Generali Malaysia Rangkul Kemenangan Berganda di Anugerah Insurans Asia 2025

Rabu 09/07/2025

Table
Encik Fabrice Benard, Ketua Pegawai Eksekutif Generali Insurance Malaysia Berhad dan Ketua Negara Entiti Generali di Malaysia, Cik Lim Tai Ching, Ketua Staf dan Ketua Pegawai Kelestarian, Generali Insurance Malaysia Berhad dan Encik Alexander Teoh, Ketua Pegawai Orang & Organisasi, Generali Insurance Malaysia Berhad menerima anugerah Penanggung Insurans Am Antarabangsa Terbaik-Malaysia di Anugerah Insurans Asia 2025.


KUALA LUMPUR, 9 Julai (Bernama) -- Generali Malaysia sekali lagi membuktikan kepimpinannya dengan merangkul anugerah Penanggung Insurans Am Antarabangsa Terbaik – Malaysia dan anugerah Produk Insurans Baharu Terbaik – Malaysia (Insurans Hayat)  dalam majlis berprestij Anugerah Insurans Asia 2025 yang berlangsung pada 8 Julai 2025 di Pusat Ekspo dan Konvensyen Marina Bay Sands, Singapura. 

Bercakap tentang kemenangan berganda tersebut, Fabrice Benard, Ketua Pegawai Eksekutif Generali Insurance Malaysia Berhad dan Ketua Negara bagi Entiti Generali Malaysia berkata, “Penghormatan yang luar biasa ini mencerminkan dedikasi pasukan kami yang tidak berbelah bahagi, kepercayaan berterusan kepada para pelanggan kami serta sokongan yang tidak ternilai daripada rakan kongsi kami. Ia merupakan satu pengiktirafan yang kukuh terhadap tujuan dan nilai-nilai kami.”
 
Pengiktirafan yang berterusan ini memperakui strategi Rakan Sepanjang Hayat 27: Memacu Kecemerlangan Generali Malaysia dan kehadirannya yang mantap dalam pasaran yang dinamik. Berikutan penyepaduan penuh perniagaan insurans am dan hayat di bawah jenama Generali Malaysia, syarikat ini telah memperkemas operasi bagi menyokong pertumbuhan jangka panjang yang memberi tumpuan kepada pelanggan. Tahun lalu, Generali Malaysia telah memodenkan dan menyepadukan rangkaian cawangannya untuk menyampaikan pengalaman pelbagai saluran yang lancar, yang kemuncaknya ialah pelancaran Menara Generali — ibu pejabat baharu yang menyatukan pasukan dari empat lokasi berasingan bagi memupuk kerjasama dan inovasi.
 
Dengan kelestarian sebagai asas strateginya, Generali Malaysia menggerakkan komitmen kelestariannya melalui inisiatif neutral karbon, pelaburan bersepadu ESG dan program-program sokongan komuniti seperti Project Bright Beginnings di bawah The Human Safety Net (THSN), yang dilancarkan dengan kerjasama Persatuan Kebajikan Suriana Malaysia untuk menubuhkan sebuah prasekolah bagi kanak-kanak yang kurang bernasib baik di PPR Kg Muhibbah.
 
Syarikat ini juga bekerjasama dengan Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk menangani jurang perlindungan bagi komuniti yang memerlukan sokongan serta membantu PKS mendapatkan akses kepada penyelesaian insurans dan pembiayaan risiko untuk meningkatkan daya tahan iklim. Menyerlahkan lagi dedikasinya ke arah kebaikan sosial, Generali Malaysia telah menganjurkan Larian Generali Malaysia 2025 buat kali kedua, yang telah menarik lebih 11,000 peserta dalam program yang meraikan kesihatan dan perpaduan. Acara tersebut berjaya mengumpul sebanyak RM100,000 melalui yuran pendaftaran dan jualan barangan, yang disumbangkan kepada Persatuan Kebajikan Suriana Malaysia dan Yayasan Generasi Gemilang untuk menyokong program pendidikan awal kanak-kanak serta alat pembelajaran bagi kanak-kanak dan keluarga dalam komuniti yang kurang berkemampuan. Usaha ini mencerminkan komitmen Generali Malaysia dalam mewujudkan nilai bukan sahaja untuk perniagaannya tetapi juga untuk komuniti dan alam sekitar, demi membantu membina sebuah masyarakat yang lebih teguh dan adil.
 
Selain pencapaian yang luar biasa ini, Generali Life Insurance Malaysia Berhad juga telah menerima anugerah “Produk Insurans Baharu Terbaik – Malaysia” bagi produk inovatifnya, GenMedic – Perlindungan Kesihatan untuk Semua, iaitu satu pelan perubatan fleksibel yang menawarkan perlindungan tinggi, perlindungan kanser yang dipertingkatkan, serta pilihan insurans bersama yang menjimatkan kos, yang direka untuk memberikan perlindungan penjagaan kesihatan yang penting kepada semua rakyat Malaysia.
 
Untuk maklumat lanjut, sila lawati www.generali.com.my

SUMBER: Generali Insurance Malaysia Berhad

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI: 
Nama: Sheena Ho
E-mel: sheena.ho@generali.com.my

Nama: Samantha David
E-mel: samantha.david@generali.com.my

--BERNAMA 

+