Jumaat 22/08/2025
ABU DHABI, Emiriah Arab Bersatu, 22 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Masdar diberi penarafan kredit ‘AA-’ dengan prospek stabil oleh S&P Global Ratings, sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju tenaga bersih global.
Penarafan baharu ini mencerminkan kedudukan global Masdar yang pelbagai, prospek pertumbuhan kukuh serta dasar kewangan berdisiplin, termasuk penggunaan hasil bon hijau bagi membiayai pembinaan projek baharu.
Dengan penarafan kredit tertinggi kini diperoleh daripada Moody’s (A1), Fitch (AA-) dan S&P (AA-), Masdar terus diiktiraf sebagai salah satu syarikat tenaga boleh diperbaharui paling kukuh dari segi kewangan di dunia. Ini membolehkan syarikat meneruskan pengembangan secara bertanggungjawab dan menyampaikan kemajuan inklusif di pasaran antarabangsa utama.
Penarafan ini turut diperkukuh oleh sokongan padu daripada tiga pemegang saham syarikat – Abu Dhabi National Oil Company (ADNOC), Mubadala Investment Company dan Abu Dhabi National Energy Company PJSC (TAQA) serta Kerajaan Abu Dhabi.
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
Hubungi
press@masdar.ae
Sumber: Masdar
--BERNAMA