Isnin 16/06/2025
KUALA LUMPUR, Malaysia, 16 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Black & Veatch, peneraju global dalam penyelesaian infrastruktur kritikal manusia, akan berkongsi pendekatan menyesuaikan amalan terbaik antarabangsa bagi mempercepat peralihan tenaga Asia Tenggara pada persidangan Energy Asia 2025 yang berlangsung dari 16 hingga 18 Jun di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.
“Dalam keadaan ketegangan geopolitik yang semakin meningkat dan gelombang haba ekstrem yang berpanjangan, Malaysia dan negara-negara jirannya di Asia Tenggara memerlukan penyelesaian peralihan tenaga yang mampu memenuhi sasaran ekonomi dan alam sekitar mereka
“Black & Veatch komited untuk memanfaatkan pengalaman luas kami dalam infrastruktur mampan bagi membantu rantau ini memenuhi permintaan tenaga yang kian meningkat melalui sumber tenaga yang rendah dan tanpa karbon,” kata Jerin Raj, Pengarah Urusan Asia Pasifik di Black & Veatch.
Kerjasama erat dengan peneraju industri tenaga serta sektor-sektor lain, bersama pemindahan pengetahuan, merupakan sebahagian daripada komitmen tersebut. Dalam persidangan ini, Anand Pattani, Naib Presiden merangkap Pengarah Urusan, International Energy Majors, Black & Veatch, akan membincangkan bagaimana pengusaha penapisan tradisional boleh menyesuaikan diri untuk kekal berdaya saing dalam dunia rendah karbon serta mengenal pasti laluan yang paling sesuai untuk sektor penapisan. Pattani turut akan mencadangkan strategi global yang boleh disesuaikan untuk mengatasi cabaran teknikal, peraturan dan kewangan.
Sejajar dengan keutamaan Malaysia untuk mengurangkan jejak karbon, mengoptimumkan kecekapan sumber dan mempromosikan pembangunan mampan, Black & Veatch telah menyokong projek tenaga di Malaysia sejak tahun 1990-an, merangkumi dari peringkat membuat keputusan strategik hinggalah kepada komitmen kewangan dan sumber, pelaksanaan serta penyampaian.
Maklumat tentang Black & Veatch
Black & Veatch ialah syarikat kejuruteraan, perolehan, perundingan dan pembinaan global yang dimiliki 100 peratus oleh pekerja, dengan lebih 100 tahun inovasi dalam infrastruktur mampan. Sejak tahun 1915, kami telah membantu pelanggan kami mempertingkatkan kualiti hidup masyarakat di seluruh dunia dengan menangani aspek daya tahan dan kebolehpercayaan aset infrastruktur dan tenaga yang paling penting. Ikuti kami di www.bv.com dan di LinkedIn, Facebook, X (Twitter) serta Instagram.
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
Hubungi
Maklumat Hubungan Media:
EMILY CHIA | +65 6335 6623 | Media@bv.com
Sumber: Black & Veatch
--BERNAMA