Provenir Akan Menjadi Moderator Perbincangan Panel Tentang Identiti Digital dan Pengesahan bagi Pencegahan Penipuan di Malaysia pada Kongres AI, Awan & Keselamatan Siber 2025

Isnin 16/06/2025

Dianjurkan oleh The Digital Banker, acara sehari tersebut merupakan forum utama untuk inovasi perbankan Malaysia
 
KUALA LUMPUR, Malaysia, 16 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Provenir:

PERKARA: Malaysia telah menanggung kerugian yang mengejutkan sebanyak RM54.02 bilion akibat penipuan kewangan, sekali gus menyerlahkan keperluan mendesak untuk langkah pencegahan penipuan yang lebih kukuh. Lanskap jenayah kewangan di Malaysia semakin kompleks dan organisasi memerlukan teknologi yang paling canggih untuk menangkis ancaman ini.

Bagi menekankan kepentingan isu ini, Kavinesswaran Karthigasan, Pengarah Jualan Serantau APAC dan Perunding Utama di Provenir, akan menjadi moderator dalam perbincangan panel bertajuk “Identiti & Pengesahan Digital – Membina Kepercayaan dalam Ekosistem Perbankan Digital Malaysia”, sebagai sebahagian daripada acara Kongres AI, Awan & Keselamatan Siber 2025 yang akan berlangsung di Kuala Lumpur, Malaysia minggu depan.

Ahli panel termasuk wakil-wakil daripada CIMB, Maybank, Boost Bank dan Standard Chartered. Sesi ini akan mengetengahkan bagaimana bank-bank di Malaysia boleh meningkatkan pengesahan identiti digital, melaksanakan sistem pengesahan berasaskan AI, erta peranan kerangka Open Finance.

Karthigasan juga akan mengendalikan satu lagi panel bertajuk “Memperkasa Perkongsian Bank-Fintech di Malaysia – Daripada Kolaborasi ke Kejayaan,” bersama ahli panel dari SC Ventures, GX Bank dan BCS.

BILA: Perbincangan panel akan berlangsung pada 17 Jun di Mandarin Oriental, Kuala Lumpur, Malaysia, sebagai sebahagian daripada Kongres AI, Awan & Keselamatan Siber 2025, yang direka khas untuk menyampaikan strategi dan pandangan praktikal yang boleh dilaksanakan serta-merta oleh para pemimpin kewangan.

Acara ini dianjurkan oleh The Digital Banker dan menghimpunkan pemimpin pemikiran, pengawal selia dan inovator bagi meneroka bagaimana teknologi awan, kecerdasan buatan dan keselamatan siber dapat memacu ketahanan, kecekapan dan inovasi dalam sektor perbankan di Malaysia.

Maklumat tentang Provenir

Provenir membantu bank, syarikat fintech dan penyedia perkhidmatan kewangan membuka rahsia kepada pemprosesan risiko yang lebih bijak.

Platform Keputusan AI Provenir menggabungkan kuasa pemprosesan keputusan, data dan kecerdasan keputusan untuk mendorong keputusan yang lebih pintar. Penawaran unik ini memberikan organisasi keupayaan untuk memacu inovasi keputusan sepanjang keseluruhan kitaran hayat pelanggan, sekali gus meningkatkan pengalaman pelanggan, pencegahan penipuan bertaraf dunia, akses kepada perkhidmatan kewangan, kelincahan perniagaan dan banyak lagi.

Provenir bekerjasama dengan organisasi perkhidmatan kewangan disruptif di lebih daripada 60 negara dan memproses lebih daripada 4 bilion transaksi setiap tahun.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
Hubungi: 

Hubungan Media:
Kelly Poffenberger
Perhubungan Awam dan Pemasaran Lutz (untuk Provenir)
kelly@lutzpr.com
714.553.9071
 
Sumber: Provenir

--BERNAMA

+