L&T Technology Services Melancarkan PLxAI, Rangka Kerja GenAI Proprietari untuk Mempercepatkan Pembangunan Produk

Jumaat 22/08/2025

Table
Dengan mempercepatkan kadar inovasi dan mengoptimumkan kos merentasi pembangunan produk, PLxAI siap sedia untuk mentakrifkan semula cara perniagaan mendekati pembangunan produk.
 
PLxAI mempercepatkan pembangunan produk merentasi peringkat kitaran hayat; seni bina serba boleh memudahkan ia disesuaikan untuk PDLC Terbenam dan Perisian.

BANGALORE, India, 22 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- L&T Technology Services (BSE: 540115, NSE: LTTS), mengumumkan pelancaran PLxAI, rangka kerja proprietari berasaskan GenAI syarikat ini untuk mempercepatkan Kitaran Hayat Pembangunan Produk (PDLC) bagi pelanggan globalnya merentasi bidang Mobiliti, Kelestarian, dan Teknologi. Dibangunkan oleh pakar PDLC SME, yang berpengalaman luas, rangka kerja ini menggunakan gabungan AI Generatif dan AI Konvensional untuk hab sehenti dalam membangunkan penyelesaian berskala dan boleh diguna semula di semua peringkat PDLC, daripada reka bentuk konsep hingga sokongan perkhidmatan selepas pasaran.

Ia menggabungkan ciri-ciri canggih seperti penangkapan dan pemanfaatan pengetahuan sedia ada, termasuk pengetahuan organisasi dan pengetahuan tidak formal, untuk menyampaikan pandangan berasaskan konteks yang meningkatkan serta mengoptimumkan kejuruteraan produk.

PLxAI mengintegrasikan gesaan pintar dan kecerdasan berasaskan konteks, sekali gus mempertingkatkan kejuruteraan produk daripada konsep dan reka bentuk hingga pengesahan serta sokongan selepas pasaran. Sehingga kini, pasukan LTTS telah pun melaksanakan lebih daripada 36 kes penggunaan merentasi pelbagai tahap kitaran hayat (dalam pelbagai tahap pelaksanaan) dan tambahan 35 kes penggunaan pada fasa reka bentuk merentasi:

· Reka Bentuk Konsep : Pembantu inovasi untuk penanda aras daya saing dan penerokaan teknologi,
· Reka Bentuk Komponen : Pembantu reka bentuk untuk menjana spesifikasi, rajah dan pengiraan,
· Perancangan Pengesahan : Penciptaan automatik Rancangan Pengesahan Reka Bentuk dan templat DFMEA.,
· Analisis Mod Kegagalan : Penjanaan FMEA boleh suai menggunakan templat organisasi,
· Integrasi Berkembar Digital : Menyokong aliran kerja ujian fizikal dan maya, dan
· Aliran Kerja Agentik : Ejen proaktif yang mengautomasikan berbilang langkah tugasan kejuruteraan.

Bercakap di majlis tersebut, Alind Saxena, Presiden & Pengarah Eksekutif - Mobiliti & Tech di L&T Technology Services Limited berkata, “Ini merupakan satu pencapaian yang membanggakan bagi Pasukan LTTS. Pembangunan PLxAI oleh pakar AI dalaman kami merupakan bukti keupayaan kejuruteraan dan teknologi LTTS. Ia sekali lagi menegaskan komitmen mendalam kami untuk mendorong kejayaan pelanggan global merentasi Mobiliti, Kelestarian dan Teknologi dengan memanfaatkan kuasa AI dan penawaran berasaskan Gen-AI. Sambutan daripada pelanggan global kami amat memberangsangkan, dengan pelaksanaan yang sudah pun dijalankan merentasi pelbagai bidang.”

Dengan mempercepatkan kadar inovasi dan mengoptimumkan kos merentasi pembangunan produk, PLxAI menjanjikan satu penawaran transformatif yang dijangka akan mentakrifkan semula cara perniagaan mendekati pembangunan produk, sekali gus membuka laluan baharu untuk pertumbuhan dan kecekapan.

Maklumat Tentang L&T Technology Services Ltd

L&T Technology Services (LTTS) ialah peneraju global dalam perkhidmatan kejuruteraan dan teknologi. Sebagai anak syarikat tersenarai di bawah Larsen & Toubro (L&T), kami menawarkan perkhidmatan reka bentuk, pembangunan, pengujian dan penyelenggaraan merentasi produk dan proses.

Bermatlamat. Tangkas. Inovasi. ialah cara kami memacu pertumbuhan merentasi segmen Mobiliti, Kelestarian dan Teknologi. Pangkalan pelanggan kami merangkumi 69 syarikat Fortune 500 dan 57 syarikat ER&D yang terkemuka dalam bidang produk perindustrian, peranti perubatan, pengangkutan, telekom & teknologi tinggi, serta industri proses. Beribu pejabat di India, kami mempunyai lebih 23,600 orang kakitangan di 23 pusat reka bentuk global, 30 pejabat jualan global dan 105 makmal inovasi setakat 30 Jun 2025.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi https://www.LTTS.com/

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada: https://www.businesswire.com/news/home/20250820777125/en
 
Contacts

Hubungan Media:
Aniruddha Basu
L&T Technology Services Limited
E: Aniruddha.Basu@LTTS.com  

Sumber: L&T Technology Services

--BERNAMA 
+