Rabu 25/06/2025
Pelancong mengambil gambar matahari terbit di Pavilion Dongji, Fuyuan, Heilongjiang
FUYUAN, China, 25 Jun, 2025 /Xinhua-AsiaNet/--
Pada menjelang fajar, di Pavilion Dongji di Fuyuan di puncak sebuah bukit, pelancong menahan nafas sambil menunggu untuk melihat matahari terbit yang menakjubkan. Tidak lama selepas itu, sepanduk bagi Persidangan Pembangunan Industri Pelancongan ke-7 di Wilayah Heilongjiang akan terbang tinggi di bandar raya paling timur di China.
Pada saat ini, Fuyuan sedang mempamerkan daya tarikannya untuk mengalu-alukan tetamu dari seluruh pelosok dunia. Di Kem Pantai Shell, sebuah kemudahan baharu yang popular di kalangan golongan muda, sungai dengan lembut mencium bibir pesisir dan pantai pasir putih yang mengundang pelancong. Di Taman Beruang Liar di Pulau Heixiazi, anak-anak beruang bermain dalam air bersama ibu mereka menggambarkan dengan jelas keharmonian di antara manusia dan alam semula jadi. Di Pangkalan Cranberry yang menyerupai sebuah lautan delima yang besar, gabungan pertanian dan bersiar menarik ramai pengunjung. Mengoptimumkan kemudahan pelabuhan dan memperkemaskan pelepasan kastam, persidangan itu mendorong bandar raya itu untuk meningkatkan perkhidmatan pelabuhan dan memupuk sebuah hab penting bagi kerjasama serantau di Asia Timur Laut.
Persidangan itu telah berjaya diadakan di Harbin, Yichun, Heihe, Mudanjiang, Daqing, dan Qiqihar. Tahun ini, tugas itu diserahkan kepada Fuyuan, sebuah bidang kuasa bagi Jiamusi.
Bagi penduduk Heilongjiang, persidangan itu merupakan satu acara penting sejak Jawatankuasa Parti itu dan Kerajaan Heilongjiang memilih sebuah bandar raya tuan rumah pada setiap tahun sejak 2018. Kini, sesi ke-7 bakal menjelang tiba.
Bandar raya demi bandar raya, persidangan itu telah meningkatkan infrastruktur pelancongan, sistem perkhidmatan awam, dan pembangunan ekonomi dan sosial, merangsangkan idea, konsep dan langkah-langkah baharu bagi masa depan. Akibatnya, semakin ramai pelancong meletakkan Heilongjiang dalam senarai destinasi mereka. Menurut Biro Perangkaan Heilongjiang, wilayah itu mengalu-alukan 282.398 juta orang pelancong pada 2024 (pertumbuhan tahun ke tahun sebanyak 29.1%), yang membelanjakan 370.12 bilion yuan (pertumbuhan tahun ke tahun sebanyak 67.1%).
Pada tahun ini, persidangan itu akan menegakkan prinsip "mudah, selamat dan mengujakan," menerima pakai tema bagi "mewujudkan momentum baharu untuk integrasi, berkongsi peluang baharu di dalam pelancongan," membina platform bagi kerjasama pelancongan, aplikasi yang berinovatif, dan peningkatan penggunaan, menambah baik operasi yang berorientasikan pasaran, membina piawaian, pengurusan yang dikawal selia dengan baik, dan amalan pintar di dalam pelancongan, dan membuka potensi di dalam perbelanjaan. Pada penghujungnya, persidangan itu dijangka dapat membantu bandar raya itu berkembang maju dan memberi manfaat kepada masyarakat.
Sumber: Jawatankuasa Penganjur bagi Persidangan Pembangunan Industri Pelancongan ke-7 di Wilayah Heilongjiang
--BERNAMA