak terduga dalam dunia fesyen Amerika. Dillane percaya bahawa semangat itu mencetuskan inspirasi, dan bahawa apa jua yang dilakukan dengan bersungguh-sungguh dan penuh semangat, pasti akan menyentuh hati orang lain. "Ketika kecil, kita percaya kita boleh lakukan apa sahaja dan tidak ada apa yang mustahil—waktu itu kita masih muda dan bebas. KidSuper hidup dengan falsafah itu."

Colm Dillane/KidSuper telah meraih Anugerah Karl Lagerfeld khas pada anugerah berprestij LVMH Prize 2021, memenangi CDFA/Vogue Fashion Fund 2022, serta dicalonkan untuk Anugerah Pereka Muda Terbaik CFDA 2022. Tahun berikutnya, beliau sekali lagi dicalonkan untuk Anugerah Pereka Pakaian Lelaki Terbaik CFDA 2023. Prestasinya yang cemerlang melayakkan beliau dijemput sebagai pereka jemputan bagi koleksi Louis Vuitton Homme Musim Luruh/Musim Sejuk 2023 dan tersenarai dalam BoF500 pada tahun 2023.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada:
https://www.businesswire.com/news/home/20250610316641/en

Contacts

Georgia Wilkins
Pengurus Komunikasi Kanan
Papa Johns International
Georgia_wilkins@papajohns.co.uk
+44 7552 192541

Sumber: Papa John’s International, Inc.

--BERNAMA
+