Aplikasi super kewangan ini kini menyokong kad korporat daripada ribuan lagi bank di seluruh dunia, bersama beberapa penambahbaikan antarabangsa utama yang lain
PORTLAND, Ore., 30 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Expensify, Inc. (Nasdaq: EXFY), aplikasi super pengurusan kewangan untuk perbelanjaan, perjalanan dan kad korporat, hari ini mengumumkan peluasan besar sokongan antarabangsa di seluruh platformnya. Pelancaran ini merangkumi sokongan untuk import kad korporat daripada lebih 10,000 bank di seluruh dunia, keupayaan berbilang bahasa, pengebilan berasaskan Euro, pembayaran balik antarabangsa dalam New Expensify dan akses beta kepada Kad Expensify di UK, EU, dan tidak lama lagi di Kanada.
Kemas kini ini menandakan satu pencapaian penting dalam strategi global Expensify, membolehkan perniagaan di seluruh dunia mengurus perbelanjaan dan kad dengan lebih pantas dan lancar — semuanya dalam satu platform.
“Kini, syarikat di mana-mana sahaja boleh mengurus perbelanjaan, kad, pembayaran balik dan banyak lagi sepenuhnya dalam Expensify,” kata David Barrett, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Expensify.
Sorotan peluasan antarabangsa Expensify hari ini:
- Sokongan kad syarikat yang diperluas dengan lebih 10,000 bank baharu di seluruh dunia yang disepadukan untuk import dan penyelarasan yang lancar
- Penterjemahan bahasa di luar bahasa Inggeris dan Sepanyol dalam New Expensify, dengan sokongan untuk 10 bahasa tambahan termasuk Perancis, Jerman, Itali dan Jepun
- Pengebilan berasaskan Euro , membolehkan ahli membayar langganan Expensify mereka dalam Euro (selain USD, GBP, AUD dan NZD)
- Sokongan pembayaran balik global untuk pengeluaran daripada akaun bank perniagaan dalam USD, CAD, GBP, EUR & AUD, dan pemindahan ke akaun bank di (hampir) mana-mana negara terus dalam New Expensify
- Beta Kad Expensify kini tersedia di UK dan EU, dengan sokongan untuk Kanada bakal dilancarkan tidak lama lagi
“Ini adalah hari yang sangat bermakna. Tidak keterlaluan untuk mengatakan bahawa segala yang kami usahakan selama bertahun-tahun adalah sebagai persediaan untuk ini, membawa kepada anda cara paling pantas untuk mengurus perbelanjaan, di mana-mana sahaja di dunia,” tambah Barrett.
Ahli boleh menyertai beta yang berkaitan dengan menghubungi pengurus akaun mereka atau menghantar e-mel kepada concierge@expensify.com.Maklumat tentang ExpensifyExpensify membantu 15 juta orang di seluruh dunia menjejak perbelanjaan, menempah perjalanan, membayar balik pekerja, mengurus kad korporat, menghantar invois, dan membayar bil, semuanya di satu tempat. Sama ada anda bekerja sendiri, mengendalikan perniagaan kecil, mengurus pasukan, atau menyelia kewangan global, biarkan Expensify mengurus perjalanan dan perbelanjaan anda, sepantas perbualan sembang.
Kenyataan Pandang Ke HadapanKenyataan tertentu dalam siaran akhbar ini merupakan kenyataan pandang ke hadapan seperti yang dimaksudkan dalam peruntukan “safe harbor” di bawah Akta Pembaharuan Litigasi Sekuriti Swasta 1995. Semua kenyataan dalam siaran ini yang tidak berkaitan dengan fakta sejarah hendaklah dianggap sebagai kenyataan pandang ke hadapan, termasuk tetapi tidak terhad kepada, kenyataan berkaitan pelancaran, kejayaan dan manfaat yang dijangka daripada usaha peluasan global Expensify. Kenyataan pandang ke hadapan ini berdasarkan jangkaan semasa pihak pengurusan. Kenyataan ini bukan jaminan atau janji, dan melibatkan risiko, ketidakpastian dan faktor penting lain yang diketahui atau tidak diketahui yang mungkin menyebabkan keputusan, prestasi atau pencapaian sebenar Expensify berbeza secara material daripada sebarang keputusan, prestasi atau pencapaian masa depan seperti yang dinyatakan atau tersirat dalam kenyataan pandang ke hadapan ini, termasuk risiko yang dibincangkan dalam pemfailan Expensify dengan SEC, termasuk Laporan Tahunan Expensify dalam Borang 10-K dan Laporan Suku Tahunan seterusnya dalam Borang 10-Q. Expensify tidak bertanggungjawab untuk mengemas kini secara terbuka sebarang kenyataan pandang ke hadapan, sama ada disebabkan oleh peristiwa masa depan, maklumat baharu atau sebaliknya, kecuali jika dikehendaki oleh undang-undang.
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
HubungiDaniel Vidal,
press@expensify.comSumber: Expensify, Inc.
--BERNAMA