Cahaya dan Bayangan Menyaksikan Sejarah, Lensa Merakamkan Metamorfosis — Pameran Fotografi Antarabangsa Sempena Ulang Tahun ke-45 Zon Ekonomi Khas Shenzhen Dibuka

Khamis 28/08/2025

SHENZHEN, China, 28 Ogos, 2025 /Xinhua-AsiaNet/ -- 

Bagi meraikan ulang tahun ke-45 penubuhan Zon Ekonomi Khas (SEZ) Shenzhen, pameran bertajuk "Metamorfosis: Pameran Fotografi Antarabangsa bagi Ulang Tahun ke-45 SEZ” telah dilancarkan secara dalam talian dan di luar talian pada 24 Ogos.

Pameran itu dibahagikan kepada enam bahagian tematik, termasuk "Dari sebuah Pekan Sempadan Kecil yang Mundur kepada sebuah Metropolis Antarabangsa". Ia menampilkan lebih 100 gambar yang menjangkau dari 1980-an dan 1990-an hingga ke hari ini, dengan mengisahkan perjalanan transformasi Shenzhen selama 45 tahun.

Data statistik menyerlahkan KDNK serantau Shenzhen melonjak daripada 270 juta yuan pada tahun 1980 kepada 3.68 trilion yuan pada tahun 2024. Shenzhen telah menjadi sebuah "model keajaiban" bagi pembaharuan dan pembukaan China sepanjang 45 tahun yang lalu. Sejak tahun 2024, bandar raya itu telah memanfaatkan pembaharuan sistem ekonomi untuk memacukan pembangunan industri baru muncul, industri masa depan dan industri tradisional sambil menyokong industri utama, produk, kluster dan perusahaan untuk mencapai pertumbuhan yang pesat malah luar biasa.

Pertumbuhan di dalam data mencerminkan momentum inovatif Shenzhen yang mantap. Sebagai Bandar Raya Demonstrasi Kebangsaan bagi Inovasi yang pertama di China, Shenzhen telah memupuk sejumlah besar perusahaan berteknologi tinggi, seperti Huawei, ZTE, Tencent, BYD dan DJI, menjadikannya terkenal sebagai "Bandar Raya Inovasi".

Penduduk Shenzhen Li Wei berkata bahawa acara dalam talian itu telah mempamerkan dengan jelas perubahan besar yang dibawa oleh pembaharuan dan pembukaan kepada Shenzhen. Beliau kagum dengan daya tarikan Shenzhen di dalam membina sebuah metropolis antarabangsa moden dengan pengaruh global yang lebih besar. Beliau juga menambah bahawa penduduk Shenzhen pada hari ini harus terus mewarisi dan menggalakkan semangat pembaharuan dan keterbukaan serta semangat SEZ untuk menulis satu lagi bab yang lebih hebat dalam usaha pemodenan China.

Zhao Qing, pengerusi bagi Persatuan Jurugambar Shenzhen, berkata bahawa acara ini telah menggunakan gaya dan teknik yang pelbagai untuk menggambarkan rakyat Shenzhen yang bahagia, budaya yang kaya dan persekitaran yang harmoni dari perspektif kewartawanan dan dokumentari. Ia juga memanfaatkan kuasa fotografi untuk menceritakan kisah penduduk Shenzhen – komitmen, ketabahan dan semangat perintis mereka yang tidak berbelah bahagi.
 
Sumber: Pameran Fotografi Antarabangsa untuk Ulang Tahun ke-45 SEZ

--BERNAMA

 

+