Xiamen, Wilayah Fujian — tuan rumah kepada CIFIT — ialah sebuah bandar raya moden dan bersifat antarabangsa yang mempunyai kualiti tinggi serta daya tarikan visual yang menakjubkan.XIAMEN, China, 2 Sept., 2025 /Xinhua-AsiaNet/--Pameran Antarabangsa China untuk Pelaburan & Perdagangan (CIFIT) ke-25, yang bertemakan "Berganding bahu dengan China, Melabur untuk Masa Depan," akan diadakan di Xiamen, Fujian, dari 8 hingga 11 September.
CIFIT tahun ini memberi tumpuan kepada tiga sektor utama -- "Melabur di China," "Pelaburan China" dan "Pelaburan Antarabangsa." Ia akan menampilkan sebuah kawasan pameran seluas kira-kira 120,000 m
2 dan menganjurkan lebih 70 aktiviti pelaburan khusus dan lebih daripada 100 pameran bergerak khusus.
Bahagian "Melabur di China" terdiri daripada pelbagai acara. Hampir 100 eksekutif daripada ibu pejabat dan cawangan serantau bagi syarikat-syarikat multinasional di dalam bidang tenaga, kimia, pertanian, farmaseutikal, dan pembuatan pintar, serta wakil daripada dana kekayaan negara dan institusi pelaburan antarabangsa, telah mengesahkan kehadiran mereka. Selain itu, lebih 100 perusahaan "juara tersembunyi" dari Eropah dan Asia akan mengambil bahagian.
Bahagian "Pelaburan China" dibahagikan kepada tiga bidang: Pelaburan Luar Negara oleh China, Perkhidmatan Komprehensif Luar Negara dan Maritim Laluan Sutera. Zon-zon ini akan mempamerkan pencapaian kerjasama dan projek-projek utama bagi perusahaan China di seluruh dunia. Kementerian Perdagangan akan menganjurkan beberapa dewan perniagaan untuk mengeluarkan Indeks Aktiviti Pelaburan Keluar China buat kali pertama. CIFIT tahun ini juga akan menganjurkan satu persidangan pertukaran ekonomi dan perdagangan di antara wilayah-wilayah China dan negeri-negeri di Amerika Syarikat.
Sehingga kini, delegasi dari lebih 110 buah negara, wilayah dan organisasi antarabangsa telah mendaftar untuk menghadiri CIFIT, dan 51 buah negara serta wilayah akan menyediakan gerai pameran. Sebagai tetamu kehormat, United Kingdom merancang untuk menghantar sebuah delegasi yang terdiri daripada hampir 200 orang wakil daripada kerajaan, perniagaan dan persatuan.
Sebagai satu-satunya pameran pelaburan peringkat kebangsaan utama di China, CIFIT komited untuk membina tiga platform: promosi pelaburan dua hala, pengeluaran maklumat autoritatif dan perbincangan arah aliran pelaburan. Sejak penubuhannya, ia telah memudahkan pemeteraian lebih 30,000 projek, untuk muncul sebagai satu daripada acara pelaburan antarabangsa yang paling berpengaruh di dunia.
Sumber: Jawatankuasa Pengelola CIFIT
--BERNAMA