SBC Medical Group Holdings Umum Keputusan Kewangan Suku Kedua 2025

Isnin 18/08/2025

IRVINE, Calif., 18 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- SBC Medical Group Holdings Incorporated (NASDAQ: SBC, “SBC Medical” atau “Syarikat”), pemilik, pengendali dan penyedia perkhidmatan pengurusan serta produk untuk pusat rawatan kosmetik di peringkat global, hari ini mengumumkan keputusan kewangan bagi suku kedua tahun kewangan 2025 (tiga bulan berakhir 30 Jun 2025) serta bagi separuh pertama tahun kewangan 2025 (enam bulan berakhir 30 Jun 2025).

Sorotan Suku Kedua 2025

· Jumlah hasil adalah sebanyak $43 juta, mencatatkan penurunan 18% berbanding tempoh yang sama tahun lalu.
· Pendapatan daripada operasi berjumlah $15 juta, mencatatkan penurunan 47% berbanding tempoh yang sama tahun lalu.
· Pendapatan Bersih yang diagihkan kepada SBC Medical Group ialah $2.5 juta, iaitu penurunan 87% tahun ke tahun.
· Pendapatan sesaham , yang ditakrifkan sebagai pendapatan bersih yang diagihkan kepada Syarikat dibahagi dengan purata wajaran bilangan saham terbitan, ialah $0.02 bagi tempoh tiga bulan berakhir 30 Jun 2025, berbanding $0.20 bagi tempoh yang sama pada 2024.
· EBITDA1 yang dikira dengan menambah perbelanjaan susut nilai dan pelunasan serta kerugian penurunan nilai kepada pendapatan daripada operasi, ialah $15 juta, mencatatkan penurunan 46% tahun ke tahun. Margin EBITDA1 ialah 35% bagi suku kedua 2025, berbanding 53% bagi suku kedua 2024.
· Pulangan atas ekuiti , yang ditakrifkan sebagai pendapatan bersih yang diagihkan kepada Syarikat dibahagi dengan purata ekuiti pemegang saham setakat 30 Jun 2025, adalah 4%, iaitu penurunan sebanyak 44 mata peratusan tahun ke tahun.
· Bilangan Lokasi Francais2 ialah 259 setakat 30 Jun 2025, meningkat sebanyak 36 lokasi berbanding 30 Jun 2024.
· Bilangan pelanggan3 dalam tempoh dua belas bulan berakhir 30 Jun 2025 adalah 6.31 juta, meningkat 14% tahun ke tahun.
· Kadar kunjungan semula bagi pelanggan4 yang mengunjungi klinik francais sebanyak dua kali atau lebih ialah 72%.
 
Sorotan Separuh Pertama 2025
 
· Jumlah hasil ialah $91 juta, mencatatkan penurunan 16% berbanding tempoh yang sama tahun lalu.
· Pendapatan daripada operasi berjumlah $39 juta, menurun 25% tahun ke tahun.
· Pendapatan Bersih yang diagihkan kepada SBC Medical Group ialah $24 juta, iaitu penurunan 36% tahun ke tahun.
· Pendapatan sesaham , yang ditakrifkan sebagai pendapatan bersih yang diagihkan kepada Syarikat dibahagi dengan purata wajaran bilangan saham terbitan, ialah $0.23 bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2025, berbanding $0.40 bagi tempoh yang sama pada 2024.
· EBITDA1 , yang dikira dengan menambah perbelanjaan susut nilai dan pelunasan serta kerugian penurunan nilai kepada pendapatan daripada operasi, ialah $40 juta, mencatatkan penurunan 25% tahun ke tahun. Margin EBITDA1 ialah 44% bagi separuh pertama 2025, berbanding 50% bagi separuh pertama 2024.

Yoshiyuki Aikawa, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif SBC Medical, berkata, “Seperti yang dijangka dan dinyatakan dalam panduan kami sebelum ini, Suku Kedua 2025 mencerminkan perubahan strategik yang bertujuan untuk meletakkan SBC Medical pada kedudukan daya saing dan kebolehskalaan jangka panjang. Jumlah hasil menurun 18% tahun ke tahun kepada $43 juta, terutamanya disebabkan penamatan sepenuhnya perniagaan penyumberan tenaga kerja kami, pelupusan terpilih bagi memperkemas operasi, serta semakan struktur yuran. Kami melaksanakan pelan strategik dengan ketepatan, seperti yang dibuktikan oleh rangkaian 259 Lokasi Francais setakat 30 Jun 2025 dan 6.31 juta lawatan dalam tempoh dua belas bulan lalu — skala yang tiada tandingan di Jepun. Kadar kunjungan semula yang tinggi menegaskan kekuatan jenama Shonan Beauty Clinic kami. Pasaran perbelanjaan pengguna di Jepun berdepan cabaran, termasuk pertumbuhan terbatas akibat sekatan perdagangan dan perbelanjaan pengguna yang berhati-hati. Walaupun berdepan halangan ini, kami berjaya memacu inisiatif utama, termasuk pengambilalihan MB Career Lounge untuk memperkukuh perkhidmatan sokongan pengurusan kami, serta penyertaan JUN CLINIC ke dalam rangkaian kami, yang mempunyai purata perbelanjaan pelanggan yang tinggi. Memandang ke hadapan, kami kekal yakin terhadap peta jalan strategik kami, dengan fokus pada pengoptimuman model francais, merebut peluang pertumbuhan, beralih kepada model dengan margin lebih tinggi, dan memberikan nilai berkekalan kepada para pemegang saham.”

Keputusan Kewangan Suku Kedua 2025

Jumlah hasil ialah $43 juta, menurun 18% tahun ke tahun, terutamanya disebabkan semakan struktur yuran bagi perkhidmatan francais yang dilaksanakan mulai April 2025, penamatan perniagaan perkhidmatan penyumberan tenaga kerja, serta pelupusan SNA dan Kijimadaira, sebahagiannya diimbangi oleh pertumbuhan dalam perolehan, perkhidmatan sewaan, dan sumber hasil lain.

Pendapatan bersih yang diagihkan kepada SBC Medical Group bagi tempoh tiga bulan berakhir 30 Jun 2025 ialah $2.5 juta, berbanding $18.5 juta dalam tempoh yang sama pada 2024. Penurunan ini sebahagian besarnya disebabkan perubahan tidak menguntungkan dalam pendapatan dan perbelanjaan lain, terutamanya akibat kerugian pertukaran mata wang asing yang lebih tinggi.

EBITDA1 ialah $15 juta, menurun 46% tahun ke tahun, terutamanya disebabkan penurunan hasil berikutan penamatan perniagaan perkhidmatan penyumberan tenaga kerja, nyahpenyatuan SNA dan Kijimadaira, serta semakan struktur yuran.

Panggilan Persidangan

Syarikat akan mengadakan panggilan persidangan pada hari Rabu, 13 Ogos 2025 jam 8:30 pagi Waktu Timur AS (atau 9:30 malam Waktu Jepun) untuk membincangkan keputusan kewangan dan menjawab soalan secara langsung.

Sila daftar lebih awal untuk persidangan ini menggunakan pautan di bawah:
https://edge.media-server.com/mmc/p/ukc9sp9j/lan/en/

Pautan tersebut akan membawa anda terus ke halaman pendaftaran “SBC Q2 2025 Financial Results Presentation”. Sila ikuti langkah yang disediakan untuk memasukkan butiran pendaftaran anda, kemudian klik “Submit”. Selepas pendaftaran, anda akan dapat mengakses laman tontonan khas Panggilan Persidangan. Selain menonton panggilan persidangan, laman ini turut menyediakan maklumat tentang para penceramah serta bahan hubungan pelabur terdahulu.

Bermula 10 minit sebelum panggilan persidangan bermula, anda akan dapat melihat bahan pembentangan keputusan kewangan di laman tersebut. Bahan tersebut juga akan tersedia untuk dimuat turun.

Rakaman semula panggilan persidangan akan boleh diakses sehingga 13 Ogos 2026.

Selain itu, siaran keputusan kewangan, slaid pembentangan yang berkaitan, serta rakaman web panggilan persidangan ini akan tersedia di laman web Hubungan Pelabur Syarikat di https://ir.sbc-holdings.com/

Maklumat tentang SBC Medical

SBC Medical, beribu pejabat di Irvine, California dan Tokyo, Jepun, memiliki serta menyediakan perkhidmatan pengurusan dan produk kepada pusat rawatan kosmetik. Syarikat ini terutamanya memberi tumpuan kepada penyediaan perkhidmatan pengurusan menyeluruh kepada klinik francais, termasuk tetapi tidak terhad kepada iklan dan pemasaran di pelbagai platform (seperti media sosial), pengurusan kakitangan (termasuk pengambilan dan latihan), tempahan pelanggan untuk klinik francais, bantuan penyewaan perumahan pekerja francais dan fasiliti klinik, reka bentuk dan pembinaan klinik francais, perolehan peralatan perubatan dan bahan habis pakai untuk dijual semula, pembekalan produk kosmetik kepada klinik francais untuk dijual kepada pelanggan, pelesenan teknologi perubatan (termasuk teknologi yang belum dipatenkan), penggunaan tanda dagangan & jenama, penyelesaian perisian IT, termasuk perundingan perubatan jarak jauh, pengurusan program ganjaran pelanggan (program mata kesetiaan), penyediaan alat pembayaran untuk klinik francais.

Untuk maklumat lanjut, layarihttps://sbc-holdings.com/

Penggunaan Ukuran Kewangan Bukan-GAAP

Syarikat menggunakan ukuran bukan GAAP, seperti EBITDA dan margin EBITDA, dalam menilai keputusan operasinya serta untuk tujuan membuat keputusan kewangan dan operasi. Syarikat percaya bahawa ukuran kewangan bukan GAAP membantu mengenal pasti trend asas dalam perniagaannya. Syarikat juga percaya bahawa ukuran kewangan bukan GAAP memberikan maklumat berguna mengenai keputusan operasi Syarikat, meningkatkan pemahaman keseluruhan terhadap prestasi lampau dan prospek masa hadapan Syarikat, serta membolehkan keterlihatan yang lebih jelas berhubung metrik utama yang digunakan oleh pihak pengurusan Syarikat dalam membuat keputusan kewangan dan operasi.

Ukuran kewangan Bukan-GAAP tidak ditakrifkan di bawah GAAP AS dan tidak dibentangkan mengikut piawaian tersebut. Ukuran kewangan Bukan-GAAP mempunyai kelemahan sebagai alat analisis, dan dalam menilai prestasi operasi, aliran tunai, atau kecairan syarikat, para pelabur tidak seharusnya menggunakannya secara berasingan atau sebagai pengganti kepada kerugian bersih, aliran tunai daripada aktiviti operasi, atau data lain dalam penyata operasi dan aliran tunai yang disediakan mengikut GAAP AS.

Syarikat mengurangkan kelemahan ini dengan mendamaikan ukuran kewangan Bukan-GAAP kepada ukuran prestasi GAAP AS yang paling setara. Semua ukuran ini harus dipertimbangkan semasa menilai prestasi syarikat.

Untuk maklumat lanjut tentang ukuran kewangan Bukan-GAAP, sila rujuk jadual bertajuk “Penyelarasan Tidak Diaudit bagi Keputusan GAAP dan Bukan-GAAP.”

Penyataan Berpandangan Ke Hadapan

Kenyataan akhbar ini mengandungi penyataan berpandangan ke hadapan. Penyataan berpandangan ke hadapan bukanlah fakta sejarah atau kenyataan mengenai keadaan semasa, sebaliknya ia hanya mewakili kepercayaan Syarikat mengenai peristiwa dan prestasi masa depan, yang kebanyakannya, secara semula jadi, adalah tidak pasti dan di luar kawalan Syarikat. Penyataan berpandangan ke hadapan ini mencerminkan pandangan semasa Syarikat berkenaan, antara lain, prestasi kewangan Syarikat; pertumbuhan hasil dan pendapatan; prospek dan peluang perniagaan; serta rancangan pengagihan modal dan kecairan. Dalam beberapa kes, penyataan berpandangan ke hadapan boleh dikenal pasti melalui penggunaan perkataan seperti “mungkin,” “sepatutnya,” “menjangkakan,” “mengantisipasi,” “mempertimbangkan,” “menganggarkan,” “percaya,” “merancang,” “diunjurkan,” “meramalkan,” “berpotensi,” atau “berharap” atau negatif kepada istilah-istilah ini atau istilah lain yang serupa. Syarikat menasihatkan para pembaca supaya tidak terlalu bergantung kepada mana-mana penyataan berpandangan ke hadapan ini, yang hanya sah pada tarikh kenyataan ini dikeluarkan dan tertakluk kepada pelbagai risiko, ketidakpastian, andaian, atau perubahan keadaan yang sukar untuk diramalkan atau diukur. Penyataan berpandangan ke hadapan ini adalah berdasarkan jangkaan semasa pihak pengurusan dan bukan jaminan prestasi masa depan. Syarikat tidak menanggung sebarang kewajipan untuk mengumumkan secara awam sebarang kemas kini atau semakan terhadap mana-mana penyataan berpandangan ke hadapan bagi mencerminkan sebarang perubahan dalam jangkaan Syarikat atau perubahan dalam peristiwa, keadaan, atau situasi yang menjadi asas kepada penyataan tersebut, kecuali jika dikehendaki oleh undang-undang. Faktor-faktor yang boleh menyebabkan keputusan sebenar berbeza dengan ketara daripada jangkaan semasa mungkin timbul dari semasa ke semasa, dan Syarikat tidak dapat meramalkan kesemuanya; faktor-faktor ini termasuk, antara lain, perubahan dalam keadaan ekonomi, perniagaan, persaingan, pasaran dan peraturan secara global, serantau, atau tempatan, dan juga yang disenaraikan di bawah tajuk “Faktor Risiko” dan tempat lain dalam pemfailan Syarikat dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa A.S. (SEC), yang boleh diakses di laman web SEC di: www.sec.gov.

 
1EBITDA dan Margin EBITDA ialah ukuran kewangan bukan GAAP. Untuk maklumat lanjut mengenai ukuran kewangan bukan GAAP, sila rujuk bahagian “Penggunaan Ukuran Kewangan Bukan GAAP” dan jadual bertajuk “Penyelarasan Tidak Diaudit antara Keputusan GAAP dan Bukan GAAP”.
2 Angka tersebut mengambil kira francais bagi klinik jenama SBC, Rize Clinic, Gorilla Clinic, AHH dan JUN CLINIC 
3Bilangan pelanggan mengambil kira pelanggan klinik jenama SBC, Rize Clinic, Gorilla Clinic, dan AHH Clinic, tetapi tidak termasuk pelanggan JUN CLINIC, serta tidak mengambil kira pelanggan yang menerima kaunseling percuma. Tempoh yang terlibat adalah dari 1 Julai 2024 hingga 30 Jun 2025 
4 Angka tersebut merangkumi francais bagi klinik jenama SBC, Rize Clinic, dan Gorilla Clinic, tetapi tidak termasuk pelanggan AHH Clinic dan JUN CLINIC, serta tidak mengambil kira pelanggan yang menerima kaunseling percuma. Peratusan ini merujuk kepada pelanggan yang mengunjungi klinik francais kami sebanyak dua kali atau lebih.


SBC MEDICAL GROUP HOLDINGS INCORPORATED
PENYATA KEWANGAN YANG DISATUKAN BELUM AUDIT
   30 Jun,
 2025
   31 Disember,
 2024
 
 ASET        
 Aset semasa:        
Wang tunai dan setara tunai $152,740,882  $125,044,092 
Akaun belum terima  2,350,368   1,413,433 
Akaun belum terima – pihak berkaitan  48,920,843   28,846,680 
Inventori  1,705,237   1,494,891 
Pajakan kewangan belum terima, semasa – pihak berkaitan  9,128,931   5,992,585 
Pinjaman pelanggan belum terima, semasa  10,552,623   10,382,537 
Perbelanjaan prabayar dan aset semasa yang lain  14,051,746   11,276,802 
Penghutang lain – pihak berkaitan  1,891,408    
 Jumlah aset semasa   241,342,038    184,451,020 
         
 Aset bukan semasa:        
Harta dan peralatan, bersih  8,058,016   8,771,902 
Aset tak nyata, bersih  1,584,543   1,590,052 
Pelaburan jangka panjang, bersih  3,593,087   3,049,972 
Muhibah, bersih  5,011,511   4,613,784 
Mata wang kripto  535,882    
Pajakan kewangan belum terima, bukan semasa – pihak berkaitan  13,197,979   8,397,582 
Aset hak guna pajakan operasi  4,583,393   5,267,056 
Aset hak guna pajakan kewangan  516,932    
Aset cukai tertangguh  2,343,302   9,798,071 
Pinjaman pelanggan belum terima, bukan semasa  5,934,636   5,023,551 
Bayaran pendahuluan jangka panjang  1,755,292   1,745,801 
Pelaburan jangka panjang dalam MC – pihak berkaitan  19,381,422   17,820,910 
Aset lain  7,461,224   15,553,453 
 Jumlah aset bukan semasa   73,957,219    81,632,134 
 Jumlah aset  $ 315,299,257   $ 266,083,154 
         
 LIABILITI DAN EKUITI PEMEGANG SAHAM        
         
 Liabiliti semasa:        
Akaun belum bayar $16,290,206  $13,875,179 
Akaun belum bayar – pihak berkaitan  3,245,989   659,044 
Bahagian semasa pinjaman jangka panjang  69,420   96,824 
Nota dan hutang lain, semasa – pihak berkaitan  3,272,048   26,255 
Pendahuluan daripada pelanggan  512,123   820,898 
Pendahuluan daripada pelanggan – pihak berkaitan  10,333,007   11,739,533 
Cukai pendapatan perlu dibayar  14,133,163   18,705,851 
Liabiliti pajakan operasi, semasa  3,623,871   4,341,522 
Liabiliti pajakan kewangan, semasa  161,340    
Liabiliti terakru dan liabiliti semasa yang lain  6,229,797   8,103,194 
Hutang kepada pihak berkaitan  2,810,647   2,823,590 
 Jumlah liabiliti semasa   60,681,611    61,191,890   
 
 
SBC MEDICAL GROUP HOLDINGS INCORPORATED
PENYATA KEWANGAN YANG DISATUKAN BELUM AUDIT — (Sambungan)
   30 Jun,
 2025
   31 Disember,
 2024
 
 Liabiliti bukan semasa:        
Pinjaman jangka panjang  7,031,506   6,502,682 
Nota dan hutang lain, bukan semasa – pihak berkaitan     5,334 
Liabiliti cukai tertangguh  353,517   926,023 
Liabiliti pajakan operasi, bukan semasa  1,208,516   1,241,526 
Liabiliti pajakan kewangan, bukan semasa  164,721    
Liabiliti lain  1,206,815   1,193,541 
 Jumlah liabiliti bukan semasa   9,965,075    9,869,106 
 Jumlah liabiliti   70,646,686    71,060,996 
         
 Ekuiti pemegang saham:        
Saham pilihan ($0.0001 nilai tara, 20,000,000 saham dibenarkan; tiada saham yang diterbitkan dan belum dijelaskan pada 30 Jun 2025 dan 31 Disember 2024)      
Saham biasa ($0.0001 nilai tara, 400,000,000 saham dibenarkan, 103,881,251 dan 103,020,816 saham yang diterbitkan, masing-masing 103,098,442 dan 102,750,816 saham tertunggak pada 30 Jun dan 22 Disember)  10,388   10,302 
Modal berbayar tambahan  72,196,114   62,513,923 
Stok perbendaharaan (pada kos, 782,809 dan 270,000 saham pada 30 Jun 2025 dan 31 Disember 2024, masing-masing)  (5,115,262)  (2,700,000)
Pendapatan tersimpan  213,423,693   189,463,007 
Kerugian komprehensif lain yang terkumpul  (35,922,942)  (54,178,075)
 Jumlah ekuiti pemegang saham SBC Medical Group Holdings Incorporated   244,591,991    195,109,157 
Faedah bukan kawalan  60,580   (86,999)
 Jumlah ekuiti pemegang saham   244,652,571    195,022,158 
 Jumlah liabiliti dan ekuiti pemegang saham  $ 315,299,257   $ 266,083,154 
 Nota yang disertakan adalah sebahagian penting daripada penyata kewangan disatukan belum audit ini.
 
 
SBC MEDICAL GROUP HOLDINGS INCORPORATED
PENYATA OPERASI DAN PENDAPATAN KOMPREHENSIF YANG DISATUKAN
BELUM AUDIT
   Untuk Tiga Bulan Berakhir
 30 Jun,
   Untuk Enam Bulan Berakhir
 30 Jun,
 
   2025   2024   2025   2024 
Hasil, bersih – pihak berkaitab $38,944,898  $51,039,038  $84,202,043  $101,509,245 
Hasil, bersih  4,413,949   2,063,042   6,485,505   6,400,877 
 Jumlah hasil, bersih   43,358,847    53,102,080    90,687,548    107,910,122 
Kos hasil (termasuk kos hasil daripada pihak berkaitan sebanyak $4,669,602 dan $3,616,103 untuk tiga bulan berakhir 30 Jun 2025 dan 2024, dan masing-masing $8,126,530 dan $5,413,462 untuk enam bulan berakhir 30 Jun 2024)  13,348,270   13,682,405   22,943,887   28,971,072 
 Untung kasar   30,010,577    39,419,675    67,743,661    78,939,050 
                 
 Perbelanjaan operasi:                
Perbelanjaan jualan, am dan pentadbiran (termasuk perbelanjaan jualan, am dan pentadbiran daripada pihak berkaitan masing-masing sebanyak $415,767 dan tiada bagi tiga bulan berakhir 30 Jun 2025 dan 2024 dan $415,767 dan tiada bagi enam bulan berakhir 30 Jun 2025 dan 2024)  15,456,385   12,129,115   28,987,395   27,187,605 
 Jumlah perbelanjaan operasi   15,456,385    12,129,115    28,987,395    27,187,605 
                 
 Pendapatan daripada operasi   14,554,192    27,290,560    38,756,266    51,751,445 
                 
 Pendapatan lain (perbelanjaan):                
Pendapatan faedah  22,882   11,644   78,215   29,333 
Perbelanjaan faedah  (49,651)  (7,424)  (55,858)  (10,432)
Pendapatan lain  33,771   306,291   185,099   655,972 
Perbelanjaan lain  (1,132,465)  (514,636)  (2,829,724)  (1,951,292)
Keuntungan daripada penebusan polisi insurans hayat        8,746,138    
Perubahan dalam nilai saksama mata wang kripto  111,632      111,632    
Keuntungan daripada pelupusan anak syarikat           3,813,609 
 Jumlah pendapatan lain (perbelanjaan)   (1,013,831 )   (204,125 )   6,235,502    2,537,190 
                 
 Pendapatan sebelum cukai pendapatan   13,540,361    27,086,435    44,991,768    54,288,635 
                 
Perbelanjaan cukai pendapatan  11,100,509   8,529,110   21,059,966   16,981,094 
                 
 Pendapatan bersih   2,439,852    18,557,325    23,931,802    37,307,541 
Tolak: pendapatan bersih (kerugian) yang boleh dikaitkan dengan faedah bukan kawalan  (18,388)  72,917   (28,884)  65,381 
 Pendapatan bersih yang boleh diagihkan kepada SBC Medical Group Holdings Incorporated  $ 2,458,240   $ 18,484,408   $ 23,960,686   $ 37,242,160 
                 
 Pendapatan komprehensif lain (kerugian):                
Pelarasan penterjemahan mata wang asing $8,623,269  $(9,046,549) $18,431,596  $(19,240,401)
 Jumlah pendapatan komprehensif   11,063,121    9,510,776    42,363,398    18,067,140 
Tolak: pendapatan komprehensif (kerugian) yang dikaitkan dengan faedah bukan kawalan  184,411   22,000   147,579   (70,000)
 Pendapatan komprehensif yang boleh diagihkan kepada SBC Medical Group Holdings Incorporated  $ 10,878,710   $ 9,488,776   $ 42,215,819   $ 18,137,140 
                 
 Pendapatan bersih sesaham yang boleh diagihkan kepada SBC Medical Group Holdings Incorporated*                
Asas dan cair $0.02  $0.20  $0.23  $0.40 
 Purata wajaran saham terkumpul*                
Asas dan cair  103,507,249   94,192,433   103,392,580   94,192,433 
*Disemak semula secara retrospektif bagi mengambil kira kesan penyusunan semula modal songsang pada 17 September 2024.
                  
Nota yang disertakan adalah sebahagian penting daripada penyata kewangan disatukan belum audit ini.
 
  
SBC MEDICAL GROUP HOLDINGS INCORPORATED
PENYATA ALIRAN TUNAI YANG DISATUKAN BELUM AUDIT
   Untuk Enam Bulan Berakhir
 30 Jun,
 
   2025   2024 
 ALIRAN TUNAI DARIPADA AKTIVITI OPERASI        
Pendapatan bersih $23,931,802  $37,307,541 
 Pelarasan untuk menyelaraskan pendapatan bersih kepada tunai bersih yang disediakan oleh (digunakan dalam) aktiviti operasi:        
Perbelanjaan susut nilai dan pelunasan  1,264,405   1,849,422 
Perbelanjaan pajakan bukan tunai  2,185,744   1,923,890 
Peruntukan untuk kerugian kredit  283,752   62,804 
Perubahan nilai saksama pelaburan jangka panjang  384,523   1,045,557 
Keuntungan daripada pelupusan anak syarikat     (3,813,609)
Keuntungan daripada penebusan polisi insurans hayat  (8,746,138)   
Keuntungan daripada pelupusan harta dan peralatan  (10,804)  (902)
Perubahan dalam nilai saksama mata wang kripto  (111,632)   
Cukai pendapatan tertangguh  7,452,983   (3,322,728)
 Perubahan dalam aset dan liabiliti operasi:        
Akaun belum terima  (789,577)  (1,423,412)
Akaun belum terima – pihak berkaitan  (17,039,113)  5,843,499 
Inventori  (717,972)  561,921 
Pajakan kewangan belum terima – pihak berkaitan  (6,482,967)  (1,759,556)
Pinjaman pelanggan belum terima  8,081,703   7,521,267 
Perbelanjaan prabayar dan aset semasa yang lain  (1,349,225)  (1,488,347)
Bayaran pendahuluan jangka panjang  211,988   (41,412)
Aset lain  85,907   (1,007,431)
Akaun belum bayar  1,165,217   (8,960,556)
Akaun belum bayar – pihak berkaitan  2,455,865    
Nota dan hutang lain – pihak berkaitan  (5,031,570)  (5,101,368)
Pendahuluan daripada pelanggan  (369,616)  (755,977)
Pendahuluan daripada pelanggan – pihak berkaitan  (2,363,891)  (4,663,233)
Cukai pendapatan perlu dibayar  (6,030,526)  5,462,133 
Liabiliti pajakan operasi  (2,275,398)  (1,998,196)
Liabiliti terakru dan liabiliti semasa yang lain  (2,508,035)  (4,444,172)
Liabiliti lain  (88,593)  77,625 
 TUNAI BERSIH DISEDIAKAN OLEH (DIGUNAKAN DALAM) AKTIVITI OPERASI   (6,411,168 )   22,874,760 
         
 ALIRAN TUNAI DARIPADA AKTIVITI PELABURAN        
Pembelian hartanah dan peralatan  (560,431)  (1,565,333)
Pembelian nota boleh tukar     (1,700,000)
Bayaran pendahuluan untuk harta dan peralatan  (705,351)   
Pendahuluan kepada pihak berkaitan     (617,804)
Pembayaran dibuat bagi pihak pihak berkaitan  (1,836,541)  (5,245,990)
Pembelian pelaburan jangka panjang  (652,555)   
Pembelian mata wang kripto  (424,250)   
Pinjaman jangka panjang kepada pihak lain  (13,134)  (62,489)
Bayaran balik daripada pihak berkaitan  70,000   555,000 
Bayaran balik daripada pihak lain  56,307   44,748 
Hasil daripada penebusan polisi insurans hayat  17,735,717    
Pelupusan anak syarikat, jumlah bersih daripada tunai yang dilupuskan     (815,819)
Hasil daripada pelupusan harta dan peralatan  1,728,236   1,971 
 TUNAI BERSIH DISEDIAKAN OLEH (DIGUNAKAN DALAM) AKTIVITI PELABURAN   15,397,998    (9,405,716   )
 
 
SBC MEDICAL GROUP HOLDINGS INCORPORATED
PENYATA ALIRAN TUNAI YANG DISATUKAN BELUM AUDIT — (Sambungan)
   Untuk Enam Bulan Berakhir
 30 Jun,
 
   2025   2024 
 ALIRAN TUNAI DARIPADA AKTIVITI PEMBIAYAAN        
Pinjaman daripada pihak berkaitan  15,000    
Pembayaran balik pinjaman jangka panjang  (74,256)  (59,217)
Pembayaran balik liabiliti pajakan kewangan  (278,097)   
Pembayaran balik kepada pihak berkaitan  (27,943)  (50,124)
Belian semula saham biasa  (2,415,262)   
Sumbangan yang dianggap berkaitan dengan pengubahsuaian harga ke atas pelupusan harta dan peralatan  9,682,277    
 TUNAI BERSIH DISEDIAKAN OLEH (DIGUNAKAN DALAM) AKTIVITI PEMBIAYAAN   6,901,719    (109,341 )
         
Kesan perubahan kadar pertukaran  11,808,241   (12,679,865)
         
 PERUBAHAN BERSIH DALAM TUNAI DAN SETARAF TUNAI   27,696,790    679,838 
 TUNAI DAN SETARAF TUNAI PADA AWAL TEMPOH   125,044,092    103,022,932 
 TUNAI DAN SETARAF TUNAI PADA AKHIR TEMPOH  $ 152,740,882   $ 103,702,770 
         
 PENDEDAHAN TAMBAHAN MAKLUMAT ALIRAN TUNAI        
Tunai dibayar untuk perbelanjaan faedah $55,858  $10,432 
Tunai yang dibayar untuk cukai pendapatan, bersih $19,637,454  $16,191,178 
         
 AKTIVITI PELABURAN DAN PEMBIAYAAN BUKAN TUNAI        
Harta dan peralatan dipindahkan daripada bayaran pendahuluan jangka panjang $246,188  $ 
Aset hak guna pajakan operasi yang diperoleh sebagai pertukaran untuk liabiliti pajakan operasi $104,437  $ 
Aset hak guna pajakan kewangan yang diperoleh sebagai pertukaran untuk liabiliti pajakan kewangan $612,466  $ 
Pengukuran semula liabiliti pajakan operasi dan aset hak guna akibat pengubahsuaian pajakan $1,160,680  $1,376,034 
Pemiutang kepada pihak berkaitan yang berkaitan dengan perkhidmatan pinjaman yang disediakan $8,175,342  $16,085,387 
Terbitan saham biasa sebagai saham insentif $86  $ 
 Nota yang disertakan adalah sebahagian penting daripada penyata kewangan disatukan belum audit ini. .
 
  
PENYELARASAN UKURAN KEWANGAN GAAP KEPADA BUKAN GAAP
SBC MEDICAL GROUP HOLDINGS INCORPORATED
Penyelarasan Belum Diaudit antara Keputusan GAAP dan Bukan GAAP
   Untuk Tiga Bulan Berakhir
 30 Jun,
   Untuk Enam Bulan Berakhir
 30 Jun,
 
   2025   2024   2025   2024 
Jumlah hasil, bersih $43,358,847  $53,102,080  $90,687,548   107,910,122 
Pendapatan daripada operasi  14,554,192   27,290,560   38,756,266   51,751,445 
Perbelanjaan susut nilai dan pelunasan  636,101   830,945   1,264,405   1,849,422 
 EBITDA  15,190,293   28,121,505   40,020,671   53,600,867 
 Margin EBITDA   35%  53%  44%  50%
Nota yang disertakan adalah sebahagian penting daripada penyata kewangan disatukan belum audit ini.


Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 

Hubungi

 Di Asia:
 SBC Medical Group Holdings Incorporated
 Hikaru Fukui / Ketua Perhubungan Pelabur
 E-mel: ir@sbc-holdings.com

 Di AS:
 ICR LLC
 Bill Zima / Rakan Kongsi Pengurus
 E-mel: bill.zima@icrinc.com
  
Sumber: SBC Medical Group Holdings Incorporated

--BERNAMA
+