Horizon3.ai Kumpul $100 Juta untuk Kukuhkan Kepimpinan Keselamatan Autonomi

Jumaat 13/06/2025

Masa Depan Keselamatan Siber Adalah AI Berhadapan AI, dan Horizon3.ai Menerajui Arus
 
SAN FRANCISCO, 13 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Horizon3.ai, syarikat di sebalik Platform Keselamatan Berautonomi NodeZero®, hari ini mengumumkan pusingan pembiayaan Siri D bernilai $100 juta yang diterajui oleh NEA, dengan penyertaan daripada SignalFire, Craft Ventures dan 9Yards Capital. Sebagai sebahagian daripada pelaburan ini, Lila Tretikov, Rakan Kongsi dan Ketua Strategi AI di NEA serta bekas Timbalan CTO Microsoft, akan menyertai Lembaga Pengarah Horizon3.ai.

"Sejak empat tahun lalu, kami telah membuktikan bahawa penggunaan kecerdasan buatan untuk menggodam syarikat bukan lagi fiksyen sains tetapi realiti, dan memberikan hasil yang boleh diukur secara besar-besaran. Kini terdapat lebih 3,000 organisasi di seluruh dunia yang menggunakan NodeZero untuk menjalankan ujian penembusan. Kami mengekalkan pertumbuhan ARR tahun ke tahun melebihi 100%, dan kami kini Rule of 40-positif, yang bermakna kami bukan sahaja berkembang, bahkan kami berkembang dengan cekap," kata Snehal Antani, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama Horizon3.ai. "Peningkatan modal ini menandakan lembaran seterusnya dalam misi kami untuk menerajui kategori Keselamatan Berautonomi."

"Pasukan keselamatan sudah letih mengejar CVE (Kerentanan dan Pendedahan Umum), positif palsu dan senarai semak pematuhan. Mereka mahu mencari dan membetulkan perkara yang benar-benar penting, mengesahkan ia telah diselesaikan, dan pulang awal," kata Antani. "Bahagian paling sukar dalam tugas sebagai CIO adalah memutuskan perkara yang tidak perlu diperbaiki. Bahagian kedua paling sukar adalah membuktikan kepada lembaga pengarah bahawa inisiatif keselamatan anda benar-benar mengurangkan risiko. NodeZero memainkan peranan kritikal dalam mengurangkan pendedahan ancaman anda dari semasa ke semasa."

 Memasuki Pasaran Sasaran Bernilai $80 Bilion: Keselamatan Berautonomi

Pasaran keselamatan siber sedang mengalami anjakan generasi. NodeZero berjaya mengkompromi sebuah bank dalam masa 4 minit tanpa memerlukan campur tangan manusia, jauh lebih pantas daripada masa tindak balas pasukan keselamatan bank tersebut dan alatan terbaik mereka. Begitu juga, pihak lawan sedang memanfaatkan kecerdasan buatan untuk meningkatkan kecanggihan, kerumitan, kelajuan dan skala serangan secara eksponen. Tesis Horizon3.ai adalah mudah: masa depan siber akan menyaksikan algoritma berhadapan algoritma pada kelajuan mesin dengan campur tangan manusia sebagai pengecualian. Ini memerlukan pembinaan semula asas setiap bahagian tindanan keselamatan siber. Dan untuk melakukannya dengan berkesan, pemahaman mendalam tentang cara penyerang beroperasi dan sistem AI yang dapat menggunakan pandangan ofensif untuk memacu peningkatan pertahanan amat diperlukan. Horizon3.ai sedang memimpin anjakan ini.

"Horizon3.ai telah merealisasikan perkara yang orang lain baru mula bayangkan. NodeZero ialah sistem keselamatan berautonomi sepenuhnya yang beroperasi dalam persekitaran produksi langsung, melaksanakan serangan sebenar, mendedahkan risiko sebenar dan memberikan hasil yang nyata," kata Antani.

Dikuasakan oleh pembelajaran pengukuhan, penaakulan graf dan AI, NodeZero tidak mensimulasikan pihak lawan tetapi berfikir dan bertindak seperti mereka. Setiap serangan siber terhadap sistem produksi yang dilaksanakan oleh NodeZero mengumpul data latihan yang digunakan untuk meningkatkan algoritmanya, mencipta kelebihan data berganda yang tidak dapat ditandingi oleh platform lain. Ini adalah asas untuk era keselamatan siber seterusnya, AI bukan sahaja mencari risiko, tetapi secara berterusan meningkatkan pertahanan. Horizon3.ai tidak mengejar masa depan tetapi sedang membina masa depan.

Penggunaan Hasil: Mempercepatkan Ke Arah Masa Depan

Horizon3.ai akan menggunakan dana yang diperoleh untuk mempercepatkan pembangunan syarikat dalam tiga bidang strategik utama:

· Perluas jangkauan melalui rakan kongsi – Syarikat ini akan menggandakan usahanya dalam ekosistem rakan kongsinya bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat di seluruh benua Amerika, Eropah, Timur Tengah & Afrika dan Asia Pasifik.

· Inovasi produk – Horizon3.ai akan mengembangkan NodeZero ke dalam bidang pengujian penembusan aplikasi web, pengurusan kerentanan dan pertahanan jitu.

· Dominasi pasaran persekutuan – Syarikat ini akan meningkatkan kejayaannya dalam Pangkalan Industri Pertahanan melalui program Continuous Autonomous Pentesting (CAPT) Agensi Keselamatan Negara (NSA). Selain itu, mereka akan mempercepatkan penggunaan FedRAMP High dan meluaskan ke dalam beban kerja Secret dan Top Secret untuk membantu mengukuhkan sistem yang paling kritikal untuk misi negara.

"Apa yang menarik minat kami kepada Horizon3.ai adalah kejelasan misi mereka dan kelajuan mereka melaksanakannya," kata Aaron Jacobson, Rakan Kongsi di NEA. "Mereka sedang mendefinisikan kategori keselamatan baharu iaitu keselamatan berautonomi dan sudah menjadi penyelesaian utama untuk pasukan 'red team' mahupun 'blue team'. Kami teruja untuk mengetuai pusingan ini dan menyokong fasa pertumbuhan syarikat yang seterusnya."

"Snehal dan pasukan Horizon3.ai sedang menangani salah satu masalah terbesar dalam keselamatan siber: mengautomasikan kedua-dua belah pihak bagi memastikan daya pertahanan maksimum terhadap serangan automatik dan dipacu AI," kata Lila Tretikov, Rakan Kongsi dan Ketua Strategi AI di NEA. "Pelanggan mereka menyukai NodeZero, dan pasukan ini telah terbukti beroperasi dengan cemerlang pada skala besar, sebab itulah Horizon3.ai sedang mengubah cara keselamatan dilakukan. Saya teruja untuk menyertai lembaga pengarah dan membantu membentuk lembaran seterusnya ini."

Kesan yang diberikan adalah serta-merta dan boleh diukur. Dalam satu ujian penembusan baru-baru ini, NodeZero berjaya mendapatkan akses kepada data reka bentuk kapal pengangkut pesawat AS yang sensitif melalui pembekal pihak ketiga. Tiada campur tangan manusia dalam ujian penembusan tersebut. Platform itu secara autonomi mengkompromi rangkaian, mendapatkan akses kepada data sensitif, dan kemudian membimbing pasukan pertahanan tentang apa yang perlu diperbaiki untuk mencegah pelanggaran.

"Bekas bos saya sering berkata, 'jangan beritahu saya kita selamat, tunjukkan kepada saya, kemudian tunjukkan lagi esok, dan sekali lagi minggu depan, kerana persekitaran kita sentiasa berubah dan musuh sentiasa mempunyai pilihan'," kata Antani.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang NodeZero lawati www.horizon3.ai.

Untuk pertanyaan media dan temu bual, sila lihat Hubungan Media di bawah.

Maklumat tentang Horizon3.ai

Horizon3.ai merupakan peneraju dalam keselamatan berautonomi. Platform kami, NodeZero, sentiasa mencari dan mengeksploitasi laluan serangan dunia sebenar supaya pasukan pertahanan dapat membetulkan perkara yang penting dan membuktikan keselamatan mereka. Diasaskan oleh bekas pengendali siber Operasi Khas AS dan pemimpin keselamatan perusahaan, Horizon3.ai dipercayai oleh lebih 3,000 organisasi di seluruh dunia, daripada syarikat Fortune 500 hingga rakan kongsi pertahanan negara.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
Hubungi

Hubungan Media:
Ed Kraft
SourceCode Communications
horizon3@sourcecodecomms.com
 
Sumber: Horizon3.ai

--BERNAMA
+