
Pementasan Karya Teater Yang Dianjurkan oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) KUALA TERENGGANU, 10 Sept (Bernama) -- Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Terengganu dengan kerjasama Persatuan Kebudayaan dan Kesenian Setiu & Kuala Nerus serta Grup Teater Asyik (GTA) telah mementaskan sebuah karya teater berjudul BAHAMAN, sebuah kisah epik perjuangan pahlawan Melayu menentang penjajah demi maruah bangsa dan tanah air.
Pementasan ini merupakan kesinambungan usaha JKKN dalam mengangkat karya agung dan tokoh penting tanah air. Tahun lalu, JKKN telah mempersembahkan karya yang menyingkap kehebatan JM Aziz, seorang tokoh seni dan sastera yang disanjung dalam dunia teater dan penulisan. Pementasan BAHAMAN kali ini pula menelusuri sejarah perjuangan Datuk Bahaman sebagai pahlawan Melayu yang gagah berani, menjadikan ia kesinambungan tradisi JKKN dalam mendidik masyarakat melalui seni pementasan berkualiti tinggi.
Menurut pengarah teater iaitu Tn. Hj. Marzuki Ali, “Jika tahun lalu kita mengangkat sosok JM Aziz yang menjadi tonggak dalam dunia seni dan sastera tanah air, tahun ini kita menyoroti watak Datuk Bahaman yang menjadi simbol perjuangan menentang penjajahan. Kedua-dua karya ini membawa mesej besar – iaitu menghargai sejarah, tokoh bangsa dan warisan seni untuk tatapan generasi kini dan akan datang.”
Pementasan BAHAMAN akan menampilkan gabungan lakonan hebat, pencahayaan dramatik serta kesan visual yang memukau. Selain menyajikan hiburan, ia juga membawa penonton menelusuri sejarah tanah air yang penuh pengajaran tentang keberanian, semangat patriotisme dan jati diri bangsa.
JKKN yakin bahawa karya ini, seperti juga JM Aziz tahun lalu, akan menjadi medium yang berkesan untuk mendekatkan masyarakat kepada seni teater serta mengangkat warisan bangsa ke persada lebih tinggi.
Bagi mendapatkan maklumat dan keterangan lanjut mengenai program ini, orang ramai boleh melayari media sosial JKKN iaitu mysenibudaya dengan pautan
www.facebook.com/mysenibudaya.
Dikeluarkan Oleh:Unit Komunikasi Korporat Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara
Tel : 03-2614 8200 Faks : 03-2697 0786
Website:
www.jkkn.gov.my Email:
ukk@jkkn.gov.myPlatform Media Sosial Rasmi JKKN: Facebook: @Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara dan @mysenibudaya 3
Instagram, Twitter & You Tube: @mysenibudaya
SUMBER: Persatuan Legasi Cinta Seni
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI: Nama: Zahari bin Mat
Timbalan Pengarah
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Terengganu
Tel: 012-9538550
E-mel: zahari@jkkn.gov.my
Nama: Nor Sahlina Aida binti Mohd Shah
Penolong Pengarah
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Terengganu
Tel: 019-4561636
E-mel: sahlina@jkkn.gov.my--BERNAMA