Isnin 08/09/2025
SRXGlobal, sebuah syarikat Scanfil, merasmikan pengembangan dan pemodenan fasiliti mereka di Johor Bahru, Malaysia pada 2 September 2025.
JOHOR BAHRU, Malaysia, 8 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- SRXGlobal, sebuah syarikat Scanfil, dengan bangganya mengumumkan pengembangan dan pemodenan fasilitinya di Johor Bahru, Malaysia.
Timbalan Ketua Misi, Kedutaan Finland di Malaysia, Cik Maiju Lepomäki, merasmikan pengembangan dan pemodenan fasiliti pembuatan di Johor Bahru. Finland dan Malaysia mempunyai hubungan ekonomi yang rapat, yang telah berkembang sejak 1988 dengan penubuhan kedutaan Finland di Malaysia..
Acara ini menarik tetamu berprestij, termasuk Pengarah Johor, Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Encik Mohamed Reduan Mohamed Zabri; Penasihat Kanan, Dewan Perniagaan Malaysia-Finland, Encik Mohamed Farid Mohamed Razali; bersama Ketua Pegawai Eksekutif Scanfil Group, Christophe Sut; Naib Presiden APAC, Christian Kesten; serta ramai wakil pelanggan.
“Pengembangan dan pemodenan ini merupakan contoh hebat tentang persekitaran perniagaan yang positif di Malaysia. Dengan persekitaran yang boleh diramal dan mesra perniagaan ini, Scanfil komited untuk membangunkan operasi SRXGlobal di Johor Bahru dengan perspektif jangka panjang, dan kami melihat peluang masa depan yang besar,” tegas Ketua Pegawai Eksekutif Scanfil Group, Christophe Sut.
Pelaburan pengembangan dan pemodenan sebanyak EUR 4.3 juta meningkatkan kapasiti, kualiti, dan kecekapan. Ia juga menambah kawasan pengeluaran hampir 50%. Fasiliti di Johor Bahru ini mengkhusus dalam pembuatan elektronik dan pembuatan box-build yang kompleks dengan prinsip kedai sehenti. Ia menggajikan 170 pekerja dan mempunyai kawasan pengeluaran seluas 6,150 m².
"Kami teruja untuk mendedahkan fasiliti Johor Bahru yang baru diperluaskan dan dipermodenkan,” kata Cik Maiju Lepomäki, Timbalan Ketua Misi, Kedutaan Finland di Malaysia. “Pelaburan ini mencerminkan hubungan kukuh antara Finland dan Malaysia serta persekitaran perniagaan yang positif di Malaysia.
Pengarah Johor, Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Encik Mohamed Reduan Mohamed Zabri, menyambung, “Kami amat gembira dengan pelaburan Scanfil Group. Mereka melihat potensi Malaysia dan memberi tumpuan khusus kepada negara ini dengan perspektif jangka panjang. Sebagai pihak berkuasa pelaburan, kami ingin memacu dan memupuk peluang pembangunan yang baik untuk syarikat-syarikat di negara kami.”
Jentera baharu, sistem IT yang dikemas kini, dan susun atur diselaraskan dengan program Scanfil Dream Factory, yang bertujuan mewujudkan kilang ‘terbaik dalam kelasnya’ di mana IT & Data, Proses, dan Teknologi berfungsi dengan lancar secara bersama.
Maklumat ringkas tentang Scanfil
Scanfil plc ialah penyedia perkhidmatan pembuatan elektronik (EMS) tersenarai yang terbesar di Eropah, dengan perolehan pada 2024 berjumlah EUR 780 juta. Syarikat ini memberi perkhidmatan kepada peneraju sektor global dalam segmen pelanggan Industri, Tenaga & Teknologi Bersih, serta Medtech & Sains Hayat. Perkhidmatan syarikat merangkumi perkhidmatan reka bentuk, pembuatan prototaip, perkhidmatan reka bentuk untuk kebolehhasilan pembuatan (DFM), pembangunan ujian, perkhidmatan rantaian bekalan dan logistik, pemasangan papan litar, pembuatan subsistem dan komponen, serta perkhidmatan integrasi sistem kompleks. Objektif Scanfil adalah untuk meningkatkan nilai pelanggan dengan meningkatkan daya saing mereka serta menjadi rakan rantaian bekalan utama dan rakan pembuatan jangka panjang di peringkat antarabangsa. Akaun pelanggan Scanfil yang paling lama telah berterusan lebih daripada 40 tahun. Syarikat ini mempunyai keupayaan bekalan global dan sebelas fasiliti pengeluaran merentasi empat benua. www.scanfil.com
Maklumat ringkas tentang MIDA
MIDA ialah agensi utama kerajaan bagi promosi dan pembangunan pelaburan di bawah Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) untuk menyelia dan memacu pelaburan ke dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan di Malaysia. Berpangkalan di Kuala Lumpur Sentral, MIDA mempunyai 12 pejabat serantau dan 21 pejabat di luar negara. MIDA terus menjadi rakan strategik kepada perniagaan dalam merebut peluang yang timbul daripada revolusi teknologi pada era ini. Untuk maklumat lanjut, sila lawati www.mida.gov.my dan ikuti kami di X, Instagram, Facebook, LinkedIn, TikTok dan YouTube.
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada: https://www.businesswire.com/news/home/20250903093995/en
Hubungi
Untuk maklumat lanjut:
Christophe Sut, Ketua Pegawai Eksekutif Scanfil Group
Tel. +46 721 51 75 02
christophe.sut@scanfil.com
Sumber: Scanfil
--BERNAMA