- Pemimpin daripada World Travel and Tourism Council (WTTC), Global Sustainable Tourism Council, Amadeus, TikTok, Six Senses, Cirque du Soleil, Turismede Barcelona, Liberty International, Wagonlit Travel, One Billion Happy, Saudi Tourism Authority (STA), dan Riyadh School of Tourism and Hospitality bakal menerajui Lembaga Penasihat TOURISE.
- Penubuhan Lembaga Penasihat ini mengukuhkan komitmen TOURISE dalam memacu kerjasama global merentas sektor.
- Lembaga Penasihat akan membentuk agenda Sidang Kemuncak TOURISE, dengan menekankan isu-isu global berimpak tinggi seperti ekuiti, perwakilan geografi, dan kepelbagaian sektor.
RIYADH, Arab Saudi, 11 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- TOURISE, platform pelancongan global yang baharu, mengumumkan barisan Lembaga Penasihat rentas sektor yang terdiri daripada tokoh utama industri untuk membimbing hala tuju strategik dan merangka agenda Sidang Kemuncak Global sulung di Riyadh pada 11 hingga 13 November 2025.
TOURISE ialah permulaan kepada kerjasama rentas sektor, sebuah platform di mana pemimpin dan tokoh berwawasan berbincang, bekerjasama dan bertindak untuk membentuk masa depan pelancongan.
Lembaga 14 ahli ini menghimpunkan kepakaran daripada bidang pelancongan, teknologi, penerbangan, hiburan, pendidikan, kemampanan dan media, menjadikannya antara badan rentas sektor paling inklusif dalam landskap pelancongan global masa kini. Bersama-sama, mereka akan memperjuangkan visi TOURISE bagi memastikan tumpuan terhadap isu-isu seperti ekuiti, perwakilan geografi dan kepelbagaian sektor, serta mempengaruhi nilai jangka panjang platform ini.
Dipengerusikan oleh Tuan Yang Terhormat Ahmed Al-Khateeb, Menteri Pelancongan Arab Saudi, Lembaga Penasihat ini mewakili gabungan pemimpin rentas industri yang bersatu untuk mengangkat pelancongan ke tahap global dan menerajui hala tuju baharu sektor ini.
“
TOURISE memacu kerjasama global merentas sektor, dan penubuhan Lembaga Penasihat ini memastikan penyatuan pelbagai perspektif daripada wakil seluruh ekosistem pelancongan global,” kata Tuan Yang Terhormat Ahmed Al-Khateeb.
“Wawasan serta kepakaran mendalam mereka amat penting dalam menterjemahkan aspirasi
TOURISE kepada tindakan konkrit, serta memastikan platform ini menjadi pemangkin kepada inovasi, pelaburan dan kelestarian jangka panjang dalam sektor pelancongan.”
Ahli Lembaga Penasihat
TOURISE ialah:
●
Julia Simpson, Presiden & CEO, World Travel and Tourism Council.
●
Randy Durband, CEO, Global Sustainable Tourism Council.
●
Luis Maroto, CEO, Amadeus.
●
Blake Chandlee, bekas Presiden Global Business Solutions, TikTok.
●
Neil Jacobs, Pengasas Wild Origins dan bekas CEO Six Senses.
●
Stephane Lefebvre, Presiden, Cirque du Soleil Entertainment Group.
●
Jordi Carnes, Presiden Leitat Technological Center dan CTECNO, dan bekas Ketua Pengarah Turismede Barcelona.
●
Mario Enzesberger, Pengasas dan CEO, Liberty International Tourism Group.
●
Patrick Andersen, CEO, Carlson Wagonlit Travel.
●
Mo Gawdat, Pengasas, One Billion Happy.
●
Thomas Woldbye, CEO, Heathrow Airport.
●
Fahd Hamidaddin, CEO, Saudi Tourism Authority dan Naib Pengerusi TOURISE.
●
Fabien Fresnel, CEO, Riyadh School of Tourism and Hospitality.
●
Jean-Philippe Cossé, International Event Specialist.
Julia Simpson, Presiden & CEO WTTC berkata “
TOURISE bukan hanya sebuah sidang kemuncak. Ia merupakan pemangkin kepada transformasi pelancongan di peringkat global. Saya menyertai Lembaga Penasihat ini kerana saya percaya kepada kekuatan kerjasama merentas sektor dalam memacu pertumbuhan mampan, mendorong inovasi dan menetapkan piawaian baharu bagi pelancongan yang bertanggungjawab.”
Menjelang Sidang Kemuncak
TOURISE, Lembaga Penasihat akan bermesyuarat secara berkala untuk menasihati program
TOURISE agar agendanya mencerminkan pandangan dan wawasan global. Kerjasama erat ahli lembaga ini memastikan TOURISE bukan sekadar inisiatif bersifat sementara, tetapi satu gerakan berterusan yang membentuk masa depan industri pelancongan dunia.
Untuk maklumat lanjut mengenai
TOURISE, Lembaga Penasihat atau pendaftaran untuk menghadiri
TOURISE, sila layari
www.tourise.com.
Mengenai TOURISE TOURISE ialah platform utama dunia yang membentuk hala tuju baharu untuk pelancongan global.
Di bawah naungan Kementerian Pelancongan Arab Saudi, Sidang Kemuncak
TOURISE pertama akan berlangsung pada 11–13 November 2025 di Riyadh.
TOURISE bakal menghimpunkan tokoh-tokoh daripada kerajaan, perniagaan, pelaburan, pelancongan dan komuniti teknologi bagi merangka inisiatif berimpak tinggi dan perjanjian transformatif yang akan merombak semula industri pelancongan, ke arah sektor yang mampan, saksama dan mementingkan masa depan pelancongan sebagai fokus utama.
TOURISE, bersifat eksklusif secara fizikal dan inklusif secara digital, akan memastikan penyertaan global yang meluas sambil memberikan akses khusus kepada pemimpin pemikir yang membentuk masa depan pelancongan dunia. Selepas sidang kemuncak berlalu,
TOURISE akan diteruskan sebagai platform sepanjang tahun di mana idea-idea dinamik dapat dijadikan penyelesaian masalah dunia.
Inilah titik permulaan untuk membentuk masa depan pelancongan bagi 50 tahun akan datang. Bersama, kita tiada tandingan.
Untuk maklumat lanjut tentang
TOURISE, sila layari
www.tourise.com dan langgani surat berita kami.
Untuk pertanyaan mengenai media sila hubungi:
media@tourise.comTeks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
Sumber : TOURISE
--BERNAMA