“We Bloom!” di Hualien

Rabu 16/07/2025

Table
Percutian Musim Panas FUN Hualien 2025 (Kredit foto: Kerajaan Daerah Hualien)


“Percutian Musim Panas 2025 Hualien FUN” Mengalu-alukan Pengunjung untuk Bersantai di Tasik Liyu
 
HUALIEN, Taiwan, 16 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Susulan gempa bumi 3 April tahun lalu di Taiwan, Kerajaan Daerah Hualien telah melancarkan inisiatif pemulihan “We Bloom!”, yang melambangkan ketabahan dan keberdayaan wilayah tersebut. Tumpuan utama kempen ini ialah "Little Rock Flower", watak maskot asli yang muncul daripada batu yang kelihatan gersang — satu kiasan tentang bagaimana kehidupan dan harapan terus wujud walaupun dalam keadaan paling sukar. Ia merupakan penghormatan kepada semangat rakyat Hualien dan keupayaan mereka untuk terus berkembang dalam menghadapi dugaan.

Selaras dengan tema ini, Percutian Musim Panas Hualien FUN 2025 berlangsung dari 12 Julai hingga 10 Ogos di Tasik Liyu yang indah di Daerah Shoufeng, yang diiktiraf sebagai salah satu daripada “100 Destinasi Pelancongan Mesti DiLawati di Taiwan.” Di bawah slogan “We Bloom, Cool FUN Summer,” acara ini menawarkan lima aktiviti air percuma setiap hari: bermain papan dayung berdiri, basikal air, bot pelanggar kembung, kayak berkembar, dan skuter kembung bermotor. Berlatarbelakangkan pergunungan menghijau dan air tasik yang tenang di Hualien, acara ini mengalu-alukan pengunjung untuk bersantai sambil menikmati keindahan alam semula jadi kawasan tersebut.

Setiap hujung minggu sepanjang acara ini berlangsung menampilkan persembahan kebudayaan secara langsung, pasar trak makanan bergerak, serta pemasangan lampu malam yang memukau, yang membangkitkan suasana meriah di sepanjang pinggir tasik. Integrasi acara ini dengan watak maskot eksklusif Hualien mencerminkan komitmen Hualien terhadap pembangunan yang berdaya tahan dan lestari.

Menerusi acara ini, Kerajaan Daerah Hualien dengan penuh mesra mengalu-alukan kehadiran pelancong tempatan dan antarabangsa untuk kembali mengunjungi destinasi ikonik seperti Taman Negara Taroko, serta merasai sendiri keindahan alam yang mempesonakan, kekayaan budaya, dan kekuatan berterusan sebuah wilayah yang terus berkembang—dalam apa jua keadaan.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada:
https://www.businesswire.com/news/home/20250715768040/en

Hubungi

Orang untuk dihubungi: Ivory Zheng
+886 921111643
e-mel: ivory0923@gmail.com
 
Sumber: Hualien County Government

--BERNAMA


+