Toshiba Lancarkan Pengasing Digital Standard Automotif 2-Saluran Patuh AEC-Q100

Jumaat 20/06/2025

Table
Toshiba: Siri DCM32xx00, pengasing digital piawaian automotif yang mematuhi AEC-Q100.

– Capai Operasi Stabil dengan Imuniti Fana Mod Sejagat yang Tinggi dan Komunikasi Data Berkelajuan Tinggi –
 
KAWASAKI, Jepun, 20 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation ("Toshiba") telah melancarkan satu siri pengasing digital standard berkelajuan tinggi 2-saluran untuk aplikasi automotif. Siri baharu “DCM32xx00” ini merangkumi empat peranti yang menyokong operasi stabil dengan imuniti fana mod sejagat (CMTI) tinggi sebanyak 100kV/μs (tip.)[1] dan kadar penghantaran data berkelajuan tinggi sehingga 50Mbps (maks)[2] . Kesemua peranti ini mematuhi piawaian AEC-Q100 bagi menjamin keselamatan dan kebolehpercayaan komponen elektronik automotif. Penghantaran bermula hari ini.

Keselamatan dan kebolehpercayaan pengecas atas kenderaan (OBC) dan sistem pengurusan bateri (BMS) dalam kenderaan hibrid-elektrik (HEV) dan kenderaan elektrik (EV) memerlukan peranti yang mampu memastikan pengasingan serta menghalang penyebaran hingar. Pengasing digital standard automotif menawarkan penyelesaian bagi komunikasi berbilang saluran berkelajuan tinggi serta CMTI tinggi yang diperlukan oleh peranti pengasingan ini.

Pengasing baharu ini menggunakan kaedah penghantaran terasing jenis gandingan magnetik milik Toshiba untuk mencapai CMTI tinggi sebanyak 100kV/μs (tip.). Ini memberikan rintangan tinggi terhadap hingar elektrik antara input dan output dalam penghantaran isyarat terasing, membolehkan penghantaran isyarat kawalan yang stabil dan menyumbang kepada operasi peralatan yang lebih mantap. Herotan lebar denyutan yang rendah sebanyak 0.8ns (tip.)[2] dan kadar penghantaran data sehingga 50Mbps (maks)[2] turut dicapai. Produk baharu ini sesuai untuk aplikasi komunikasi berkelajuan tinggi 2-saluran seperti antara muka I/O dengan komunikasi CAN[3].

Toshiba sudah pun menghasilkan pengasing digital standard automotif 4-saluran secara besar-besaran, dan kini telah memperluaskan barisan produknya kepada pakej kecil 2-saluran jenis SOIC8-N. Pada masa akan datang, syarikat ini akan terus memperluaskan pilihan saluran dan pakej bagi memenuhi keperluan peralatan automotif dan industri. Toshiba akan terus menyediakan peranti pengasingan dan fotopenyambung berkualiti tinggi yang menyokong kebolehpercayaan dan penghantaran data masa nyata yang diperlukan oleh peralatan automotif. 

 [1] Syarat ujian: VDD1=VDD2=4.5 hingga 5.5V, VCM=1500V, Topr =-40 hingga 125°C
 [2] Syarat ujian: VDD1=VDD2=4.5 hingga 5.5V, Topr =-40 hingga 125°C
 [3] CAN (Controller Area Network): Satu piawaian komunikasi bersiri yang digunakan terutamanya untuk rangkaian komunikasi automotif.

 Aplikasi
 Peralatan automotif

· Sistem pengurusan bateri (BMS)
· Pengecas atas kenderaan (OBC) automotif
· Kawalan penyongsang 

Ciri-ciri

· Imuniti fana mod biasa yang tinggi: CMTI = 100kV/μs (tip.) [1]
· Kadar data berkelajuan tinggi: tbps =50Mbps (maks)[2]
· Herotan lebar denyutan rendah: PWD=0.8ns (tip.)[2]
· Sokongan 2-saluran (rujuk Spesifikasi Utama untuk butiran bagi setiap peranti):
 Satu saluran hadapan dan satu saluran undur; Dua saluran hadapan dan tiada saluran undur 
 
Spesifikasi Utama  
 (Melainkan dinyatakan sebaliknya, Topr =-40 hingga 125°C)
 Nombor bahagian DCM321C00 DCM321D00 DCM320C00 DCM320D00
Bilangan Saluran
(Arah hadapan: arah undur) 
2
(1:1)
2
(2:0)
Output LalaiRendahTinggiRendahTinggi
Kawalan Input/OutputTiada
PakejSOIC8-N
Penarafan
Maksimum
Mutlak
 Julat suhu operasi Topr (°C)-40 hingga 125
 Julat suhu penyimpanan Tstg (°C)-65 hingga 150
Voltan pengasingan
 BVS (Vrms)
t=1min,
Ta=25°C
Min3000
Ciri-ciri
Elektrik
Imuniti Fana
Mod Sejagat
CMTI (kV/μs)
 VDD1 =VDD2 =
 4.5 hingga 5.5V, VCM =1500V
Tip.100
Kadar Data
 tbps (Mbps)
 VDD1 =VDD2 =
4.5 hingga 5.5V
Maks50
Herotan Lebar Denyutan
PWD (ns)
Tip.0.8
Kelewatan Penyembaran
 tPHL, tPLH (ns)
10.9
Semakan Sampel & Ketersediaan  Beli Dalam Talian Beli Dalam Talian Beli Dalam Talian Beli Dalam Talian
 
Maklumat berkaitan

Nota Aplikasi 

· Asas pengasing digital standard
· Nota Aplikasi EMC untuk Pengasing Digital
· Glosari istilah Pengasing Digital Standard 

Ikuti pautan di bawah untuk maklumat lanjut tentang produk baharu.
DCM321C00
DCM321D00
DCM320C00
DCM320D00

Ikuti pautan di bawah untuk maklumat lanjut tentang pengasing digital standard Toshiba
Pengasing Digital Standard 

Untuk menyemak ketersediaan produk baharu di pengedar dalam talian, lawati:
DCM321C00
Beli Dalam Talian
DCM321D00
Beli Dalam Talian
DCM320C00
Beli Dalam Talian
DCM320D00
Beli Dalam Talian 

* Nama syarikat, nama produk, dan nama perkhidmatan mungkin merupakan tanda dagangan syarikat masing-masing.
* Maklumat dalam dokumen ini, termasuk harga dan spesifikasi produk, kandungan perkhidmatan dan maklumat perhubungan, adalah terkini pada tarikh pengumuman tetapi tertakluk kepada perubahan tanpa notis terlebih dahulu. 

Maklumat tentang Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation
Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation, peneraju penyedia penyelesaian semikonduktor dan storan yang canggih, memanfaatkan lebih setengah abad pengalaman dan inovasi untuk menawarkan pelanggan dan rakan perniagaannya semikonduktor diskret, LSI sistem dan produk HDD yang luar biasa. 

Dengan 19,400 pekerja di seluruh dunia, syarikat ini berkongsi tekad untuk memaksimumkan nilai produk, serta mempromosikan kerjasama rapat dengan pelanggan dalam penciptaan nilai dan pasaran baharu. Syarikat ini berharap dapat membina dan memberi sumbangan kepada masa depan yang lebih baik untuk semua.  

Ketahui lebih lanjut di https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/top.html  

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang. 

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada: https://www.businesswire.com/news/home/20250618436479/en 

Contacts

Pertanyaan Pelanggan
Jabatan Jualan & Pemasaran Peranti Optoelektronik
Tel: +81-44-548-2218
Hubungi Kami

Pertanyaan Media
Chiaki Nagasawa
Jabatan Pemasaran Digital
Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation
semicon-NR-mailbox@ml.toshiba.co.jp 

Sumber: Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation 

--BERNAMA 
+