The Marriott Vacation Clubs™ Mengembangkan Sayap di Asia Pasifik dengan Resort Baharu di Khao Lak, Thailand serta Pertumbuhan di Bali dan Shanghai

Khamis 28/08/2025

Table
Marriott Vacation Club, Khao Lak Beach Resort menawarkan pemandangan indah Laut Andaman. Gambar menunjukkan JW Marriott, Khao Lak Resort & Spa.


Marriott Vacation Club, Khao Lak Beach Resort menjadi resort pemilikan percutian ketujuh jenama ini di Asia Pasifik, sekali gus mengukuhkan permintaan yang semakin meningkat di rantau tersebut


ORLANDO, Fla., 28 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- The Marriott Vacation Clubs ™, koleksi jenama pemilikan percutian di bawah Marriott Vacations Worldwide Corporation, memperluas kehadirannya di Asia Pasifik dengan pembukaan Marriott Vacation Club, Khao Lak Beach Resort di Thailand pada Ogos ini. Resort baharu ini merupakan sebahagian daripada pertumbuhan serantau yang lebih meluas, termasuk pembangunan baharu di Marriott’s Enclave at Bali Nusa Dua Terrace dan apartmen baharu di Marriott’s Bali Nusa Dua Terrace, serta pengembangan pusat panggilan pemasaran The Marriott Vacation Club di Shanghai.

“Pelaburan berterusan kami di Asia Pasifik, termasuk pembukaan resort baharu dan pengembangan operasi pusat panggilan, mencerminkan komitmen jangka panjang kami terhadap rantau ini,” kata John Geller, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Marriott Vacations Worldwide. “Seiring minat terhadap pemilikan percutian yang terus meningkat dalam kalangan pelancong Asia serta Pemilik dan Ahli antarabangsa, kami teruja untuk memperkukuh kehadiran kami dan menawarkan pengalaman luar biasa yang menggabungkan kekayaan budaya dengan kualiti dipercayai daripada portfolio The Marriott Vacation Clubs.”

Pengenalan Marriott Vacation Club, Khao Lak Beach Resort

Pada Ogos 2025, The Marriott Vacation Clubs akan memperkenalkan destinasi terbarunya: Marriott Vacation Club, Khao Lak Beach Resort. Terletak dalam persekitaran indah JW Marriott Khao Lak Resort & Spa, hanya 90 minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Phuket, sebanyak 52 Family Suites akan diubah suai dengan teliti menjadi apartmen pemilikan percutian 2 bilik tidur yang luas dengan empat jenis susun atur berbeza. Direka untuk menampung sehingga lima tetamu, setiap apartmen menggabungkan kehangatan seni bina Selatan Thai dengan perabot tradisional serta karya seni tempatan. Sesuai untuk penginapan jangka panjang, ruang ini menampilkan ruang tamu dan makan yang luas serta bilik tidur yang selesa.

Reka bentuk seni bina resort baharu ini diinspirasikan daripada rumah tradisional gaya Lanna, dengan elemen jati, bumbung berbentuk pelana yang ringkas, panel kayu hangat, serta serambi luas yang membingkai pemandangan gunung Khao Lak. Pemilik, Ahli dan tetamu turut berpeluang menikmati kemudahan JW Marriott Khao Lak Resort & Spa’s Garden, sebahagian daripada komitmen resort terhadap masa depan yang lestari. JW Garden membekalkan hasil segar organik ke restoran resort dengan lebih 200 jenis buah-buahan, sayur-sayuran dan herba. Tetamu juga boleh menyertai kelas dan bengkel interaktif berkaitan pertanian, kelestarian dan kesejahteraan. Pendekatan lestari turut diperkukuh di Marriott Vacation Club, Khao Lak Beach Resort melalui inisiatif yang mengurangkan impak alam sekitar. Antara usaha ini termasuk penghapusan penggunaan plastik sekali guna di seluruh resort, penggunaan botol air kaca boleh guna semula di bilik tetamu, serta kad kunci daripada buluh sebagai alternatif semula jadi dan mudah lupus ganti plastik.

Sebagai sebahagian daripada kampus JW Marriott Khao Lak Resort & Spa, Pemilik, Ahli dan tetamu di Marriott Vacation Club, Khao Lak Beach Resort turut akan menikmati pelbagai kemudahan, termasuk kolam renang lagun sepanjang satu setengah batu yang terbesar di Asia Tenggara, kolam renang kanak-kanak, 11 restoran dan bar kolam renang. Menjelang akhir 2026, kemudahan tambahan seperti gelanggang pickleball dan bola keranjang, padang golf pengembaraan serta basikal untuk menerokai kawasan sekitar juga dijangka tersedia.

“Thailand sedang menyaksikan kebangkitan semula pelancongan yang ketara, didorong oleh inisiatif kerajaan berwawasan seperti kemasukan tanpa visa, peningkatan akses penerbangan, kempen nasional mempromosikan pelancongan, serta minat global baharu yang tercetus melalui penggambaran filem antarabangsa di sini. Minat terhadap destinasi pelbagai di negara ini semakin melonjak,” kata Lee Dowling, Naib Presiden Kanan dan Pengarah Urusan, Asia Pasifik, Eropah dan Timur Tengah. “Kemunculan sulung Marriott Vacation Club, Khao Lak Beach Resort menandakan pengembangan yang tepat pada masanya dan strategik untuk The Marriott Vacation Clubs, selaras dengan permintaan yang semakin meningkat daripada Pemilik, Ahli dan tetamu kami terhadap pengalaman percutian bermakna di Asia Pasifik. Dengan keindahan pantai, warisan budaya yang kaya serta profilnya yang semakin meningkat sebagai destinasi santai, Khao Lak menjadi pilihan semula jadi bagi pengalaman menginap mendalam seperti yang dijangkakan oleh Pemilik dan Ahli kami.”

Kerja pembinaan apartmen tambahan telah bermula pada Mac lalu dengan upacara pecah tanah rasmi yang merangkumi ritual Brama dan majlis keberkatan oleh sami Buddha Thailand bagi menghormati serta memberkati tanah tersebut. Selain itu, sebuah galeri jualan baharu dijangka dibuka pada awal 2026. Direka khas untuk menawarkan pengalaman yang benar-benar imersif, ruang ini akan memperkenalkan tetamu kepada dunia pemilikan percutian melalui pameran interaktif mengenai portfolio global dan destinasi pelbagai jenama ini. Galeri ini juga akan menampilkan elemen reka bentuk Thai seperti kehijauan tropika yang subur, serta palet warna neutral hangat, hijau celadon dan biru kelabu lembut bagi mencetuskan suasana tempatan. Tempahan kini dibuka untuk penginapan sewaan masa hadapan di www.MarriottVacationClubs.com, manakala Pemilik dan Ahli dalam Abound by Marriott Vacations™ boleh menggunakan Club Points untuk membuat tempahan penginapan dengan daftar masuk bermula 28 Ogos 2025.

Pertumbuhan Berterusan dalam Tawaran Percutian di Bali

The Marriott Vacation Clubs merancang untuk memperkenalkan 32 apartmen baharu sebagai sebahagian daripada pengembangan Marriott’s Bali Nusa Dua Terrace pada awal 2026. Penginapan baharu ini merangkumi 16 apartmen satu bilik tidur dan 16 apartmen dua bilik tidur, masing-masing dilengkapi dapur lengkap serta kolam renang peribadi. Pemilik, Ahli dan tetamu juga akan menikmati akses ke kolam renang seluas 2,200 kaki persegi dan dek matahari seluas 4,500 kaki persegi, dengan bar kolam dan kabana peribadi.

Selain itu, jenama ini akan membuka Marriott’s Enclave at Bali Nusa Dua Terrace pada tahun depan dalam kawasan sedia ada Marriott’s Bali Nusa Dua Terrace. Apartmen dua tingkat yang berdiri sendiri ini akan menawarkan 13 unit dua bilik tidur dan 13 unit tiga bilik tidur, setiap satunya dilengkapi kolam renang dan dapur peribadi. Marriott’s Enclave at Bali Nusa Dua Terrace turut menampilkan lobi/ruang daftar masuk khusus, kelab kanak-kanak, studio kecergasan, bar kolam serta lounge eksklusif untuk Pemilik.

Pemilik, Ahli dan tetamu di kedua-dua hartanah akan menikmati akses penuh kepada kemudahan di Renaissance Bali Nusa Dua Resort yang terletak bersebelahan, termasuk lima restoran dan bar, kolam renang, spa perkhidmatan penuh serta pusat kecergasan.

Pengembangan Operasi Pusat Panggilan di Shanghai

The Marriott Vacation Clubs memperluaskan pusat panggilan pemasaran di Shanghai dan secara rasmi membuka pejabat baharu pada musim panas 2025 dengan tenaga kerja yang lebih besar, meningkat daripada 80 kepada 125 kakitangan bagi menyokong permintaan yang semakin meningkat dalam kalangan Pemilik, Ahli dan pelancong dari China. Pusat panggilan ini menyediakan sokongan pemasaran dan penglibatan khusus, memainkan peranan penting dalam memperkukuh hubungan di seluruh rantau.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai The Marriott Vacation Clubs, sila layari www.MarriottVacationClubs.com.

Maklumat tentang The Marriott Vacation Clubs™   
     
The Marriott Vacation Clubs™ merupakan sebahagian daripada Marriott Vacations Worldwide Corporation, dan merupakan portfolio jenama pemilikan percutian terkemuka dengan lebih daripada 90 hartanah di seluruh A.S., Caribbean, Mexico, Amerika Tengah, Eropah, Asia dan Australia — termasuk jenama Marriott Vacation Club®, Sheraton® Vacation Club, dan Westin® Vacation Club. Pemilik, Ahli dan tetamu boleh menikmati akses sepanjang tahun ke beberapa destinasi percutian terbaik dengan penginapan bergaya vila. Program pemilikan percutian berasaskan mata oleh The Marriott Vacation Clubs memberikan fleksibiliti kepada Pemilik, Ahli serta keluarga mereka untuk menikmati pengalaman percutian berkualiti tinggi. Ikuti The Marriott Vacation Clubs di media sosial: FB/IG: @MarriottVacationClub, @SheratonVacationClub, @WestinVacationClub atau TikTok @themarriottvacationclubs.

 Maklumat tentang Marriott Vacations Worldwide Corporation

Marriott Vacations Worldwide Corporation ialah sebuah syarikat percutian global terkemuka yang menawarkan pemilikan percutian, pertukaran, sewaan, pengurusan resort dan hartanah, bersama perniagaan, produk dan perkhidmatan berkaitan. Syarikat ini memiliki kira-kira 120 resort pemilikan percutian serta kira-kira 700,000 keluarga pemilik dalam portfolio pelbagai yang merangkumi beberapa jenama pemilikan percutian paling ikonik. Syarikat ini juga mengendalikan rangkaian pertukaran dan program keahlian yang merangkumi lebih daripada 3,200 resort berafiliasi di lebih 90 negara dan wilayah, selain menyediakan perkhidmatan pengurusan kepada resort dan hartanah penginapan lain. Sebagai peneraju dan inovator dalam industri percutian, syarikat ini menegakkan piawaian kecemerlangan tertinggi dalam memberi perkhidmatan kepada pelanggan, pelabur dan rakan sekerja, di samping mengekalkan hubungan eksklusif jangka panjang dengan Marriott International, Inc. dan sebuah syarikat bersekutu Hyatt Hotels Corporation untuk pembangunan, jualan dan pemasaran produk serta perkhidmatan pemilikan percutian. Untuk maklumat lanjut, sila layar www.marriottvacationsworldwide.com.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada:
https://www.businesswire.com/news/home/20250827899958/en

Hubungi

Neal Goldner
Perhubungan Pelabur
IR@mvwc.com

Cameron Klaus
Komunikasi Global
407-206-6300
media@mvwc.com

Sumber: Marriott Vacations Worldwide Corporation

--BERNAMA

+