TOKYO, 17 Jun, 2025 /Kyodo JBN/ ---Hampir 10,000m2 Ruang Gudang Tersedia untuk Syarikat-syarikat Semikonduktor, Peralatan Perubatan dan Syarikat Lain-
Nippon Express (Malaysia) Sdn. Bhd. (kemudian dari ini "NX Malaysia"), sebuah syarikat kumpulan bagi NIPPON EXPRESS HOLDINGS, INC., telah mengadakan satu majlis penyempurnaan pada 27 Mei untuk menandakan pembukaan sebuah gudang baharu, Pusat Logistik Batu Kawan, berhampiran Taman Perindustrian Batu Kawan yang terletak di Semenanjung Malaysia di Negeri Pulau Pinang.
Logo:
https://drive.google.com/file/d/1dqm0cxpYamnvMUra1AGXMuGlX932Z353/view?usp=drive_linkImej:
https://drive.google.com/file/d/1DAPLEzprxFQ8d4ZK-x1LgS9AyO-L4vJ6/view?usp=drive_linkNegeri Pulau Pinang mempunyai ekonomi kedua terbesar di Malaysia selepas Greater Kuala Lumpur dan, sebagai sebuah hab semikonduktor yang utama, telah dikenali sebagai "Lembah Silikon di Timur." Kerajaan negeri Pulau Pinang juga sedang giat berusaha untuk menarik pengeluar peralatan perubatan, manakala penggunaan domestik yang kukuh dan operasi import/eksport yang berkembang pesat sedang memacukan permintaan yang lebih besar bagi perkhidmatan logistik, terutamanya bagi produk yang berkaitan semikonduktor dan peralatan perubatan. NX Malaysia telah membuka sebuah gudang baharu berhampiran Taman Perindustrian Batu Kawan bagi membantu memenuhi permintaan yang semakin meningkat ini.
Taman Perindustrian Batu Kawan ialah sebuah taman perindustrian yang agak baharu yang dibuka kepada penyewa pada tahun 2011. Meliputi keluasan kira-kira 2,860 hektar, ia menempatkan kira-kira 120 syarikat Jepun dan syarikat asing yang lain daripada industri semikonduktor, peralatan perubatan, elektrik dan elektronik. Taman itu terletak lebih kurang 25km dari Lapangan Terbang Pulau Pinang dan 300km dari ibu kota Malaysia, Kuala Lumpur, dan berada berdekatan Jambatan Kedua Pulau Pinang dan lebuh raya yang menghubungkan Semenanjung Tanah Melayu utara ke selatan.
Pusat Logistik Batu Kawan itu adalah sebuah kemudahan berhawa dingin sepenuhnya yang serba canggih dengan jumlah keluasan gudang 9,204m2 dengan ketinggian siling 12m, yang membolehkannya untuk menampung keperluan pelanggan bagi perkhidmatan nilai tambah tinggi. Gudang itu dilengkapi dengan tempat meletak barang yang tinggi, sebuah dok punggah dan sebuah perata dok elektrik untuk pengendalian kargo yang cekap, dan keselamatan berawak 24 jam serta liputan CCTV sepenuhnya yang menawarkan tahap keselamatan yang tinggi. Kemudahan itu juga boleh mengendalikan operasi sampingan seperti pembungkusan semula, pemasangan, dan pelabelan, dengan itu menyediakan operasi logistik yang optimum kepada pelanggan dari pelbagai jenis industri.
Kumpulan NX kekal komited untuk membina platform logistik global berkualiti tinggi yang memanjangkan sokongan logistik kepada perniagaan pelanggan mereka.
Profil gudang:
https://drive.google.com/file/d/1JSj1ZxPvxqT7kHomJsXAJKUQY2sr-pnT/view?usp=drive_link Maklumat mengenai Kumpulan NX:
https://drive.google.com/file/d/1g1Rtb9Mie5yhenpOr8A007kKolh1gBJ6/view?usp=drive_linkLaman web rasmi:
https://www.nipponexpress.com/ Akaun LinkedIn rasmi:
https://www.linkedin.com/company/nippon-express-group/ Sumber: NIPPON EXPRESS HOLDINGS, INC.
--BERNAMA