PUTRAJAYA, 18 Ogos (Bernama) -- Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menggesa orang awam untuk mengelak daripada membeli dan menggunakan kosmetik-kosmetik berikut kerana dikesan mengandungi racun berjadual seperti di bawah:
Bil. | Nama kosmetik | Racun Berjadual Yang Dikesan |
1 | JC BEAUTY CULTURE RADIANCE RENEWAL SERUM | Hidrokuinon dan Tretinoin |
2 | THE PERFECT DERMA CREAM | Miconazole |
Susulan daripada itu, notifikasi kosmetik-kosmetik terlibat telah dibatalkan oleh Pengarah Perkhidmatan Farmasi, KKM dan tidak lagi dibenarkan untuk dijual di Malaysia.
PERIHAL BAHAN RACUN BERJADUAL
Kosmetik yang mengandungi hidrokuinon, tretinoin dan miconazole adalah ubat yang perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah dan hanya boleh digunakan dengan nasihat ahli profesional kesihatan. Penggunaan kosmetik yang mengandungi bahan-bahan tersebut tanpa pengawasan ahli profesional kesihatan boleh menyebabkan kesan-kesan sampingan yang tidak diingini seperti berikut:
Racun Berjadual | Kesan Sampingan |
Hidrokuinon | Boleh menyebabkan kemerahan pada kulit yang disapu, ketidakselesaan, perubahan warna kulit yang tidak diingini, kulit menjadi hipersensitif, boleh menghalang proses pigmentasi (depigmentasi) yang mengurangkan perlindungan kulit daripada pancaran sinar UV merbahaya dan boleh meningkatkan risiko kanser kulit. |
Tretinoin | Bahagian kulit yang disapu menjadi kemerahan, tidak selesa, pedih, mengelupas dan hipersensitif kepada cahaya matahari. |
Miconazole | Anti-fungal (Miconazole) yang diguna secara tidak terkawal boleh meningkatkan risiko kerintangan dan seterusnya mengurangkan keberkesanannya untuk merawat jangkitan pada masa hadapan. |
PERINGATAN KEPADA PENJUAL DAN PENGEDAR KOSMETIK INIPenjual dan pengedar kosmetik ini perlu menghentikan penjualan dan pengedaran kosmetik tersebut dengan serta-merta.
Penjualan dan pengedaran kosmetik ini adalah melanggar
Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.
Individu yang melakukan kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan ini boleh dikenakan hukuman
denda tidak melebihi RM25,000 atau
penjara tidak melebihi 3 tahun atau
kedua-duanya untuk
kesalahan pertama dan
denda tidak melebihi RM50,000 atau
penjara tidak melebihi 5 tahun atau
kedua-duanya untuk
kesalahan berikutnya.
Syarikat yang melakukan kesalahan boleh dikenakan
denda sehingga RM50,000 untuk
kesalahan pertama dan
denda sehingga RM100,000 untuk
kesalahan berikutnya. PERINGATAN KEPADA ORANG AWAM Orang awam yang sedang menggunakan kosmetik-kosmetik ini dinasihatkan untuk segera menghentikan penggunaannya dan mendapatkan nasihat daripada ahli profesional kesihatan jika mengalami sebarang ketidakselesaan atau kesan
advers.
Orang awam digalakkan untuk menyemak status notifikasi sesuatu kosmetik dengan melayari laman sesawang rasmi NPRA www.npra.gov.my. Dikeluarkan oleh:Bahagian Regulatori Farmasi Negara
Melalui:Unit Komunikasi Korporat
Kementerian Kesihatan MalaysiaLAMPIRANSUMBER: Kementerian Kesihatan Malaysia
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:Nama: TIMOTHY PALAVADRAM
Pegawai Perhubungan Awam
Seksyen Pengurusan Respon Awam
Unit Komunikasi Korporat
Kementerian Kesihatan Malaysia
E-mel: timothy.palavadram@moh.gov.my
--BERNAMA