Seveno Capital dan Borderless Healthcare Group melancarkan usaha sama untuk memberikan ‘perkhidmatan kesejahteraan perubatan’ kepada pemilik hospitaliti

Rabu 18/06/2025

 

Table
The Well Estate ialah usaha sama antara Borderless Healthcare Group, yang diketuai oleh Dr. Wei Siang Yu, dan Seveno Capital, yang diterajui oleh Allen Law.


The Well Estate akan memberikan penyelesaian menyeluruh kepada pemilik aset hospitaliti untuk menawarkan pengalaman kesejahteraan perubatan transformatif kepada tetamu, selaras dengan usaha industri hospitaliti global untuk memanfaatkan ledakan kesejahteraan global bernilai AS$1.8 trilion.

SINGAPURA, 18 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Seveno Capital dan Borderless Healthcare Group telah melancarkan syarikat hartanah kesejahteraan perubatan pertama di dunia untuk menyasarkan pasaran kesejahteraan global bernilai AS$1.8 trilion yang sedang berkembang, ketika dunia memasuki era ‘ledakan industri kelanjutan jangka hayat’ yang menurut UBS akan mencecah nilai AS$8 trilion menjelang 2030.

The Well Estate akan menyokong pemilik hotel dan aset hospitaliti untuk beralih daripada model perniagaan ‘hasil bilik’ kepada model ‘bilik plus’ dengan memberikan penyelesaian kesejahteraan perubatan lengkap yang membolehkan tetamu mendapat akses secara langsung kepada pakar kesihatan dan perubatan serta pencipta kandungan terkenal. Tetamu juga akan mempunyai akses kepada diet yang diperibadikan, kecergasan, yoga, kesedaran minda dan program kesihatan.

Penyelesaian The Well Estate akan membuka peluang pendapatan baharu bagi pemilik aset hospitaliti, yang akan mendorong nilai transaksi lebih tinggi bagi setiap penginapan, meningkatkan tempoh penginapan tetamu, dan memastikan penggunaan sepenuhnya kemudahan yang kurang digunakan seperti gim dan spa. Syarikat baharu ini akan memberi tumpuan kepada pemilik aset dalam ‘kepulauan kesejahteraan’ yang merangkumi Singapura, Thailand, Indonesia, Vietnam dan Malaysia.

Industri kesejahteraan global kini sedang berkembang pesat, dengan nilai mencecah $5.6 trilion pada tahun 2023 dan dijangka akan meningkat kepada AS$8.5 trilion menjelang 2027, menurut Global Wellness Institute. Ekonomi kesejahteraan juga dijangka berkembang sebanyak 8.6% setiap tahun sehingga 2027, mengatasi pertumbuhan KDNK global.

Hotel memainkan peranan yang semakin penting, dengan pelancongan kesejahteraan mencatat nilai $651 bilion di peringkat global pada tahun 2022 dan dijangka akan mencecah AS$1.4 trilion menjelang 2027. Pengembara kini semakin cenderung mencari pengalaman kesejahteraan, dengan lebih 50% memilih hotel yang menawarkan perkhidmatan spa, kecergasan dan pemakanan.

Resort kesejahteraan mewah boleh menjana kadar harian 30–50% lebih tinggi berbanding hotel tradisional. Hotel kini banyak melabur untuk memenuhi permintaan ini dan merebut bahagian lebih besar dalam pasaran yang menguntungkan ini; dengan mengintegrasikan makmal, diagnostik, titisan IV dan hab kelanjutan jangka hayat ke dalam kemudahan mereka.

The Well Estate ialah usaha sama antara Borderless Healthcare Group, yang diketuai oleh perintis global dalam teknologi penjagaan kesihatan, media, telekomunikasi, perkhidmatan dan kandungan Dr Wei Siang Yu; dan Seveno Capital, yang diterajui oleh pengasas Park Hotel Group dan usahawan kesihatan jangka hayat, Allen Law.

 Allen Law berkata:

“The Well Estate akan membolehkan pemilik aset hospitaliti menyelaraskan perniagaan dan tawaran kepada tetamu dengan revolusi global dalam bidang kesejahteraan dan kelanjutan jangka hayat, yang akan menjadi transformatif, sama seperti AI."

Dr Wei berkata:

“Ini mewakili fasa baharu bagi sektor hospitaliti dan penanda aras baharu untuk pengalaman tetamu yang imersif, menguntungkan, bermakna serta boleh dikembangkan.”

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada:
https://www.businesswire.com/news/home/20250616916281/en

Contacts

Pertanyaan tentang The Well Estate boleh ditujukan kepada impact@thewellestate.com

Sumber: Seveno Capital

--BERNAMA

 
+