Bersetuju untuk menerbitkan kira-kira $10 juta Nota Boleh Tukar pada harga $13 sesaham, iaitu 198% lebih tinggi daripada harga penutupan pada 18 JulaiSebanyak $189 juta telah berjaya dikumpul setakat tahun ini melalui strategi Accretion Flywheel tersendiri yang menggabungkan pendekatan DeFi dan TradFiSILVER SPRING, Maryland, 22 Julai (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- BTCS Inc. (Nasdaq:
BTCS) (“BTCS” atau “Syarikat”), sebuah syarikat yang memberi tumpuan kepada teknologi blockchain, singkatan kepada Blockchain Technology Consensus Solutions, hari ini mengumumkan bahawa nilai pasaran terkumpul bagi
55,788 unit pegangan ETH, tunai
1 dan aset cair lain dianggarkan berjumlah kira-kira
$242.2 juta, berdasarkan harga ETH sebanyak $3,600 seunit. Tambahan pula, Syarikat telah bersetuju untuk menerbitkan nota boleh tukar bernilai $10 juta menerusi perjanjian $56 juta yang telah dimeterai sebelum ini bersama ATW Partners LLC.
Walaupun jumlah pembiayaan ini jauh lebih kecil berbanding $189 juta yang telah berjaya dikumpul sepanjang tahun ini, premium penukaran hampir 200% adalah sejajar dengan pelaksanaan berterusan strategi unggul BTCS, iaitu strategi Accretion Flywheel DeFi/TradFi, sekali gus memperkukuhkan keberkesanan pendekatan tersebut. Syarikat mengehadkan pembiayaan ini kepada $10 juta sebagai sebahagian daripada strateginya untuk mengekalkan fleksibiliti kewangan bagi memanfaatkan peluang leveraj masa depan, sambil memastikan nisbah pinjaman kepada nilai kekal di bawah paras 40%. Pendekatan ini selari dengan komitmen BTCS untuk memaksimumkan pendedahan terhadap ETH dan meminimumkan pencairan pegangan pemegang saham.
Kemaskini Strategi Accretion Flywheel DeFi/TradFi
BTCS sedang melaksanakan strategi pembentukan modal Accretion Flywheel DeFi/TradFi dengan berkesan, memanfaatkan kedua-dua pendekatan kewangan terdesentralisasi dan tradisional untuk mengembangkan pegangan ETH, mengoptimumkan operasi bersepadu secara menegak serta meningkatkan nilai kepada para pemegang saham. Syarikat telah berjaya mengumpul modal melalui gabungan jualan ekuiti pada harga pasaran semasa, hutang boleh tukar pada kadar yang lebih tinggi daripada pasaran dan pinjaman berasaskan DeFi—semuanya dilaksanakan selaras dengan strateginya untuk mengukuhkan pendedahan kepada ETH sambil mengurus pencairan saham secara aktif, seperti diperincikan di bawah.
Ringkasan Pembiayaan Setakat Tahun Ini
Jualan ATM: $132 juta1 (70%)
Hutang Boleh Tukar Melebihi Harga Pasaran: $17 juta (9%)
Pinjaman Stablecoin Aave (DeFi): $40 juta (21%)
Jumlah pembiayaan setakat tahun ini: $189 juta
Jumlah Aset Kripto & Tunai: $242 juta1
Pegangan ETH: 55,788 unit (kos purata setiap ETH: $2,846), peningkatan sebanyak 516% setakat tahun ini
“Kami percaya bahawa BTCS merupakan pelaburan Ethereum yang paling berpengaruh dari segi kewangan dan operasi dalam pasaran awam ketika ini,” kata Charles Allen, Ketua Pegawai Eksekutif BTCS. “Operasi pembinaan blok dan nod kami yang bersepadu secara menegak sedang menjana hasil tertinggi dalam sejarah, dan apabila digabungkan dengan pelaksanaan kukuh strategi unggul Accretion Flywheel DeFi/TradFi, BTCS menawarkan pendedahan terhadap Ethereum yang berskala dan berpotensi pertumbuhan tinggi kepada para pelabur.”
________________________________
1 Termasuk jualan ATM berjumlah $28.4 juta pada harga $7.9 sesaham yang sedang menunggu penyelesaian serta dana daripada nota boleh tukar bernilai $10 juta yang sedang menunggu pelaksanaan penutupan.
Pembiayaan Nota Boleh Tukar Melebihi Harga Pasaran
Nota bernilai $10 juta ini boleh ditukar kepada saham biasa pada harga penukaran tetap sebanyak $13 sesaham, yang mewakili premium sebanyak 198% berbanding harga penutupan saham Syarikat sebanyak $6.57 pada hari Jumaat, 18 Julai 2025. Nota ini mempunyai tempoh matang selama dua tahun dan akan tamat pada 21 Julai 2027, termasuk diskaun terbitan awal sebanyak 5% serta dikenakan kadar faedah tahunan sebanyak 6%.
Sehubungan dengan penerbitan nota tersebut, waran lima tahun akan dikeluarkan semasa penutupan bagi membolehkan pembelian sebanyak 879,375 unit saham biasa pada harga pelaksanaan $8 sesaham, mewakili premium sebanyak 122% berbanding harga penutup pada 18 Julai 2025. Pembiayaan ini dijangka akan ditutup selewat-lewatnya pada hari Selasa, 22 Julai 2025.
Yang ketara, pembiayaan ini tidak melibatkan sebarang bayaran kepada bank pelaburan atau terma ketat yang lazimnya dikaitkan dengan penggunaan bank pelaburan atau ejen penempatan, yang boleh menjejaskan pelaksanaan strategi Accretion Flywheel DeFi/TradFi Syarikat.
Sebagai sebahagian daripada syarat pembiayaan, Syarikat telah bersetuju bahawa sepanjang tempoh nota ini masih belum dilunaskan, ia tidak akan meminda Saham Keutamaan Siri V yang tidak boleh ditukar untuk membolehkan penukaran kepada saham biasa selama tempoh 18 bulan.
Kemas Kini Struktur Modal
Bagi membantu para pelabur menilai nilai intrinsik BTCS dengan lebih tepat dan membuat perbandingan yang relevan dengan syarikat-syarikat sepadan, kami membentangkan pecahan terkini struktur modal syarikat. Ringkasan ini disediakan sebagai maklumat tambahan kepada pemfailan rasmi BTCS dengan SEC.
Equity Instrument | Outstanding | Fully Diluted |
Common Shares | 45,761,072 | 45,761,072 |
Common Shares - Subject to Forfeiture | 1,149,801 | 1,149,801 |
Convertible Debt (Conversion Price = $5.85) | | 1,334,679 |
Convertible Debt (Conversion Price = $13.00) | | 773,078 |
Convert Warrants #1 (Exercise Price = $2.75, exp. 5/13/2030) | | 532,191 |
Convert Warrants #2 (Exercise Price = $8.00, exp. 7/21/2030) | | 879,375 |
RD Warrant (Exercise Price = $11.50, exp. 3/4/2026) | | 712,500 |
Employee Options (Weighted Average Exercise Price = $2.44) | | 1,561,410 |
Total | 46,910,873 | 52,704,106 |
Sebanyak 16 juta unit saham Keutamaan Siri V kini dikecualikan daripada jumlah saham tercair sepenuhnya memandangkan ia tidak boleh ditukar dan selaras dengan syarat pembiayaan nota tersebut, ia tidak boleh dipinda menjadi boleh tukar dalam tempoh 18 bulan.
Melihat kepada sekatan tersebut serta penerimaan yang semakin meluas terhadap aset kripto oleh pentadbiran baharu, selain pengiktirafan global terhadap penokenan aset dunia sebenar, BTCS sedang mempertimbangkan semula beberapa pilihan untuk mewujudkan kecairan bagi saham Keutamaan Siri V, termasuk potensi penokenan saham tersebut menerusi blockchain Ethereum. Walau bagaimanapun, pelaksanaan masih di peringkat awal dan tiada jaminan dapat diberikan bahawa kecairan atau penokenan akan dapat direalisasikan. Syarikat mungkin akan mempertimbangkan penukaran Siri V kepada saham biasa apabila tempoh sekatan berakhir. Sehubungan itu, Siri V dikecualikan daripada jadual struktur modal di atas.
Perihal BTCS:BTCS Inc. (“BTCS” atau “Syarikat”), singkatan kepada Blockchain Technology Consensus Solutions, merupakan sebuah syarikat teknologi blockchain yang berpangkalan di Amerika Syarikat dengan tumpuan utama pada Ethereum. BTCS komited untuk menjana hasil berskala dan mengumpul pegangan ETH melalui strategi unggulnya, Accretion Flywheel DeFi/TradFi—satu pendekatan bersepadu dalam pembentukan modal dan pembangunan infrastruktur blockchain. Dengan menggabungkan mekanisme kewangan terdesentralisasi (“DeFi”) dan kewangan tradisional (“TradFi”) bersama operasi infrastruktur blockchain yang merangkumi NodeOps (staking) dan Builder+ (pembinaan blok), BTCS menawarkan peluang pelaburan ETH yang antara paling canggih, didorong oleh penjanaan hasil berskala dan strategi pengumpulan ETH berfokuskan pulangan.
Terokai bagaimana BTCS memberikan pendedahan berpengaruh secara operasi dan kewangan terhadap Ethereum di pasaran awam melalui www.btcs.com.Nota Peringatan Mengenai Kenyataan ProspektifBeberapa kenyataan dalam siaran media ini merupakan “kenyataan prospektif” seperti yang ditakrifkan di bawah Seksyen 27A Akta Sekuriti 1933 dan Seksyen 21E Akta Bursa Sekuriti 1934, termasuk kenyataan mengenai usaha mewujudkan pendedahan pertumbuhan tinggi terhadap Ethereum, mewujudkan kecairan untuk saham Keutamaan Siri V dan penutupan tawaran nota bernilai $10 juta. Perkataan seperti “mungkin,” “barangkali,” “akan,” “seharusnya,” “percaya,” “jangka,” “antisipasi,” “anggar,” “teruskan,” “ramal,” “unjur,” “rancang,” “berniat” atau ungkapan yang seumpamanya serta kenyataan yang merujuk kepada niat, kepercayaan atau jangkaan semasa dianggap sebagai kenyataan prospektif. Walaupun Syarikat percaya bahawa kenyataan prospektif ini adalah munasabah, pelabur dinasihatkan agar tidak meletakkan kebergantungan yang berlebihan terhadap mana-mana kenyataan tersebut kerana ia adalah berdasarkan maklumat yang tersedia kepada kami pada tarikh siaran ini. Kenyataan prospektif ini adalah berdasarkan andaian tertentu dan tertakluk kepada pelbagai risiko serta ketidakpastian, termasuk tetapi tidak terhad kepada keadaan pasaran, isu dan keperluan kawal selia, isu yang tidak dijangka berkaitan kemudahan Penawaran At-The-Market kami, isu tidak dijangka berkaitan Builder+ serta risiko yang dinyatakan dalam pemfailan Syarikat kepada Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa termasuk Borang 10-K bagi tahun berakhir 31 Disember 2024 yang difailkan pada 20 Mac 2025. Oleh itu, keputusan sebenar mungkin berbeza secara ketara. Syarikat secara nyata menafikan sebarang kewajipan untuk mengemas kini atau mengubah kenyataan, sama ada disebabkan oleh maklumat baharu, peristiwa akan datang atau sebab-sebab lain kecuali jika dikehendaki oleh undang-undang.
Untuk maklumat lanjut, ikuti kami di:Twitter:
https://x.com/NasdaqBTCSLinkedIn:
https://www.linkedin.com/company/nasdaq-btcsFacebook:
https://www.facebook.com/NasdaqBTCSHubungan Pelabur:Charles Allen –
Ketua Pegawai EksekutifX (dahulunya Twitter):
@Charles_BTCSE-mel:
ir@btcs.comFoto yang mengiringi pengumuman ini tersedia di
https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/d2a20376-f8bd-4008-9c82-cdb4bc63b69e SUMBER: BTCS Inc.PENAFIAN: BERNAMA MREM tidak bertanggungjawab atas sebarang sebab penodaan laman web, penyalahgunaan, atau aktiviti haram yang berkaitan dengan mata wang kripto, rantaian blok, tokenisasi, atau bitcoin. Penulisan ini tidak boleh dianggap sebagai panduan atau pendapat, kerana ia bukan nasihat kewangan atau pelaburan. Gunakan maklumat ini atas risiko anda sendiri; kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penerbitan semula artikel ini. --BERNAMA